Isteri Yang Mengizinkan Suami Untuk Berkahwin Lain

Nama saya Mawar (bukan nama sebenar). Tahun depan umur saya dah masuk angka depan 40. Sudah berkahwin 3 tahun. Masih belum dikurniakan cahaya mata.

Saya kahwin lewat. Jodoh tu lambat sampai, tapi alhamdulillah saya bahagia. Suami saya jauhhhhhhhhh lebih muda dari saya.

Sebelum berkahwin, ada saya bincang dengan suami berkenaan jarak umur kami. Tapi bagi suami tiada masalah, begitu juga penerimaan keluarga. Alhamdulillah semua ok.

Jarak umur yang sangat beza tidak ‘mencacatkan’ suami saya menjadi ketua keluarga yang baik.

Awal perkahwinan saya terlalu ‘independent’. Selalu buat keputusan sendiri sebab sudah terbiasa.

Tapi bila melalui beberapa hal, dan kemudiannya saya jadikan suami adalah orang yang wajib ada dan tahu dalam setiap perkara yang saya buat, hubungan tu jadi lebih harmoni. Lebih tenang. Jujur saya bahagia.

3 tahun tempoh berkahwin ni, macam-macam kami lalui. Dan syukur kami boleh laluinya semua dengan baik sekali.

Cuma sejak kebelakangan ni, saya rasa sedikit kacau. Runsing. Hampir berbulan juga saya fikir.

Kami masih belum dikurniakan zuriat. Umur saya semakin banyak.

Akhirnya dari medical checkup yang saya buat, keputusannya ; peluang untuk saya mengandung tu sangat sedikit.
Dan suami pun tahu keputusan itu.

Walaupun secara zahirnya suami tidak pernah luah tentang perkara ini, tapi saya tahu jauh hatinya dia berkeinginan untuk punya zuriat sendiri.

Suami tidak meluah, tapi dari apa yang dia buat, saya tahu kehendaknya.

Umur dia muda. Jadi bila diuji dengan ujian ini, saya rasa sangat tidak sampai hati.

Dengan umur suami sekarang ini, dia boleh dan sebenarnya punya masa yang banyak untuk ada anak sendiri. Peluang suami masih banyak. Tapi tidak lagi bagi saya.

Jadi, setelah berbulan fikir, pujuk hati, saya telah beritahu suami yang saya izinkan dia untuk cari surihati lain yang boleh jadi ibu untuk zuriat dia.

Nampak macam tah apa-apa kan saya ni. Tapi saya tidak mahu suami buang masa.

Bukan saya tidak lagi sabar dan mahu berusaha, tapi bila saya cuba nilaikan, banyak buruk nya yang mungkin akan datang nanti kalau saya terus tunggu.

Saya bukan semakin muda. Peluang untuk saya tidak bertambah untuk masa yang terus bergerak.

Harap dengan kerelaan saya ni jadi salah satu usaha dari saya untuk bagi peluang suami punya zuriat sendiri.

Suami saya baik. Saya yakin kalau dia jadi ayah, dia boleh jadi ayah yang baik.

Hati saya? Tipu kalau saya 100% ok. Tapi saya yakin, peluang yang saya izinkan ni, akan datangkan 1000 kebaikan dan rahmat untuk diri saya nanti.

Saya masih pujuk hati saya. Saya tak nak kekurangan diri saya jadi masalah satu hari nanti.

Cuma saya pesan suami, kalau ada yang dia suka, sesuai untuk dia, dan dia bersedia untuk bina lagi satu keluarga, saya cuma minta tolong bagithu saya, jangan sorok-sorok sebab saya dengan terbuka hati untuk terima.

Cuma itu sahaja syarat yang saya minta.

Saya? Insyallah saya ok.

Semoga urusan saya, niat saya, sentiasa dimudahkan Allah.

Dan saya rela…

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Pernah dengar kisah yang lebih kurang serupa. Selepas suami kahwin baru, akhirnya isteri pertama diceraikan begitu sahaja. Semoga suami puan tetap setia sehingga hujung nyawa walaupun isteri baharunya nanti minta ceraikan isteri tua.

  2. Kisah hidup kita lebih kurang..sy pun kawin lambat dan dh terbiasa berdikari…Sy pun sllu ada pemikiran yg sama..lg dua tahun umur dah 40..sllu pk..kalau dh 40 nnt xda ank juga..nk cakap dgn husbnd cari la wife baru..kurang2 dia ada penyambung zuriat dia..kehidupan sy selepas tu? Biar la allah aturkan..follow the flow..

  3. Salam,

    Orang perempuan please stop cipta masalah dalam rumahtangga, masalah yang tak wujud jangan diwujudkan, please leave your husband alone, like you did to your father & male siblings. Hormat suami dengan bagi dia ruang untuk enjoy perkahwinan, jangan atur atur hidup suami, suami bukan haiwan peliharaan awak. Kucing pun awak tak atur, jadi jangan atur suami. Show some respect to your husband.

    Let start some story, isu satu, isteri tak mampu mengandung, 16 years solid marriage, isteri decides nak ambil anak angkat, padahal suami steady jer tak ada anak. Kita dah pesan NO, suami dah jelaskan dia tak kisah sampai mati berdua dengan isteri sahaja. Eh, isteri tetap nak juga, suami ikut sebab sayang isteri. Once ambil anak angkat, isteri busy dengan anak, suami tambah penat kena kerja extra tanggung anak, isteri mengamuk suami tak tolong buat kerja rumah, masing masing tak cukup tidur, asyik bertengkar, berbulan silent treatment. Last chapter, suami tinggalkan perkahwinan, isteri datang blame suami. “Anak tak ada, saya bagi dia anak angkat untuk dia feeling jadi bapa, end up dia tinggalkan saya dan anak angkat”. Bila masa laki engko cakap dia nak jadi bapa, kau yang terhantuk kepala dekat katil, bangun bangun terus decides yang laki kau nak jadi bapa. Benda yang dia tak pernah sebut pun, dia happy jer 16 tahun hidup cuma berdua dengan kau. Look, what a waste of decision.

    Isu kedua, 9 years solid marriage, hal ekonomi, tiap bulan suami sediakan nafkah Rm11k pada isteri. Kerja isteri cuma jaga suami & anak anak. Isteri decides nak berniaga, kita kata NO. Keperluan & kehendak isteri dah cukup, warisan & hibah dah sempurna. Isteri tak ada pengalaman bisnes, eh nak juga berbisnes, suami izinkan sebab sayang. Bila dah busy bisnes, rumahtangga tak terurus, isteri sibuk dgn marketing team, 6 bulan berlalu, beratus ribu duit habis, suami jadi tension, minta dia stop bisnes, dia enggan. Gaduh besar sampai setahun lebih, end up berpisah. Isteri macam biasa blame suami. “Saya just niaga jer, nak tolong ekonomi keluarga, itu pun suami tak faham”. Bila masa laki engko suruh engko tolong ekonomi dia, bila masa, engko tuh yang kepala tercucuk jarum peniti tiba tiba nak berniaga, merugikan duit simpanan suami bagai, padahal sebelum tuh hidup kau dah cukup serba serbi. See. Aneh.

    Banyak lagi isu, jadi kepada isteri isteri semua. Just enjoy perkahwinan dengan suami sehabis baik, enjoy setiap hari. Mana mana perkahwinan sama jer, pemimpinnya adalah suami. Perempuan tak dicipta oleh Allah SWT untuk jadi pemimpin. Nak merancang dalam perkahwinan, suami kena ketuai perbincangan, dan suami juga yang kena decides. Kedengaran agak berat, berkahnya pun berat juga dapatnya.

    Saya faham awak belajar sampai PHD, saya faham awak bawa kapal terbang MAS, saya faham bangunan TRX tuh idea awak. Tapi para isteri kena faham, perempuan yang merancang masa depan suami, akan hilang suaminya. Perempuan yang merancang perjalanan perkahwinan akan hilang perkahwinannya, because woman are not design to be a leader in marriage.

    Bila dalam hati terdetik nak susun hidup suami, nak susun atur rumahtangga, abaikan rasa tuh, cukup susun barang kat rumah, susun duit, susun rempah ratus, susun diri sendiri dan anak anak. Thats it, tak payah buat tugas suami. Ada something, just cakap dengan suami, biar suami fikir, bincang sama, suami yang atur dan decides.

    Girls, kalau suami awak tak minta anak, jangan tiba tiba bagi anak, kalau suami tak minta kahwin lagi, jangan tiba tiba bagi kahwin, kalau suami tak minta jagakan anak tiri, jangan tiba tiba jaga anak tiri. Kalau suami tak minta jaga mak dia, jangan tiba tiba jaga mak dia.

    Stop creates problem you can’t solves.

    Tutup salam.

    • Woww interesting komen kau ni such a good idea which is don’t start create the problems. Sebagai seorang perempuan yes tak dinafikan perempuan ni too much overthink sampai tak sedar what we did is just create problems that at the end cannot be solved rationally HAHA

      Bila kau cakap mcm ni bru aku tersedar majority semua perempuan termasuk aku mcm ni. Yes aku setuju apa kau cakap

      Tapi..

      Mcm satu cth yg kau bagi `suami x mintak anak jgn bini mintak or bagi anak’ (which is aq in that situation for 5 years) sedikit tak setuju sebab kau kena igt women ni design utk ada naluri seorang ibu, so ofcos once dah kahwin isteri yg seorang wanita yg ada rahim ni mesti akan ada rasa bila la nk mengandung nak rasa bersalin nak ada anak. Tu belum tambah lagi dengan makcik2 pakcik2 bawang sahabat handai n etc duk tanya kau soalan sama berulang2 kali bertahun2 bila kau nk ada anak dekat kau sorang tpi bukan kt suami kau. Look like mcm isteri ni di blame sbb tak dpt nk adakan anak tu n start la org2 yg aku sebut tadi akan ckp kau ni tak suburla, x pandai layan suami la n bla bla bla (klo nk senaraikan semua terlalu byk hehe). Mcm aku dapat member yang duk nk send gambar anak dia la gambar dia mengandung lagi la mcm dia terpaling sgt, of cos la sbgai seorang isteri n wanita confirm terasa kehibaan tu cam aku sampai time tgh basuh pinggan tiba2 berlinang air mata kenangkan aq ni takde anak x pernah mengandung apa semua sob sob haha.
      If kau pernah rasa situasi mcm ni bru kau faham kenapa rumahtangga yg masih tak dikurniakan anak ni akan jadi situasi isteri mintak kat suami nk anak. Sbb benda ni la pun salah satu major tension yg isteri2 (yg xde anak lagi) hadap. yes betul mmg nmpk isteri ni create problem tapi nak macam mana kita manusia sometime boleh control emosi sometime x boleh nak control. Sedihkan hmm. Wahai isteri diluar sana termasuk aku semoga kita dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi untuk teruskan kehidupan dalam perkahwinan walau apa pun ujian dan rintangan yang kita hadapi pada masa sekarang dan akan datang.

      Ini cth yg pasal anak la tapi kalau cth yg mintak suami kahwin lain tu ermm tu aku setuju sebab tu memang tambah masalah kau lagi hahaha bagi aku takde yg nampak indah if kau ada madu n tengok suami kau ada isteri lain HAHA.
      Termasuk yang volunteer nk jaga mak pak anak atuk nenek smua ni haha semua ni mmg menambahkan masalah n penat je .

      Tapi apa yang kau cuba sampaikan yes aku suka sebab now i’m just thinking dgn cara ni sebagai seorang isteri just follow the flow jela sbb we don’t have a lot of choice sbb dh terikat dgn perkahwinan n suami tu sebagai pemimpin yang isteri kena taat mengikut syariah islam.

      Btw, apa yang aku cakap ni hanya valid untuk suami yang baik n bertanggungjawab n x byk buat hal if ada pun benda remeh temeh which is pejam mata je la sikit
      Tpi
      X valid utk suami yg perangai cam syaiton ok yg ni mmg sebagai isteri kena mintak pertolongan yg lebih arif kalau tak merana seumur hidup sampai nti dah tak ley fikir rasional n end up akan blame takdir haha

  4. Takde sakit cari penyakit. Lepas somi bwk pompuan lain ko plak mengelupur, bila masa somi kenal, bila masa somi bercinta. Takan la somi baru kenai terus bawak balik kenalkan kat ko. Mesti la amik masa utk somi kenal org baru. Time tu ko rasa kena tipu plak ngan somi. Pompuan boleh tak jangan perasan ko pelakon drama tv3 isteri korbankan diri kat somi last2 somi tak appreciate? Ko bukan pelakon pon. Hidup je macam biasa apa yg best sekarang ko nik.ati puas2 takyah fikir benda. Haihhh

  5. Sis bala jgn dicari sis. Sy pom ade fertility issue jugak tp sy xpernah izinkan kawen dua. Sy cuma ckp klu dia ade someone yg lain bgtau awl2 xyah menipu, biar kita cerai cara baik sbb sy pom nak cri laki baru. Bkn x redha tp sy tahu hati sy dan ape sy berkehendakkan that y sy pilih menolak poligami.

  6. Greetings from Los angeles! I’m bored tto death at work so I decided to check out your blog oon my iphone
    during lunch break. I enjoy the info yoou present here and can’t wait to take a
    lolok when I get home. I’m surprised at how quick your blog loaded on my
    moble .. I’m not even using WIFI, just 3G .. Anyhow, very good site! https://Www.waste-ndc.pro/community/profile/tressa79906983/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *