Isteri Aku dan Wheelchair

Isteri Aku dan Wheelchair

Tahun ni genap 4 tahun aku dengan isteri aku selamat dinikahkan. Isteri aku dari umur dia 15 tahun sampai sekarang kaki kiri dan kanan dia lumpuh dan tak berfungsi disebabkan kemalangan. Jadi sejak umur dia 15, dia pergi sekolah atau kemana-mana dia terpaksa guna wheelchair.

Sebelum kahwin dengan aku isteri aku ni pernah hampir di jodohkan dengan seseorang. Tapi cancel, kata keluarga lelaki tersebut isteri aku lawa rajin baik dan lain-lain. Tapi bila diorang fikir pasal masa depan anak diorang nanti dengan isteri aku di sebabkan wheelchairs dia. Jadi diorang terpaksa cancel.

Alhamdulilah, keluarga aku semua tak ada masalah dengan kekurangan keluarga aku. Oh btw aku anak bongsu. Isteri aku pula anak tunggal. Waktu decide nak kahwin, keluarga belah isteri aku ni suruh aku fikir dengan betul. Diorang siap nak bercakap dengan family aku. Tapi akhirnya jadi juga. Isteri aku kerja sebagai designer. Terus terang sebelum kahwin tu. Aku banyak benda aku fikir yang aku kena rancang dengan betul. Rumah memang dah ada.

Isteri aku ni dia ada hobi dia sendiri. Dia suka baking. Jadi aku research macam benda pasal kitchen apa sesuai barang apa yang sesuai untuk dia selesa dekat dapur. Rupanya bukan aku sorang ada pasangan yang guna wheelchair full time. Tapi ramai, ada kongsi cerita diorang. Ada juga yang kongsi tips.

Aku pun jumpa sorang malaysian dia ada pengalaman dia sendiri. Dia kenal kan aku dengan seseorang ni. Aku pun tanya dia pasal design semua. Jadi aku upah dia untuk renovate balik dapur aku ruang tamu bilik air dan banyak lagi. Bila siap aku tengok fuh lawa. Yang pakcik aku jumpa awal tu pun ada tunjuk gambar rumah dia memang lawa. Kitchen aku rendahkan, dan aku ratakan lantai biar tak ada macam gap tinggi rendah gitu. Tapi biasa isteri aku steady je dia ride tempat macam tu dengan wheelchair dia.

Dia masuk je rumah aku tunjuk dia. “Surprise” awal-awal tu dia gelak dengan senyum cakap lawa. Last2 nangis. Terharu kata dia haha. Kerja memang biasa aku hantar dan ambik. Sebelum ni dia ada kerja dekat company ni. Tapi ada problem, sebab fizikal dan masalah isteri aku. Tapi kerja dia efficient dan tak ada masalah. Akhirnya isteri aku jumpa kerja baru. Office baru dia lebih friendly dan okay.

Aku sebenarnya sempat borak dengan boss isteri aku. Aku minta izin dia nak design meja isteri aku ni supaya dia senang buat kerja. Semua kos aku tanggung dan aku buat waktu yang tak kacau kerja diorang. Nasib baik bos dia okay.

Dulu aku pernah cakap dengan dia. Kalau dia nak berhenti kerja aku tak ada masalah. Aku suggest dia buat freelance. Tapi dia cakap lebih selesa bekerja dekat ofis. Aku pun okay je taknak ada bergaduh ke apa. Isteri aku ada kawan dia ni betul-betul friendship goals. Dari sekolah menengah sampai diorang dekat U dan graduate. Kawan dia ni lah yang tolong dia tolak wheelchairs ke sana ke situ. Lepastu kawan dia kahwin dulu dan 2 tahun kemudian dia pula kahwin.

Ada juga tanya daily life kami macam mana. Aku jawab sama je macam orang lain. Cuma kadang tu payah. Ambik contoh shopping malls, memang akan sentiasa perlukan lifts. Tapi kadang2 tu tak sempat lagi aku nak tolak wheelchair isteri aku orang dah berpusu2 masuk. Nak taknak kena lah tunggu next trip. Banyak juga benda yang tak kena. Kadang2 tu tak boleh juga nak expect masyarakat sekitar ambik peduli atau prihatin. Nak taknak kena kami berdua juga yang selesaikan sendiri.

Ada satu wheelchairs ni. Wheelchair pertama isteri aku. Sampai sekarang dia sayang nak buang. Jadi aku pun gantung dekat tepi dinding buat kenangan. Kalau orang datang rumah setiap kali masuk terkejut. ” Kenapa ada wheelchair atas tu “. Tapi selama kami kahwin ni macam-macam dugaan datang. Tapi Alhamdulilah setiap satu settle. Kadang-kadang tu aku sambil tolak wheelchair dia sedih juga bila aku tengok dia tenung je orang berlari jogging semua. Lalu lalang.

Ada sekali dia tunjuk aku kasut lawa, high heels. Dia cakap nak cuba pakai lawa. Awal tu memang dia gelak je. Tapi dah last tu dia cakap ” lawa tapi tak boleh pakai ” esoknya tu aku beli juga kasut tu. Aku pun pakai kan. Tapi kasut tu longgar weyh salah saiz, hahaha. Kami gelak je lah. Aku dah lah beli dengan yakin cakap dengan pekerja situ “saya sure ni memang saiz isteri saya”. Berbelas tahun kaki dia tak boleh bergerak. Setiap kali aku tengok kaki tu, pegang, rasa. Aku tak boleh bayangkan macam mana dia teruskan melangkah walaupun hanya guna wheelchair. Dia pernah beritahu aku yang dia banyak kali cuba bunuh diri sebab rasa macam menyusahkan mak dengan ayah dia.

First time pakai wheelchair dia memang menangis. Hari-hari pukul kaki dia nak kasi rasa sakit dan boleh jalan. Tapi tak ada reaksi. Aku memang jarang tanya pasal kisah dia dulu. Cuma kadang-kadang tu borak. Jadi benda tercerita secara natural. Aku pun rasa elok macamtu jadi aku boleh tahu benda baru pasal isteri aku setiap hari.

– Iman

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit