Jangan Ambil Kawan Baik Sebagai Roommate

Salam dan hai semua. Aku seorang penuntut ijazah sarjana muda di sebuah universiti awam dan kini berada di semester 4, tahun kedua. Aku orangnya biasa2 saja. Kawan pun takde la ramai mana cuma bukan nak berlagak. Ramai yg suka berkawan dengan aku.

Cakap pasal kawan, seriously bukan mudah nak cari kawan dekat universiti. Percayalah bahawa mencari kawan lebih susah dari nak cari ikan di sungai. Alhamdulillah, aku dikelilingi kawan yg suka bantu aku dan ada di kala susah dan senang.

Masa sem 1, aku mula berkawan dengan sorang budak perempuan ni. Aku namakan dia sebagai Raisya(not a real name). Baik, periang dan dia sangat aktif berdebat. Hari makin hari aku makin suka kawan dengan dia. Sampai suatu hari , aku mengajak dia utk jadi roommate aku.

Universiti aku bukan macam universiti orang lain.
First year (sem1&sem2) – roommate ditetapkan oleh pihak uni.
Second year (sem3 &sem4) -boleh plih roomate sendiri
Third year(sem 5&sem 6) – duk rumah sewa
Forth year (sem 7 & sem8)- rumah sewa dan duk umah sendiri utk practical

So sekarang aku berada di 2nd year. Satu bilik 4 orang. Kalau melayu semua melayu. Begitu lah chinese dan indian.

Apa yg aku nak cerita kat sini, segalanya terbongkar bila dah sebilik. Perangai dia masyaAllah. Aku bukan nak mengaibkan tapi nak korang jadikan pengajaran. Antara tempat katil aku dan katil roommates aku yg lain, katil dia paling bersepah. Awal2 sem aku paham sebab dia terlalu aktif dgn aktiviti uni jadi aku tolong kemaskan katil dia. Takpun roommate aku yg lain tolong kemaskan.

Bukan tu saja, meja belajar dia pun kadang2 aku tolong bersihkan sebab dia terlalu busy! Jarang ada di bilik. Kalau makan pula suka tangguhkan basuh bekas makanan dan letak bawah katil sampai aku dan 2 org lagi roommates aku takut ada lipas bawah katil dia.

Ada satu hari tu dia tinggalkan air basuhan ramen samyang dalam baldi then dia balik rumah. Satu bilik bau busuk sampai tahap kitaorang bertiga cari punca bau busuk tu. mati2 ingat tahi kucing sebab bau dia sumpah sama!

Sekarang ni kami bertiga tak sabar nak habiskan tahun kedua kami sebab dah tak tahan sangat dengan perangai dia. Boleh kata kitaorang mnyesal ambik dia sebagai roommate. Yg lagi dua org tu pembersih orgnya.

Aku bukan nak aibkan dia tapi aku nak korang pikir dua tiga kali sebelum ambik seseorang jadi roommates korang in case uni korang sama macam uni aku. Bila dah sebilik macam2 terbongkar dan aku harap benda ni tak jadi lagi pada diri aku.

Doakan aku. Esok aku dah kena balik uni. Doakan aku tabah dalam menghadapi roommate macam dia. Aku sayang dia sampai pernah gaduh tapi dia tak pernah brubah buat hati aku tawar. Fobia nak kawan dengan orang yg famous2 ni. Oh lupa nak cakap yg Raisya ni femes. Kalau nak dikatakan satu kampus kenal dia tapi hanya roommmate dia yg tahu perangai sebenar dia. Okay bye.

-gadis serba tak kena

– Waheeda Wasini

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit