Jangan Ambil Hak Orang Lain

Assalamualaikum semua. Aku harap kisah aku ni menjadi pengajaran untuk kita semua. Bukan hak kita jangan ambil. As simple as that. Aku tak tahu sama ada kejadian yang berlaku kat aku sekadar kebetulan atau memang sebenarnya Allah nak bayar CASH kat aku atas apa yang telah aku lakukan.

Semalam, masa tengah berjalan ke tempat parking kereta aku terjumpa duit note Rm50. Entah kenapa duit tu betul-betul kat bawah tapak kaki aku. Aku cuba mencari-cari orang kat sekeliling tetapi masa tu hanya aku seorang. Pada mula nya terdetik dalam hati aku untuk membiarkan je duit tu dengan harapan kot2 tuan punya duit tu akan pergi mencari duit yang dia tercicir dan akhirnya dia gembira duit yang hilang tu dijumpai semula.

Namun iman aku yang lemah berjaya di hasut oleh syaitan apabila aku teringat akan whatsapp wife aku untuk menyuruh aku membeli cream bepanthen anak aku sebab ruam kat punggung dia dan untuk justify diri aku, aku katakana kat diri aku may be ini rezeki yang Allah bagi lagi pun aku bukan mencuri. Kalau duit ni haram pun aku bukan buat untuk beli makan bagi kat wife dan anak-anak aku. Beli cream je. Bukan untuk makanan yang jadi darah daging. Ya, itu yang aku katakan untuk memujuk hati aku dan menghalal kan duit tu pada masa itu. Bila teringat balik, terasa bodoh nya diri ini.

Lama juga aku duduk berfikir sama ada nak ambil ke tak duit tu tapi akhirnya aku ambil duit tu dan masuk kan dalam poket seluar aku. Sesampai nya aku di kereta, aku masuk kan duit tu kat dalam dompet aku dan asingkan duit tu dari duit yang memang ada kat dalam dompet aku. Again alasan bodoh aku, supaya aku tak terambil duit yang aku jumpa tadi tu untuk beli makanan.

Long story short aku pun bawa la wife dan anak-anak aku keluar dan di sini la bermula semua Allah nak tunjuk kekuasaan Nya. Aku keluarkan duit rm50 yang aku jumpa tadi yang telah aku asingkan kat wife aku. Tangan ini terasa bergetar masa nak beri dan dalam hati aku berkata ini lah duit yang pertama kali aku beri kat dia yang bukan dari hasil keringat aku selama kitorang kawen. Aku pesan kat wife aku beli cream tu je dan baki kembalikan.

Wife aku tiba-tiba rasa pelik sebab aku tak pernah minta duit baki instead aku akan beri dompet aku sebab aku takut duit yang aku bagi kat wife aku tu tak cukup so aku prefer bagi dengan wallet sekali dan anak masa anak aku tengah meragam tu akhirnya dia menyuruh aku yang masuk ke dalam farmasi tu. Selepas membayar harga cream tu, aku asingkan baki rm38.50 ke dalam poket seluar aku. Kali ni aku tak masukan ke dalam dompet aku sebab again aku tak nak duit tu bercampur dengan duit aku.

Masa dalam perjalanan pulang, wife aku minta singgah kat supermarket sebab nak beli barang katanya. Aku berikan dompet aku dan perasaan aku masa tu betul-betul tak sama dengan masa aku berikan duit note rm50 yang aku jumpa tu. Kali ni perasaan tu rasa gembira dan senang seperti kebiasaan nya apabila aku tengok muka muka wife aku. Aku dan anak-anak tunggu kat dalam kereta dan bila semuanya barang dah di masuk kan ke dalam bonet aku kitorang pun pulang.

Pappppp! Bunyi tu tiba-tiba keluar. Bila aku toleh kat belakang, belakang kereta aku tu dah kena dengan kereta yang tengah parking. Wife aku pun panic dan begitu juga aku. Aku tengok kat sekeliling tak da orang masa tu aku pun cepat-cepat larikan diri. Aku takut masa tu tapi aku tak tunjuk kat wife aku sebab aku tak nak dia lagi panic. Aku cuba pujuk dia dia cakap tak de apa-apa yng teruk sangat.

Aku berhenti kat bahu jalan dan melihat kereta aku, hanya ada kesan calar sedikit. Boleh hilang dengan polish ni kata aku. Tapi bagaimana dengan kereta yang aku langgar tadi?aku tak sempat nak tengok kerosakan dan no plat kereta dia. Kali ni aku nak betulkan kesilapan yang aku buat sebab aku rasa mungkin ini teguran dari Allah untuk aku.

Aku beranikan diri untuk kembali ke supermarket tadi untuk berjumpa dengan pemilik kereta yang aku langgar tadi tapi aku tengok kereta tu dah tak de. Setelah menunggu berapa lama akhirnya aku mengambil keputusan untuk pulang. Semalaman aku tak boleh tidur fikir pasal hal ni.

Kenapa reverse sensor kereta aku tak berbunyi dan membiarkan aku menghentak kereta tu? bagiamana agak nya kerosakan kereta tu? bagaimana jika pemandu kereta tu pergi dapatkan rakaman cctv dan viral kan aku? Adakah tindakan undang-undang akan di kenakan ke atas aku and the list goes on. Macam-macam yang ada kat dalam otak aku. Mujurlah aku di kurniakan isteri yang baik. Dia bagi calm aku and bagi kata2 positive. I love you sayang dan terima kasih.

Pagi tadi masa nak on kan tv untuk anak aku, tv yang selama ni berfungsi elok tak nak pula on. Puas aku try tetapi masih tak nak on and it got me thinking mungkin Allah nak tegur aku supaya in the future tak payah ambil hak orang lain.

– Intankukesepian

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *