Jangan Ambil Mama Aku

Assalamualaikum, aku perkenal kan nama aku sebagai A. Aku anak kedua dari 5 beradik. Datang dari broken family which is divorced family.

Aku 4 beradik dibesarkan bersama mama, dan seorang lagi bersama abah. Tidak dinafikan keakraban itu lebih kepada mama. Tetapi antara aku dan abah tiada masalah langsung. All is well, bak kata mat saleh.

Along bekerjaya dan senang, alhamdulillah dia tidak lupa pada mama. Selalu jenguk mama. Selalu bagi duit poket. Rezeki dia memang lancar.

Aku pula bekerja bersama mama. Menolong dia di perusahaan kecil keluarga kami. Adat berniaga, terkadang banyak alhamdulillah, jika tidak, cukup makan.

Along pernah berkahwin secara senyap di thailand (illegal). Dan disini bermula segala kisahnya. Dan kini telah bercerai. Sesungguhnya jodoh, ajal dan maut itu telah tertulis.

Aku perkenal kan ex wife dia dengan panggilan “N”. N adalah seorang yang kuat bermuka bagi aku.

Jika dulu waktu bersama along, tidak pernah langsung nampak mukanya di rumah aku. Akan tetapi jika ada masalah, baru nak dtg rumah nangis nangis mengadu dekat mama. Everything dia akan minta simpati.

N masih bekeluarga, kedua ibu bapanya masih hidup. Ketika along dan N bercerai, aku menyalahkan along. Aku anggap along tak reti hargai pasangan. Tapi anggapan aku melencong teruk. Its spin 360 darjah beb. Seolah aku tembak anak panah ke langit, busur menusuk ke otak aku directly.

Segalanya bermula apabila selepas bercerai bersama along, N minta simpati mama untuk tinggal serumah dengan aku dan mama. Mulanya aku tak kisah, atas asbab kesian, aku okay je. Tak ku sangka tak kuduga, segala yang pelik terjadi.

Mulanya “bekas kakak ipar aku” ni bertudung. Jaga solat. Kononnya nak tumpang sebulan 2 dirumah, sebab ibunya tak tahu dia dah kahwin. Katanya takde tempat nak tinggal. Walhal rumah ibunya dan rumah aku cuma “sejengkal”. Cuma 2km.

Lama kelamaan tinggal dirumah, aku menjadi tak selesa. Tudungnya hilang. Mula pakai seluar ketat.
Ada sekali aku pulang ke rumah, dia cuma pakai “1 piece” baju tidur tanpa bra.

Ko rasa? Terkejut aku sebab aku memang tak rapat dengan dia. Tapi aku balik rumah aku sendiri, nampak dia atas sofa pakai baju tidur 1 piece pada jam 2 pagi. Allah!

Ada sekali tu pakai baju lengan pendek, dan seluar pendek “amoi”. Yang paras peha.

Lama kelamaan aku jadi kurang selesa. Aku lelaki, dia hanyalah bekas kakak ipar aku. Dan aku tinggal sebumbung dengannya. Walau ada mama, aku janggal dirumah sendiri. Kalau mama bekerja, dia tinggal dirumah bersama aku berdua. Aku betul betul tidak selesa.

Ada aku bersuara pada mama, alasan mama, “kesian”. Berapa lama nak kesian ?

Dan N mcm takde maruah, tak malu langsung. Masih minta belas ihsan mama aku. Dan sekarang dia dah pindah, tapi masih mama aku yang menanggung dia.

Minyak kereta, gelang emas, makan minum, tempat tinggal. Semua nya mama aku yang bayar. Seolah dia anak mama aku dan dia seoalah masih isteri kepada along.

Maaf, mana pergi malu kau? Maaf hormat aku hilang bila kau sendiri buka aib kau dirumah aku sendiri. Berpakaian seperti telanjang. Memalukan! Aku jijik dengan orang macam kau.

Kalau kau ada baca ni N, aku nak kau tahu aku bukan benci kau tanpa sebab, cuma balik la kau ke rumah mak kau. Sebab mak kau masih hidup. Cukup la kau minta simpati mama aku.

Mana la pergi harga diri kau sebagai seorang perempuan. Duduk merempat. Padahal mak ayah masih hidup! Duduk serumah dengan yang bukan mahram! Fikir pakai otak. Kau pun dah besar. Bukan kecik lagi.

Kau cuma nak memperguna mama aku je. Permainan kau jelas, cuma mama aku dikaburi dengan lakonan kau. Sikit masa lakonan kau terhenti, topeng kau akan terbuka sendiri.

Jangan kau campuri urusan keluarga aku. Kau orang luar. Takde hak kau dalam keluarga aku! Jangan kau ambil mama aku dari aku.

– Adik along (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *