Jangan Buli 1bu

Assalamualaikum, saya Ahmad. Kisah yang ingin saya kongsikan ni tentang abang dan akak ipar saya.

Adik beradik saya ada 4 orang dan saya yang bongsu. Ibu bapa saya orang pencen dan kedua2 nya jenis lembut dan sopan. Akak pertama, abang kedua dan ketiga telah berkahwin.

Abang ketiga saya gelarkan “A”, isterinya, akak ipar saya “B”, ada 2 orang anak. Seorang 1 tahun lebih saya gelarkan “Y” dan seorang lagi 5 tahun saya gelarkan “Z”.

Sejak kecil “A” memang seorang yang garang, panas baran dan pendiam, isterinya si “B” pulak sejak jadi akak ipar saya tengok jenis suka buat posting acah kaya di medsos, kuat merajuk dan pemalas.

Paling rajin pun dia acah menyapu, asal time ibu saya memasak “B” duk dalam bilik tidur sebab pening kepala. “B” anak bongsu dari keluarga yang besar, duduk kampung dan agak susah.

Sejak mereka berkahwin juga memang jelas depan mata “A” memang kalah dengan “B” . Apa kata isteri di ikut sahaja.

Saya sering dengar ibu saya bercerita tentang kuku anak mereka yang tak berpotong, anak dibiar tak mandi sehingga ke petang,

Anak yang masih berpampers pada umur 5y di biar tahi di pampers sehingga ibu tegur suruh cuci baru gerak, itupun si isteri teriak suruh suaminya cuci.

Waktu fasa berpantang, “B” sudah bising pada “A” nak ke klinik swasta cari ubat stop susu badan sebab sakit bila anak menyusu.

“A” takde duit sampai berpinjam2 dekat adik beradik memang banyak kali. Ada yang pinjam untuk bayar komitmen, ada yang pinjam untuk berjalan.

Yang paling pelik pernah pinjam sebab nak bercuti ke Langkawi selama seminggu. Ada yang dah pinjam buat2 lupa tak bayar sampai sekarang.

Dengan akak ipar yang lagi 1 tu pun dia pernah pinjam, kadang saya yang segan.

Padahal akak ipar yang lagi 1 tu suri rumah juga, tapi dia bekerja online dirumah. Mungkin sebab ada degree, dia pandai cari pendapatan sendiri.

Ibu memang panggil “B” ni “Mem besar”.

Mana taknya, buat susu anak tengah2 malam pun ”A” yang bangun padahal isteri suri rumah sepenuh masa, “A” pula bekerja mekanik. Mandikan dan siapkan anak ke Tadika pun “A”.

Di rumah mereka “A” sering tapau makanan balik rumah sebab “B” jenis masak kadang2. Kalau nak tahu “B” masak confirm dia akan post di medsos dengan caption “Its done masak2”.

Gaji “A” jenis kira by hari kerja, gi kerja pun ikut suka, asal isnin malas nak kerja atau terlajak bangun terus tak pergi kerja. Bagi saya “A” tiada disiplin kerja.

Kedua2 anak mereka masih menyusu botol, dan ibu juga ada cerita kadang dia yang belikan pampers dan susu tepung untuk cucu.

Bukan itu sahaja, kereta yang mereka pakai pun guna deposit dari ayah saya, kalau tak cukup duit nak bayar monthly kadang pinjam ibu saya. Pinjam yang tak akan bayar balik ye.

Rumah yang mereka duduk adalah rumah ayah saya juga, teres 2 tingkat. Mereka duduk free tanpa bayar sewa. Kadang2 ayah saya cerita dia dapat emel bila “A” ada tunggakan bil air @ eletrik.

Yang membuatkan saya nak berkongsi cerita disini disebabkan kesian pada ibu saya yang makin tua, umur pertengahan 60-an.

Asalkan cuti sekolah, “A” akan balik kampung tinggalkan “Z”. Tinggalkan tanpa berikan apa2 pesan, dan tanpa beritahu nak tinggalkan sampai bila.

Kemudian bila dah tinggalkan takde call tanya khabar anak. “Z” dah banyak kali sebut papa.. papa.. sehari dua takpe lagi, kadang deret seminggu langsung tak de tanya khabar anak.

Last2 ayah saya hantar cucu ke rumah mereka. Pelik saya, tak rindu dekat “Z” ke? Sibuk jaga “Y” sangat ke?

Sebelum ni saya ada dengar abang saya yang lain ada kata “B” lebihkan “Y” sebab senang dijaga berbanding “Z”.

“B” selalu berseloroh wajah “Y” mirip arwah abahnya. Aikk.. takkan bezakan anak sebab rupa dan perangai.

Budak2 tu kecik lagi, pada fasa umur untuk dibentuk dan diberi pendidikan sahsiah yang patut.

Pernah juga “A” kantoi bawak “Z” ke bengkel sewaktu kerja, biarkan “Z” main dalam kereta sebab “B” suruh. “B” kata “Z” tak pandai main dengan “Y” dan selalu kacau “Y”.

Bila ibu tahu tu yang ibu saya suruh “Z” duduk di kampung, jangan bawak ke tempat kerja.

Pelik saya macam mana dia boleh fikir nak bawak anak dia ikut gi kerja di bengkel sebab isteri tak nak jaga? Tapi bila dah suruh letak di kampung, ditinggalkan “Z” dekat seminggu langsung tak ambil2 pulak.

Susah hati ibu saya bila “Z” duk tanya mana mama papa dan adiknya. Pening saya.

Bagi saya kalau tak nak jaga anak hantar lah ke pusat asuhan. Kalau tak mampu tolong lah rajinkan diri tu jaga anak. Kalau tak boleh rajin please jangan ada anak.

Kesian sangat pada ibu saya. Umurnya bukan sesuai untuk jaga cucu, masak sedikit sudah penat, inikan pula nak uruskan cucu. Dia nak ke masjid dengar ceramah, pergi kelas agama pun susah.

Mana sikap “A” yang garang tu, kenapa tak boleh tegur “B” yang makin lama makin melampau buli ibu saya.

Takkan saya pulak nak kena tegur hal rumah tangga abang saya, sebab saya pun belum berkahwin.

Pada saya “A” dah salah pilih isteri, dan dia perlu tegur dan urus rumah tangga dia lebih baik. Jangan buli ibu saya…

– Ahmad (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *