Isteri Kepada Suami Yang Tak Tergila-gilakannya

Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau confession ni tersiar. Aku adalah antara pembaca yang gigih baca sampai habis confession “I married my rebound girl” dari suami yang tak tergila-gilakan isterinya tu. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/i-married-my-rebound-girl/).

Mula-mula baca aku rasa macam eh cerita cinta monyet apakah ini tapi dah sampai hujung baru aku faham dengan perkembangan kisah penulis dari zaman hingusan sampailah kematangan.

Dan aku boleh relate sebab aku rasa aku adalah isteri kepada suami yang juga tidak tergila-gilakan isterinya (tapi suami aku bukan confessor tersebut, mohon maklum). Kenapa aku kata aku rasa? sebab aku pun tak tahu betul ke suami aku tak tergila-gilakan isterinya ni. haha.

Tapi sedikit sebanyak memang aku nampak persamaan confessor dengan suami aku. Aku dan suami baru berkahwin setahun. Ya, baru setahun tapi aku dah berani rasa macam aku isteri yang tidak digilai suami. Benci perasaan ini. Sebab tu orang kata perempuan ni complicated, sebab rasa-rasa yang tak sepatutnya inilah. Syaiton betul.

Kitorang kenal tak lama. Tak sampai 2 tahun kenal, terus berkahwin. Masa awal perkenalan, kata suami aku, dia memang serius nak berkahwin jadi dia pun cuba jelah merisik aku. Aku pulak memang jenis tak geti nak bercinta lama-lama, aku tengok dia okay, dan hati aku boleh terima baik buruk dia, maka kami pun berkahwinlah. Syukur semua dipermudahkan. Maklumlah masing-masing dah nak mencecah 3 series.

Kenapa aku terima suami aku? Sebab dia jaga solat, dan dia jaga family dia. Dari situ aku rasa why not trying. Bagi aku, jaga solat menunjukkan dia seorang yang berpegang pada agama, dan jaga family menunjukkan yang dia seorang yang bertanggungjawab. Cukuplah 2 tu je kebaikan yang boleh buat aku pertimbangkan dan balancekan dengan kekurangan yang mungkin dia ada.

Aku tanya dia, kenapa dia terima aku? Katanya dia tak suka perempuan yang leceh. Dan yelah, mungkin sebab aku cantik sikit (jangan kecam, ini kenyataan).

Disebabkan kitorang tak bercinta lama-lama, maka, banyak yang aku hanya tahu selepas kami berkahwin. Contohnya, dia langsung tak romantik. Suami aku jenis yang tak geti nak zahirkan rasa cinta berbunga-bunga macam yang korang selalu tengok hero buat kat heroin dalam drama tu. Euwww.

Okay, aku pun geli jugak dengan kejiwangan yang drama-drama dah sumbatkan dalam kepala hotak kita. Tapi disebabkan tersebarnya dakyah itulah, perempuan-perempuan (termasuklah aku yang konon euwww dengan romanticism ni) pun terpengaruh dan tertanya-tanya kenapa pasangan aku tak boleh nak jadi romantik sikit macam hero-hero tersebut?

Ya, suami aku memang tak romantik. Jangan ingat baru setahun kahwin masih berkepit macam belangkas. Aku je suka berkepit, dia kayu. Aku je yang suka bagi random hugs and kisses, dia jarang-jarang. Aku je yang lebih menunjukkan kasih sayang tapi suami aku kekok. Aku selalu makan sorang-sorang, dia sibuk kerja. We rarely spend time together, sebab suami aku lebih banyak habiskan masa cari duit berbanding duduk berkepit.

Tapi, walaupun suami aku kayu, dia tetap bagi aku nafkah cukup. Walaupun suami aku batu, dia tetap bagi aku cukup makan. Walaupun suami aku tak sensitif tentang hati seorang perempuan, tapi dia tetap cuba buat yang terbaik untuk penuhi apa saje permintaan aku. Dan walaupun suami aku garang dengan orang lain, alhamdulillah, dengan aku tak pernah sekali pun dia naik suara walaupun kadang2 perangai aku boleh tahan mencabar jugak.

Kadang-kadang aku je yang rasa macam aku terlebih sensitif dan nakkan perhatian suami, walhal suami aku pening kepala fikir macam mana nak raise a family.

Dan satu lagi sebab kenapa aku selalu tertanya-tanya suami aku ni sayang aku ke tidak, bila kitorang share kisah cinta lama kitorang. Dia mengaku pernah bercinta bertahun-tahun dengan ex-nya, sampailah dia pernah gila talak bila ex dia pergi kahwin dengan perempuan lain.

Weyy, dengan aku takde pun nak bergila-gila bagai, siapa yang tak jeles dengan suami yang sanggup meredah onak duri demi kekasih yang dicintai. Tengok, benci tau jadi perempuan yang overthinking. Tapi mujur kadang-kadang aku rasional balik, that was his past and it happened long before we met.

Mungkin dulu dia bodoh dalam bercinta, tak macam sekarang yang lebih matang (ampun suami). Dan aku percaya, kalau aku ‘hilang’ macam ex dia pun pun, dia mungkin akan separuh gila. Manusia kan, dah takde baru nak tercari-cari.

Aku bukanlah perempuan sempurna. Jujur aku banyak kekurangan. Sebab tu aku cuba rasionalkan balik diri aku bila mana bisikan-bisikan syaitan menjelma macam “kau yakin ke suami kau sayang kau?” atau “kau yakin suami kau tak curang dengan kau” atau “kau tu bukan sesiapa, sebab tu dia buat endah tak endah je dengan kau”.

Bila mana bisikan-bisikan syaiton datang je, aku selalu pandang suami aku, dan doa pada Tuhan. semoga Allah tetapkan hati suami aku kepada kami sekeluarga je. Sebab Allah je berkuasa membolak-balikkan hati, dan Allah je yang boleh pegang hati manusia. Kita manusia, kita takde kuasa. Mintalah pada yang lebih berkuasa.

Dan aku akui, aku dan suami masih struggle dalam berkomunikasi. Aku taknak jadi perempuan yang complicated, sebab tu aku malas nak bangkitkan isu yang boleh menimbulkan pergaduhan. Dan suami aku pun taknak menyusahkan aku, sebab tu banyak benda yang dia pendam sendiri.

Syukur, dari mula kenal sampai sekarang, tak pernah sekali pun bergaduh atau bermasam muka sebab perkara remeh mahupun besar.

Bila aku dah mula nak terasa, aku diam sekejap, cuba rasional, pujuk hati sendiri dan lepas tu aku akan okay sampaikan suami pun kadang-kadang tak sedar aku terasa sebab aku takkan bagitau. Bila suami aku terasa dengan aku, well, entahlah, aku tak tau sebab aku tak pernah sedar, mungkin dia pun buat perkara yang sama macam aku kot.

Kita isteri-isteri, buatlah apa yang termampu untuk jaga suami. Begitu juga dengan suami, buatlah apa yang termampu untuk jaga isteri. Toleransi amat penting dalam berkeluarga. Selebihnya serahkan pada yang lebih berkuasa untuk menentukan.

Dan untuk isteri-isteri yang rasa diri tidak digilai suami, percayalah, suami korang tu sayang je korang. Kalau tak sayang, tak kahwin derr. Jangan terlalu overthinking, nanti korang yang merana. Doa banyak-banyak supaya Allah permudahkan perjalanan perkahwinan kita dan pasangan, sampai ke akhir hayat.

Tak handsome tak apa, janji berpegang pada agama.

Tak kaya tak apa, janji cukup zahir batinnya.

Tak romantik tak apa, janji terjaga sebaiknya.

Tak sempurna tak apa, janji bersyukur apa adanya.

Sekian,

– Isteri kepada suami yang tak tergila-gilakan isterinya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *