Isteri Yang Penat Berusaha Dan Beria Dalam Rumahtangga

Assalamualaikum readers IIUM Confession. Aku Nora berusia hampir 30 tahun dan sudah berkahwin tetapi belum memiliki anak. Perkahwinan kami masih dikira baru sebab tak sampai setahun lagi.

Tidak dinafikan suami aku baik tapi ada certain part yang aku rasa tak best. Aku sunyi. Aku rasa macam suami aku jauh sangat dari aku. Kenapa aku rasa macam tu? Sini aku cerita satu persatu.

Aku dan suami sama-sama berkerja. Gaji pun lebih kurang sama tapi aku ada komitmen besar seperti personal loan dan kereta. Suami aku tak ada komitmen besar dan dia ada tunaikan nafkah bayar sewa rumah (rumah kampung dan murah) dan beli barang dapur.

Kadang-kadang barang dapur habis aku akan topup pakai duit aku. Makan di luar pun kami gilir-gilir bayar. Tak ada masalah yang tu sebab aku pun ada duit. Bil elektrik dan air pun suami bayarkan. Cuma pakaian dan perubatan aku tak dapat dari dia.

Skincare apa semua aku beli sendiri untuk kecantikan sendiri. Baju raya, tudung, pakaian dalam apa semua aku beli guna duit sendiri. Suami tak pernah offer nak belikan atau beri duit poket langsung.

Aku pernah minta tapi tak dapat jadi aku malas nak minta. Lagipun aku malas nak bahas sebab suami memang selalu tolong aku buat kerja-kerja rumah.

Suami aku jenis banyak habiskan masa dengan telefon berbanding bercakap dengan aku. Kadang-kadang aku nak luahkan apa-apa pun malas sebab dia bukan dengar pun.

Pernah aku minta izin dia nak puasa dan dia izinkan. Tiba-tiba esoknya dia tanya kenapa tak bagitau nak puasa? Ehh kan aku dah cakap semalam. Tapi aku tak marah sebab aku memang hormati dia sebagai suami. Cuma aku agak terkilan, terasa, dan makan hati.

Aku pula jenis pendam. Sebab apa pendam? Bila aku luah aku akan luah sekali dengan air mata. Benda ni memalukan jadi aku pilih untuk makan hati sorang-sorang.

Banyak benda aku nak share dengan dia tapi bila tengok respon dia nak tak nak je jadi aku matikan hasrat untuk bercerita. Aku perempuan, kalau tak luah aku akan stres. Sebab tu aku meluah dekat sini.

Awal december lepas kami ada plan nak bercuti ke seberang dengan harapan hubungan kami akan lebih akrab.

Aku bagitau suami yang aku nak sponsor tiket dan pakej percutian termasuk makan sebab kami tak pergi honeymoon lagi walaupun dah dekat setahun berkahwin. Aku minta suami ready duit belanja sahaja di sana. Suami setuju.

Aku dengan excitednya survey itu ini beli itu ini untuk percutian tu. Maklumlah perempuan kan beria. Bila tarikh dah dekat aku tanya suami sempat tak ready duit untuk bercuti? Tahu apa jawapan dia? Dia tak sempat kumpul duit.

Pening kepala aku rasa nak mengamuk tapi aku sabar. Aku beria kumpul duit, buat simpanan, buat side income semata-mata nak pergi bercuti dengan dia. Minta dia kumpul duit lebih kurang seribu sahaja pun tak mampu.

Kadang aku fikir apa salah aku sebenarnya sampai dia tak ada effort langsung dalam rumahtangga kami. Hanya aku yang beria selama ni.

Sebelum kahwin suami banyak bercuti dengan ex girlfriend dia. Bukan aku tak tahu. Tapi kenapa dengan aku dia berkira sangat? Nak cakap tak cinta, sebelum kahwin dia yang beria ajak aku kahwin. Lepas kahwin jadi macam ni pulak.

Aku setiap hari masak untuk dia, kemas rumah sebelum dia balik kerja, pakai cantik-cantik di rumah, beri layanan terbaik tapi sikap dia acuh tak acuh macam tu juga.

Kadang-kadang aku rasa nak give up. Aku dah penat berusaha dan beria tapi dia tak pernah ada usaha. Perlu ke aku minta dia lepaskan aku? Aku sangat-sangat sunyi. Dah la keluarga tak ada, kawan-kawan pun tak ada.

Btw jangan komen harsh sangat sebab mental aku tengah tak kuat sekarang. Terima kasih semua.

– Nora (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Situasi awak macam pepatah, habis madu sepah dibuang. Lagi pula belum dikurniakan rezeki anak sebagai penguat kasih sayang..
    Awak suami isteri cuba heart to heart..cari jalan macam mana nak discuss..jangan pendam masalah, nanti awak makin sakit. Its okay untuk meluahkan apa yg awak rasa dekat suami sebab dia memainkan semua peranan (suami, sahabat, tempat bergantung etc), its okay kalau awak meluah sambil menangis..tak perlu rasa malu. If semua usaha awak dah buat tapi still tak jalan, cuba minta tlg dgn orang yg lebih tua dan disegani mcm mak ayah ke..sebagai penasihat dan pendamai..hidup ni memang keras sis..bertabahlah..istikarah pada Tuhan kalau perpisahan adalah langkah terakhir

  2. Assallamualaikum wbt sayangku, bersabarlah Kerana usia perkahwinan kalian masih muda Dan masih mentah.Nikmati Musim ini layak saat orang bercinta.Ini adalah masa utk saling mengenali satu Sama lain,mulakan dengan bertanya ttg hobi,kisah zaman kanak2,kenali suami Kamu secara utuh,kesukaan dan ketidaksukaannya.

    Belajar dik,pasang ceramah online berkisah rumahtangga,mulakan dgn UAI,Tuan Syamsul Debat Dan pendakwah2 yg mampu mendidik didalam senda.

    Kenali siapa suami Adik ,letakkan expectation Adik ketepi,wanita ITU dikahwini sebagai peneman Dan pembantu setia suaminya.Jadikan dirimu isteri yg berwawasan buat suami.kenali Corak komunikasinya.

    Adik,yg terindah ttg perkahwinan adalah Kamu discover Sisi Lembut Dan keras seorang lelaki bernama suami,sesi terhalus darinya,mengenal Cemburu dan kasihsayangnya.itulah kelebihan isteri yg takmampu dimiliki oleh mana2 wanita yg sekadar digelar teman wanita.

    Berbahagialah..Bukankah perkahwinan ITU satu adventure yg mengasyikkan .berjalanlah bersama..terokai percutian bersama bukan pilihan Kita sahaja.segala2nya harus mula Kita..no more saya awak..Bina kepercayaan..Bantu dia menjadi suami idaman Kamu kerana seperti Kamu dia juga mungkin saja buntu Dan keliru bagaimana utk mengalas title suami itu,ikut apa Perintah Allah Taala & ajaran Nabi SAW..pegang kuat2 pesan Nabi SAW Belum tahu belajar..jadi isteri kena belajar juga ilmu Dan seni psikologinya..bukannya boleh ikut2 suka ke..hukum semua nak kena jaga. ,usah dgr nasihat org luar selain yg menyebut ttg Allah Taala & Baginda Nabi SAW…lagi satu Jaga hubungan dgn Allah Taala,jaga solat bykkan sholawat dan Istigfar..cakap lemah Lembut dgn suami..Nabi pesan Taat pada suami..dan suami Adik mungkin sdg belajar mengenali adik..dia diam sbb dia dgrlah….dia takdgr pun cakap je..lelama nnt dia rindu..lelama dia suka duduk umah dgr celoteh adik…ada kat rumah tu la tanda dia suka selalu ada dkt sgn adik..lelaki lain ramai melepak kat Luar dgn kawan2..lebih kuranglah ya Dik..Wallahu’alam Bishowab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *