Untuk part I, (https://iiumc.com/jin-tumpang/).
Hai Assalamualaikum semua. Aku Langsir. Maaflah nama samaran ni bukan sebab menghampiri nama sesiapa,
Cuma masa aku tulis confession pertama tu aku sedang menghadap langsir. Itu yang terlintas.
Terima kasih bagi yang dah bagi cadangan atau nasihat sebelum ni. InsyaAllah akan aku amalkan dan sedang amalkan.
Cuma masuk bulan ni aku dah kali ketiga pergi berubat. Ternyata masih ada. Dan aku ada baca jugak yang kalian kongsikan ada yang makan tahun untuk pulih.
Aku pulak baru tahu tentang ni.
Cuma aku nak share lah apa yang aku alami, yang mungkin menjadi tanda-tanda awal ke apa selain mimpi-mimpi yang berterusan.
Aku perasan bermula aku mengandung anak kedua tu, aku rasa sakit tak macam biasa.
Aku sakit di bahagian ari-ari, masa google tu mungkin dikaitkan dengan pubic symphysis, almaklumlah tengah mengandung.
Selepas tu, aku sakit sendi bisa-bisa badan yang susah nak hurai macammana sakit dia yang datang secara tak konsisten.
Kadang aku okay kadang aku lemah. Sakit kepala pulak memang kerap lah jadi aku fikir biasalah migrain kan.
Aku macam cepat marah. Serba tak kena berserabut. Walhal aku pentingkan solat, walau masih lagi dalam usaha menyempurnakan solat dari segi awal waktu dan kekhusyukan.
Lepas bersalin, lutut aku sekejap sakit sekejap tak. Tapi sakit dia tu macam dicucuk jarum.
Kemudian, selepas aku berubat kali ketiga dengan cara berbeza sikit dari ustaz yang pertama di tempat yang sama.
Aku impressed sebab, lutut aku ringan, sakit bahagian ari2 yang aku ingatkan tulang pelvic tu lega. Kalau tak aku nak bangun tidur pun ambik masa mengengsot.
Tapi seminggu lepas berubat laa memang aku lega badan aku ringan, lepastu macam jadi balik gitulah.
Aku pun tak pernah terfikir hal hal macam ni. Aku google tanda-tanda, cari sedikit perihal ni memang macam yang aku alami.
Tapi aku berserah dekat Allah sebab Allah maha penyembuh sambil berusaha.
Setakat ni, aku macam tak dapat lagi quality sleep sebab aku sentiasa bermimpi benda pelik2 dan menakutkan. Selalu terjaga 3 pagi. Walau sebelum tu ak dah baca 3qul.
Kadang aku rasa dengar halus-halus suara. Entahlah.
Sekarang bila aku cepat nak marah, aku istighfar. Ikhtiar mana yang perlu. Kalau waktu tak larat, memang aku baring je lah.
Sekarang aku masih berusaha ikhtiar cari berubat dekat perubatan islam dan amalkan dzkir, doa dan bacaan Al-quran.
Moga moga ada kesembuhan…
– Langsir (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit