Jauhi Nice Guy

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, para pembaca IIUMC. Aku Rotigirl, pelajar tahun dua daripada salah satu IPTA negara kita.

Untuk pengetahuan umum, Nice Guy tu adalah seorang lelaki tak guna yang fikir perempuan akan terhutanglah budi dengan dia apabila dia berbuat baik dengan perempuan secara berlebihan dan selalu menggunakan alasan “aku lelaki baik, tapi kau tak layan aku sama?”. Dan aku nak berkongsi cerita tentang pertemuan aku dengan nice guy gila ni

Semenjak dah start sem 2 year 2, aku ingat perkara-perkara sem 1, akan stay di sem 1. Takku sangkakan ada jugak makhluk yang suka mengungkit jugak pasal hal-hal dulu.

Masa start sem 1 dulu, aku berkenalan dengan sorang budak lelaki ni, kita namakan dia S, untuk Setan sebab itulah perangai sebenar dia kemudian.

Nak berkenalan pun bukan sebab aku nak, tapi kitorang sama group sebab lecturer buat group untuk kitorang mengikut turutan nama. Aku bukan taknak jadi sombong, so aku perkenalkan la diri dekat semua orang dalam group aku saje nak break the ice and start la nak buat apa untuk group project tu sebab taknak buat last minute.

Depan-depan mula-mula okay si S ni, guna ayat sopan even lelaki lain pun lain macam bila dengar dia cakap dalam group. Tapi aku pikir ala baru mula nak kenal, macam biasa lah tu. Lepas dah bahagikan tugas-tugas masing2, dah exchange nombor semua and buat group Whatsapp okay la dah boleh proceed dengan kerja group. Selang beberapa minggu, aku nak compile la tugasan2 tu so aku suara dalam group and group member lain beri kerjasama ah share docx diaorg kecuali si S ni entah la masalah dia apa.

So aku PM la dia tanya mana bahagian dia sebab aku nak proofread and compile pastu dia balas ah “Sorry, aku tengah ada masalah peribadi sekarang ni. Esok nanti aku kasi sebab sekarang aku tengah selesaikan masalah aku sekarang ni.” Aku pun macam what sebab aku paling tak suka jenis orang yang bawak masalah sendiri jadi alasan kenapa diorang tak boleh buat kerja tu. Tapi sebab aku taknak sakitkan hati dia aku cakaplah, “okay la takpe, tapi nak jugak esok” pastu dia sambung lagi convo tu entah dah kenapa “terima kasih awak, sori sangat-sangat camni” dengan ayat-ayat lagi lah cakap macam thanks sebab memahami and tak pernah jumpa orang cam aku. Aku bluetick dia je sebab kitorang ada jumpa setiap minggu nak bincang pasal project ni tapi cara dia cakap dengan aku still macam first week kenal.

And then esok tu hari Sabtu, weekend la cuti tapi aku siapkan assignment yang ada sebab taknak lewatkan and then aku perasan ada satu whatsapp daripada si S ni. Aku ingat dia dah hantar tapi dia hantar “selamat pagi awak, sorry menganggu pagi-pagi ni tapi bahagian saya dah nak siap dah. Kejap lagi ye awak” tu pun aku bluetick jugak sebab tu bukan apa yang aku mintak dengan dia semalam dan aku rasa tak perlu pun dia update dengan aku pasal progress dia tapi lepas dia hantar mesej pagi tu aku jenuh ah menunggu sampai ke petang, barulahhhh dia nak hantar part dia. Aku pun cakap je la thanks je pastu dia ada balas lagi tapi aku malas baca.

Bila aku bukak je file part dia tu, entah la nak kata apa; dah la pendek, tak cukup info, grammar berterabur dengan format pun tak mengikut. Tu takpe, aku bersabar lagi sebab boleh betulkan tapi yang buat darah aku naik tu bila dia ada additional notes dekat last page word dia tu “kehadapan Rotigirl, terima kasih sangat-sangat awak bersabar dengan saya siapkan part ni. Nanti saya belanja awak lunch lepas kelas okay?” Aku macam ew no thanks aku ada duit sendiri nak beli lunch sendiri. Aku just delete special note dia tu and betulkan je la part dia secara terpaksa sebab memang project ni akan berkurangan sangat kalau aku tak betulkan part dia.

Skip next week, masa kelas untuk project tu lecturer suruh bincang dalam group sendiri2 and jumpa lecturer kalau ada soalan apa-apa. Aku cakap la dengan group member aku apa yang perlu dibetulkan, dekat mana yang kena tambah lagi bla bla bla hal biasa bincang dalam group. Aku tak paham la kenapa dengan si S ni, tapi alih2 dia ni tukar topic lak nak mengajak aku gi lunch yang dia cakap nak belanja tu tapi aku cakaplah aku busy selepas kelas sebab ada appointment dengan lecturer tapi dia insist jugak and tau kedai yang sedap ni and aku macam????? Aku tak kenal langsung si S ni sebelum start sem 3, kelas dengan dia pun ada satu je and kita memang jarang berbual walaupun dia banyak cuba mulakan convo dekat whatsapp tapi aku buat dunno sebab aku memang tak interested, tapi mengajak aku keluar makan depan budak group kitorang dia expect aku nak cakap yes sebab taknak hampakan dia depan orang yang kita kenal? Eh sorry la aku ada hak la nak menolak, aku takde masa nak layan drama Melayu camni.

Aku tolak ah offer dia sebab kita ada banyak lagi nak bincang kot, asal kau nak tukar topic ni tapi dia berkeras jugak weyh and aku dah nak hilang sabar dengan mamat tak guna ni sampailah ada group member aku yang lain tegur dia “dia cakap tak nak tu dah la, kenapa nak paksa lagi?” (Thank you sooo much qistie sebab back up sisturrr) pastu dia diam sebab kena tegur dengan orang lain kahkahkah padan muka kau setan.

Lepas abis kelas tu aku terus calur sebab aku takut dia memaksa lagi and aku pun pergi lah jumpa lecturer aku. Lepas dah abis kelas untuk hari tu, baru lah aku boleh bukak whatsapp and check segala socmed yang ada. Dekat status Whatsapp, si S ni ada la update pastu aku baca je la and apa yang dia tulis tu memang buat darah aku naik balik, abis stress balik bila dah sampai bilik.

Ayat dia gini: Bila orang buat baik, memang dijangka dibalas baik kan? Kenapa perempuan susah sangat eh nak ikut prinsip tu?
Aku tau memang tu khas untuk aku sebab dia update status tu masa kelas yang kita ada tadi ataupun aku just perasan. Okay takpe, aku lepaskan kali ni jap sebab maybe dia sensitif sikit kalau kena reject.

Tak lama pastu si Qistie mesej aku, dia amik la ss yg si S ni punya update and tanya aku mesti pasal aku kan? Aku pun cakap la ye lah kot ataupun ada perempuan lain time tu sakitkan hati dia. Qistie cerita la yang dulu masa year 1, dia ada sama kelas dengan si S ni dan perangai dia masa suka dekat perempuan yang dia nak sama macam mana dia melayan aku sekarang, guna ayat-ayat manis sopan dan suka offer nak belanja macam-macam lepas tu berang bila kena reject.

Aku pun tanya lah lagi dia macam mana lepas kena reject? Macam dia akan still mencuba ataupun tukar ke orang lain lepas tu Qistie explain yang dia takkan stop mencuba selagi dia tak dapat clear answer aku pun dah mula takut dah sebab aku taknak ada stalker gila.

Next week tu, aku dah start benci nak datang kelas tu sebab kena deal dengan si S ni sebab ni je la kelas yang kita ada bersama and time ni je la dia nak face to face dengan aku cuba sweet talk dengan aku tapi aku memang tak tunjuk sebarang layanan sebab 1. Creepy la kena dengar cakap ayat-ayat camtu setiap 5 saat 2. Aku takde minat dekat dia. Aku just nak habiskan group project ni secepat mungkin so aku boleh potong segala hubungan dengan si S.

Alhamdulillah, group project dah siap dan full report pun complete dah boleh berjimba woohoo tapi bukan, kesudahan belum lagi di sini.

Lepas dah abis buat group project, si S cuba whatsapp aku lagi walaupun sekian banyak dah kena bluetick and dia buat karangan tau begitu dedicated creep ni. Ayat dia macam terima kasih, 6 bulan ni la paling banyak memori tercipta bersama aku, dia akan sentiasa mengingati masa-masa bersama sumpah ayat macam nak cakap goodbye forever (harap-harap boleh tak jumpa forever) lepas tu dia cakap dia tau dia seorang lelaki yang baik, yang cukup sesuai untuk perempuan sama baik macam aku dan mintak aku kasi dia peluang untuk membuktikan diri dia.

Aku… terus reject dia sebab aku tak tahu kenapa dia suka aku? Takkanlah sebab aku baik je? Dan sememangnya kita takde persamaan yang sama sebab aku tak minat apa yang dia minat langsung tapi dia boleh pulak suruh aku cuba minat jugak walaupun aku dah cakap aku tak minat?

Lepas tu dia macam koyak kot, sebab dah mula lah perangai setan dia tu macam panggil aku perempuan tak guna, suka sangat memperdayakan lelaki, tak bersyukur bila kena layan dengan lelaki baik macam dia and macam-macam la lagi alasan yang dia fikir valid kenapa aku sepatutnya couple dengan dia?

Aku pun dah malas nak jadi baik dengan dia aku balas lah yang aku tak kenal dia sepanjang sem pun, kenapa aku perlu berhutang dengan dia hanya sebab dia layan aku dengan baik? Kenapa tak ikhlas je bila layan aku tapi dia expect balasan balik? Lepas tu mula la dia dengan alasan “semua perempuan sama je” aku dah tak tahan aku block dia, delete nombor dia and left group tu. taknak aku dah dengan setan ni.

Sampai la masuk sem 4 ni, aku ada nampak dia dekat kelas lain tapi aku buat tak tahu dengan dia dah sebab kita dah takde kena mengena langsung tapi dengar-dengar desas desus di antara classmate yang dia mengungkit aku memperdayakan dia. Please la, kau nak percaya siapa? Lelaki yang baru kenal aku tak cukup 6 bulan ataupun mangsa yang kena paksa untuk membalas jasa seorang lelaki yang tak ikhlas?

Tq kepada para pembacaaa. Harap-harap aku je la jumpa case nice guy gila ni, dan kalau korang macam kena layan baik semacam, tolong pastikan dia buat secara ikhlas dan bukan harapkan apa-apa balasan. Tqqq

– Rotigirl

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit