Jangan Tinggal Dengan Mertua

Assalamualaikum semua. 1st aku nak minta maaf andai cerita aku ni agak panjang. Aku tak pandai mengarang sebenarnya.

Aku Nur. Berkahwin lambat dengan suami. Dah pegang status andartu, barulah darjat aku diangkat sebagai isteri. Bukan tak laku, bukan juga memilih. Tapi aku selalu jumpa dengan lelaki yang bukan2.

Alhamdulillah pilihan aku untuk berkahwin dengan suami adalah tepat kerana suami aku baik, beriman dan kelakar. Hari2 sentiasa menceriakan aku. Syukur…

Suami aku duda anak 1 (8 tahun bercerai takde pengganti). Anak dia dah belasan tahun tinggal dengan bekas isteri. Aku jarang jumpa anak dia sebab bekas isteri halang aku berbaik2 dengan anak dia.

Kesian si anak. Selalu je dia nak datang jumpa aku tapi mak dia tak bagi. Nak buat macam mana, dah budak tu anak dia. Aku takleh nak kata apa. Whatsapp menghubungkan kami.

Bukan pasal bekas isteri yang aku nak ceritakan. Aku nak cerita tentang mak mertua aku yang aku panggil dia sebagai Mak.

Sepanjang 8 tahun menduda, suami tinggal berdua dengan mak di kampung walaupun suami ada rumah di bandar. Sepanjang 8 tahun itulah perhatian suami memang 70% kepada mak, 30% lagi kat anak. Apa yang mak nak, semua suami turutkan. Mak dah menjanda lebih 30 tahun.

Nak dijadikan jodoh, suami bertemu dengan aku. Kenal tak sampai 4 bulan, suami masuk meminang. Maka, bertunanglah kami walaupun pada masa tu Mama aku bantah habis2an hubungan aku dengan suami.

Mujurlah papa sporting. Papa yang kuatkan semangat aku. Mama tak setuju sebab pendapatan suami jauh lebih rendah dari aku. Jadi mama takut suami amik kesempatan kat aku.

3 bulan bertunang, kami bernikah. Sepanjang bertunang, aku sering ke rumah Mak. Borak2, hantar makanan etc. Mak memang baik di mata aku. Ramah. Suka bersembang dan bercerita. Masa dekat2 nak kahwin, aku beritahu suami yang aku setuju nak jaga mak di kampung lepas kahwin nanti.

Minggu pertama lepas nikah, semuanya okay. Semuanya indah. Mama boleh terima suami dengan baik. Hubungan aku dengan mak pun ok. Masuk minggu kedua, aku & suami dah start bekerja. Bezanya suami kena bekerja di pejabat, aku pula bekerja dari rumah sebab PKP.

Kerjaya aku sebagai eksekutif di company besar memang sangat busy. Meeting hari2. Whatsapp memang aktif. Kadang2 aku buat kerja sampai malam. Tapi aku tetap jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri. Contohnya, pagi2 lepas solat subuh aku akan sediakan breakfast.

Dah siap breakfast & buatkan bekal untuk suami, aku akan start kutip pakaian kotor aku, suami dan mak untuk dicuci dalam mesin basuh.

Aku akan jemur semua pakaian sebaik saja matahari start naik @ sebelum pukul 8 pagi. Lepas tu aku akan menyapu dan mengemas rumah. Pukul 8:30 pagi, barulah aku fokus dengan kerja office.

Tengahari, aku break sekejap untuk masak tengahari. Tapi mak tak pernah sudi nak makan masakan aku. Nak kata tak sedap, elok je suami aku makan siap bertambah.

Hari2 mak akan masak lauk lain untuk diri sendiri. Selalu jugak dia akan paksa suami makan lauk yang dia masak dan dia akan mintak suami alihkan jauh2 masakan aku.

Suami jadi serba salah nak makan masakan siapa. Aku malas jadikan benda ni isu besar. Aku suruh suami makan je masakan mak. Settle.

Benda ni berlaku berulang2 kali sehinggalah aku jadi fed up nak masak sebab akhirnya lauk2 aku akan masuk ke dalam tong sampah dan akhirnya aku tak masak langsung untuk lunch. Membazir.

Meeting office. Memandangkan aku Work From Home (WFH), aku dan team selalu meeting online. Setiap kali meeting online, mak akan datang dekat dengan aku dan bersembang tentang diri dia & mengumpat sana sini.

Bila aku beritahu aku sedang meeting, mak tetap buat2 tak faham dan terus bersembang dan tanya macam2 dekat aku.

Contohnya dia nampak gambar team2 aku dekat screen, dia sibuk tanya tu siapa ni siapa, mesyuarat apa, knp ada lelaki? Arghhhh.. aku stress! Jadi, lepas kejadian tu aku start buat kerja atas katil kat dalam bilik.

Sepanjang tinggal dengan mak, beberapa kali dia cuba tanya tentang gaji aku, komisen aku, hutang2 aku… dia desak dan mendesak aku supaya aku beritahu.

Lama2 aku jadi rimas, mama dan papa aku sendiri pun tak pernah tanya pasal gaji aku. Aku rimas, jadi aku beritahu range gaji aku walaupun tak tepat. Lepas itu, dia start meminta macam2. Suruh aku belikan almari la, rak la.. Dijajanya gaji aku kepada anak2 dia yang lain.

Bila aku dan suami nak balik ke rumah mama dan papa sekejap, macam2 yang mak akan tanya. Kenapa nak pergi sana? Ada majlis ape? Pukul berapa nak balik semula?

Ptfff…. Rumah mama dan papa tak jauh pun. Hanya sebelah kampung je. Takkanlah aku nak balik 2 minggu sekali pun tak boleh? Itupun balik menyinggah, bukannya tidur.

Pernah family belah aku (mama, papa dan adik beradik) plan holiday, tibe2 mak nak ikut sekali. Sedangkan sebelum2 tu mak pernah cakap dia tak suka holiday. Membazir duit katanya.

Suami tak cakap banyak, dia hantar mak ke rumah kakak dia untuk jagakan mak sementara kami semua holiday. Kami bukannya tak nak ajak tapi ni family trip sebelah aku kot. Kami dah rancang lama dari sebelum aku kahwin lagi. Lagipun family aku bukannya rapat sangat dengan mak.

Takkan tibe2 aku nak ajak mak? Ape pulak kata family aku nanti? Mak merajuk bukan main lagi.

Bila dah balik dari holiday, aku ada plan nak bercuti lagi dan nak ajak mak, tapi mak tolak. Dia kata dia tak suka holiday. Habis tu yang merajuk sakan hari tu kenapa? Saja nak uji kami ke?? Saja nak spoil the mood?

Ketika aku bekerja, mak suka mengarah2 aku buat itu ini. Aku ni bekerja dari rumah. Bukannya bercuti di rumah! Kerja aku pulak memang perlu fokus 200%. Kalau tak fokus, habis lintang pukang jadinya.

Sebab itulah aku start kunci pintu bilik setiap kali hari bekerja. Tapi, mak sering ketuk pintu bilik aku minta itu ini.

Kesabaran aku start menipis bila mak fitnah aku tak solat. Aku dapat tahu bila suami beritahu aku. Aku benci bila aku difitnah sesuka hati. Suami tak marah tapi aku yang angin. Bilik aku dekat dengan bilik air.

Jadi setiap kali aku keluar masuk bilik air, mak takkan sedar/ nampak melainkan kalau dia duduk di ruang tamu. Demi Allah aku tak pernah tinggal solat tapi mak sesuka hati tuduh aku macam tu. Siapa yang tak marah!

Weekend. Kadang2 lepas solat subuh suami akan tidur balik dan bangun lewat. Aku pulak akan duduk dalam bilik selepas aku settlekan rutin setiap pagi aku.

Kadang2 aku ambil peluang untuk kemas apa2 yang patut kat dalam bilik tu memandangkan hari kerja aku dah busy. Mak seolah2 sakit hati kalau aku duduk berdua di dalam bilik.

Pernah sedang aku mengemas dalam bilik, aku terdengar mak menyapu di laman dengan sapuan yang kuat ditepi tingkap bilik aku.

Bila aku intai, tiada 1 helai daun atau sampah pun di kawasan yang mak sapu tu. Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Makin lama aku tinggal dengan mak, aku makin tak faham dengan perangai mak. Berbeza sungguh dengan masa mula2 kenal dulu.

Cerita buruk suami masa suami bujang dulu diungkit2 banyak kali di depan aku. Dipujinya anak lelaki sulung yang lebih berjaya dari suami aku. Tapi bila time susah, dicarinya suami aku.

Dia tak pernah susahkan anak lelaki sulung tapi sentiasa memuji2. Sedangkan yang menjaga mak selama ni adalah suami tapi mak selalu memburuk2kan suami.

Mak turut memuji2 ex- wife suami dulu. Katanya dia masih menganggap ex-wife suami dulu sebagai menantu dan masih sayangkan ex-wife tu. Motif?

Sudahlah bila aku bersembang dengan suami di ruang tamu ketika menonton tv, mak akan menyampuk dengan menceritakan tentang hal sendiri dan mengumpat orang.

Cerita yang dia sampaikan tu adalah cerita yang sama berulang2 kali sampaikan kalau dikira, dah beratus kali dia ulang cerita yang sama.

Tapi bila aku diam tak bersembang dengan suami, dia tak bercakap apa2 pun. Depan suami jugak dia compare aku dengan dia.

Dia kata dia kurus, rambut masih lebat macam anak dara (padahal rambut dia nipis & beruban macam orang tua sebaya dia), ramping… sedangkan aku gemuk, tak lawa… #matakeatas

Apa motif mak nak compare aku dengan dia? Pernah dia potong rambut pendek, lepas tu bila suami aku balik dari kerja, dia flip hair depan suami dan beritahu rambut aku panjang tak lawa tapi rambut dia pendek kemas… rambut aku rebonding kot.

Cuma aku selalu sanggul dengan penyepit rambut sebab rumah tu jenis panas dan aku rimas nak lepaskan rambut panjang paras ketiak aku tu..

Yang buat aku musykil, mak ni anggap aku menantu ke atau madu dia? Buat apa nak compare2? Aku sikit pun tak hairan siapa lagi lawa, siapa lagi hebat.

Aku perasan mak akan buat macam2 untuk tagih perhatian suami. Pernah suami fetch aku dari office (masa ni waktu PKPP dan kami dah boleh work from office) dan lepas tu kami shopping barang2 dapur.

Mak jenis suka buang sampah merata2. Jadi aku ajak suami untuk belikan tong sampah baru dan beberapa peralatan rumah yang lain.

Kisahnya hari tersebut kami balik lewat dan beberapa hari selepas itu pun, kami masih lagi balik lewat. Sebenarnya takdelah lewat sangat. Sebelum maghrib kami dah sampai rumah. Setiap kali balik rumah, mak merajuk tak bercakap dengan aku tapi dengan suami dia bercakap elok je.

Nak kata sebab tak ajak dia, kami dah ajak tapi dia sendiri yang tak nak. Jadi nak merajuk apanya? Kes buang sampah merata2 masih berlaku walaupun dah ada tong sampah baru. Jadi aku anggap tu memang perangai dan tabiat kekal mak.

Cawan tak bercuci, tudung letak merata2.. aku yang jadi tukang kutip dan cuci. Angkat baju di ampaian, lipat baju, susun baju dalam almari, ni semua tugas2 yang aku buat setiap hari. Tapi dengan ipar duai, mak katakan dia yang lakukan semua. Sigh ~

Bila orang datang rumah dan memuji rumah kemas bersih, mak katakan dia yang lakukan semua. Kalau dia tak buat, tak ada siapa nak buat. Orang mula menjeling kat aku. Mungkin dalam hati orang tu marahkan aku sebab suruh orang tua jagakan rumah. Walhal….

Aku biarkan. Biarlah mak amik semua kredit. Ambillah segala pujian2 tu. Aku sikit pun tak hadap. Banyak yang aku nak ceritakan tentang perangai buruk mak tapi kang terlalu panjang pulak cerita aku ni. Dan apa yang mak lakukan kat aku adalah dibelakang suami. Suami tak tahu menahu.

Aku tak faham kenapa mak sakit hati sangat dengan aku sedangkan aku tak pernah sakitkan hati dia dan tak pernah susahkan dia. Even sejak aku tinggal dengan dia, segala belanja dapur aku yang tanggung. Suami hanya bayar bil2 sahaja.

Bila di depan suami, mak berpura2 baik dan bergelak tawa dengan aku. Bila dibelakang suami, mak mencari salah aku dan cuba menyakitkan hati aku dengan bermacam2 cara.

Kesabaran aku hilang 100% bila aku diserang pening kepala selama 1 minggu. Puas makan ubat, pegi klinik.. doctor katakan aku stress. Aku minta cuti dengan bos dan cuti aku diluluskan.

Jadi suami mintak aku duduk diam2 dirumah dan berehat. Tak perlu buat apa2 kerja rumah. Tapi aku macam biasa. Jenis tak boleh duduk diam. Aku tetap kemas rumah, menyapu, cuci baju, jemur baju… lepas tu aku berehat di dalam bilik.

Sedang aku berehat, aku terdengar bunyi pintu dapur yang ditutup dengan kuat. Nak kata pintu dapur tu ditolak angin, mustahil sebab pintu tu jenis kayu berat.

Lepas tu aku dengar bunyi pintu di lock dengan laju seolah2 ada yang sedang marah. Serentak dengan itu, aku dengar bunyi hentakan kaki melangkah kuat menuju ke bilik aku.

Rumah mak dah usang, jadi setiap langkah kaki boleh dengar dengan jelas tapi hentakan kaki yang aku dengar pada ketika sangatlah kuat.

Tak lama lepas tu…. DANG!!! Aku dengar sesuatu dihentakkan betul2 di hadapan pintu bilik aku dengan kuat dan aku tahu bunyi tu adalah bunyi bakul baju plastik yang berisi kain2. Lepas tu aku dengar tapak kaki itu semakin menjauhi bilik aku dan hilang entah kemana.

Aku tunggu selama hampir 30 minit, barulah aku buka pintu bilik. Betul sangkaan aku, sebakul plastik yang dipenuhi baju2 yang aku cuci pagi tadi di letakkan dihadapan pintu bilik aku.

Tapi kenapa perlu nak hentak2 dengan kuat? Masih ada baju yang belum kering, kenapa dah diangkat dari jemuran? Marahkan aku sebab aku duduk dalam bilik ke?

Aku terus call kawan aku untuk datang ambil aku di rumah. Aku dah tak boleh sabar dengan mak. Aku dah terlalu muak nak hadap dengan karenah2 mak.

Bila kawan aku sampai depan rumah, aku cepat2 keluar. Tapi aku dengar, mak berlari dari bilik dia menuju ke pintu rumah.

Sebaik saja kawan aku mengundurkan kereta, aku sempat tengok mak dah berdiri kat depan pintu rumah melihat aku dengan mata tajam. Aku biarkan. Aku dah malas. Aku bosan dengan mak!

Bila dah sampai kat kedai makan, aku call suami. Suami pelik kenapa aku keluar walaupun tak sihat. Aku hanya beritahu malam nanti ada benda aku nak discuss.

Malam tu aku luahkan segala2nya dengan suami tentang mak. Aku menangis semahu2nya. Awalnya suami tak percaya tapi aku beri 2 pilihan kepada suami sama ada pindah duduk sendiri atau hantar aku balik ke rumah mama dan papa dan kami bercerai.

Aku tak nak hidup dalam keadaan stress. Aku tak nak hidup dengan mak yang bagi aku toxic dalam hidup aku. Aku nak hidup bahagia…

Suami pilih pilihan pertama dan ketika itu barulah aku diberitahu yang dulu dia bercerai pun kerana bekas isteri tak tahan dengan perangai mak. Maka, 2 minggu selepas itu kami pun berpindah ke rumah suami di bandar.

Mak? Dia frust bila dengar kami nak berpindah. Dia terpaksa menumpang rumah anak2 yang lain. Sekejap rumah orang tu, sekejap duduk rumah orang ni.

Awalnya aku kasihan dengan mak sebab terpaksa pindah randah sana sini tapi bila diingatkan apa yang pernah dia buat pada aku, jadi aku buang segala rasa kasihan. Korang rasa aku jahat ke?

Aku ingatkan aku yang busuk hati tak boleh terima perangai mak. Rupa2nya anak2 mak pun mengalami kejadian yang sama.

Baru saja 4 bulan mak menumpang di rumah masing2 tapi semuanya dah tak tahan dengan mak. Paling mendukacitakan, hubungan kakak ipar aku dan suami dia retak kerana mak.

Sedangkan kakak ipar aku & suami dia tu sebaik2 manusia yang pernah aku kenal. Kesian kakak. Malah ada cucu2 mak yang dah tawar hati sampaikan sekarang ni ada yang tak menjenguk dan tak bertanya khabar langsung. Masing2 geram kerana difitnah nenek sendiri.

Kerana masing2 dah tak tahan, semua ipar duai aku decided untuk hantar mak di kampung seorang diri. Andai kata ada anak cucu yang ada kelapangan, bolehlah menjenguk mak sehari dua.

Kaedah ini sangat effective dan rumahtangga ipar duai menjadi baik semula. Tetapi cucu2 yang dah tawar hati tu masih lagi tak datang bertanya khabar seolah2 dia dah putus hubungan terus dengan nenek dia.

Aku? Walaupun setiap kali menjenguk mak, aku tetap difitnah tak menjenguk. Setiap kali aku datang, pasti ada kata2 sindiran. Lantak. Aku buat2 tak dengar. Aku masih hormatkan dia kerana dia orang tua.

Aku tawar hati. Sungguh. Suami tahu apa yang aku rasa tentang mak. Dia dah mula nampak kesalahan mak bila dia tengok rumahtangga kakak dia mula retak kerana mak & cucu2 mak marahkan mak.

Malah, banyak kali mak cuba menggangu rumahtangga aku dan suami selepas kami berpindah tetapi suami berjaya menepis.

Aku rasa mak tak sukakan aku sebab dia dah tak dapat perhatian sepenuhnya dari suami selepas suami berkahwin dengan aku.

Sebab itulah mak lakukan macam2 untuk sakitkan hati aku dan dia compare diri dia dengan aku. Mak juga tak suka aku bermesra2 dengan suami. Sebab itulah dia ganggu setiap kali aku bersembang dengan suami.

Walaupun aku dan suami tinggal berjauhan dengan mak, mak tetap akan call suami untuk meminta tolong. Sedangkan ada je anak yang duduk dekat dengan dia tapi tak pulak dia call anak yang satu tu.

Kalau siang hari tak apalah. Ini tengah2 malam call suruh baiki mesin basuh dan2 tu jugak macam tak menyempat nak tunggu pagi esok. Entahlah. Orang tua. Macam tu gamaknya perangainya untuk raih perhatian anak.

Latest, aku dapat tahu biras aku dah bencikan mak kerana mak selalu mengarah2 dia dan menfitnah. Sampaikan masa perkahwinan anak saudara baru2 ni, biras aku tak bersalam pun dengan mak. Kakak ipar pun ada mengadu tentang mak.

Aku? Hanya mampu tersenyum dan mendoakan supaya mak berubah.

Aku tahu aku bukan menantu yang baik tapi aku juga ada hati dan perasaan. Bila orang berkelakuan buruk kerap kali, lama2 aku akan rasa tawar hati juga.

Mama dan papa melayan aku dan suami dengan baik. Tak pernah fitnah. Tak pernah menyusahkan. Siapa mak nak layan aku dengan buruk?

Moral of the story, elakkan tinggal dengan mertua bila dah kahwin kalau nak bahagia. Tak kiralah sebaik manapun mertua tu. Sebab mertua juga adalah manusia biasa dan bukannya maksum.

Sekian.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *