Isteriku, Bidadariku

Assalamualaikum & salam sejahtera. Aku Luqman. Ini kisah aku yang baru tersedar dari mimpi panjang. Aku mempunyai seorang isteri & 3 orang anak. Kehidupan keluargaku aku ringkaskan Alhamdulillah sangat bahagia.

Cerita bermula bila ada seorang wanita masuk berkerja di syarikat tempat aku kerja dibawah seliaan aku. Aku namakan Sarah. Janda anak 1. Entah macam mana setelah lebih kurang 4 bulan dia bekerja, satu hari dia meluahkan perasaannya pada aku. Katanya dia suka padaku kerana sifat2 aku sama macam ciri2 suami idamannya. Katanya lagi aku tidak seperti bekas suaminya yang panas baran & tidak peduli langsung dengannya walau dia mengadu sakit.

Dari situlah aku & Sarah mula berskandal. Aku seperti merasa bangga ada orang lain yang suka aku selain isteriku. Kehidupan rumahtanggaku aku tetap tidak abaikan. Aku tetap sayang isteri & anak2 ku. Tak pernah culas dalam melakukan tanggungjawab aku sebagai suami & ayah. Ditempat kerja pula aku melayan Sarah seperti kekasihku secara sembunyi.

Satu malam selepas solat Isyak aku masuk tidur. Aku lihat isteriku sudah tidur dulu. Letih & penat seharian buat kerja rumah, melayan anak & menyusukan anak ketiga kami berumur 11 bulan. Aku tatap wajah isteriku lama. Timbul satu perasaan sayu & bersalah. Aku bersalah menduakan cintanya.

Inilah bidadari yang Allah amanahkan padaku untuk dijaga, disayang, dibelai. Inilah bidadari yang sanggup bertarung nyawa melahirkan zuriat ku. Inilah bidadari yang telah memberi bahagia pada ibu bapaku dengan melahirkan cucu2. Inilah bidadari yang tak pernah berhenti senyum padaku, yang sentiasa mendoakan kejayaan aku, keselamatan aku walau dimana aku berada. Ya Allah, bersalahnya aku pada bidadariku.

Aku menangis disisinya. Tiba2 isteriku terjaga dari tidur. Dengan muka kehairanan dia bertanya mengapa aku menangis. Aku ceritakan semua padanya. Isteriku tersenyum. Katanya dia sudah tahu. Firasat hatinya buatkan dia cuba mencari kebenaran. Tapi tidak diceritakan bagaimana. Setiap hari dia berdoa semoga terbuka pintu hatiku untuk mengakui kesalahan & semoga hatiku tetap kukuh untuk dirinya.

Dia juga berdoa semoga rumahtangga kami sentiasa terpelihara dari sebarang godaan. Aku menangis lagi. Hebatnya isteriku. Kuatnya isteriku. Walau sudah tahu langsung tidak marah padaku. Aku malu pada isteriku dengan sikap aku. Aku terlalu leka, aku terlalu buta. Aku minta maaf padanya & aku berjanji untuk perbetulkan semula segalanya.

Alhamdulillah dengan berkat doa isteriku aku sudah berubah. Aku tidak lagi berjumpa Sarah. Aku tempatkan Sarah di bahagian lain dibawah seliaan pegawai lain. Tapi tidak lama kemudian Sarah berhenti kerja. Aku janji pada diriku kesilapan lama takkan berulang. Aku takkan sakiti hati isteriku lagi. Isteriku bidadariku. Amanah yang Allah berikan padaku.

Terima kasih.

– Luqman

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *