Jiran & Enjin

Hai, aku Tom. Aku nak cerita sikit sebelum aku kahwin, aku duduk rumah bujang berkongsi dengan 3 orang kawan aku.

Hidup kami seronok, gembira, bahagia sebab kami semua geng yang boleh lepak sekali walaupun tempat kerja semua lain.

Namun, kegembiraan kami tidak berpanjangan. Setiap pukul 3 atau 4 pagi, jiran kami yang duduk berhadapan dengan rumah kami suka main test enjin dia.

Kau bayangkan orang lain tengah tidur tapi dia duduk tekan minyak dia tu. Mengaum- ngaum bunyi enjin.

Aku tak pastilah jiran lain ok ke tak sebab kami ni duduk dalam kawasan taman perumahan. Yang pastinya, kami 4 orang memang tak boleh tahan. Kau agak- agaklah orang lain pun ada kereta motor jugak.

Tapi tak ada lah setiap 4 pagi main kereta kan. Ini bercinta dengan pontianak ke apa main kereta waktu-waktu macam ni.

Kau jangan kata kau solat tahajud eh waktu macam ni. Orang kuat ibadat pandai jaga hati jiran tau. Mesti korang tertanya- tanya kan kenapa kami tidak report saja kepada pihak penguatkuasa.

Baik, sebelum aku dikecam aku nak cerita sikit, jiran aku tu orang lama di situ. Dia jugak ada hubungan baik punya dengan orang penguatkuasa.

Kalau aku pergi report, confirm orang penguatkuasa akan bagitahu balik kat dia siapa yang buat report tu. Aku takut jugak kena santau ke apa ke, dia ajak aku bertumbuk ke.

Bukan nak bersangka buruk tapi kau faham- fahamlah kan perangai orang ni. Jenis berdendam sampai ke lubuk dalam. Takut aku. Aku nak hidup tenang- tenang je taknak gaduh dengan sesiapa.

Pada suatu hari kan, dalam seminggu macam tu kami tidak diganggu oleh ngauman bunyi enjin lagi.

Kami rasa gembira bagai nak sujud syukur. Tapi dalam masa yang sama pelik jugak kenapa dah tak bunyi kan. Mungkin jiran tu pergi bercuti agaknya.

1 petang yang hening, Joe berlari- lari masuk ke biliku. Dia cakap macam ni, “Woi Tom kau tahu tak kenapa jiran depan dah tak main enjin? Tuuuu, cuba kau tengok depan rumah dia tu ada apa.”

Bagaikan joyah, kami meninjau- ninjau rumah jiran di sebalik tingkap cermin tinted gelap. Kelihatan jiranku duduk di atas kerusi roda dengan kaki berbalut. Sah! Accident rupanya.

Tergelak- gelak kami bagaikan orang gila. Maaf la ek bukan nak gembira atas penderitaan orang lain tapi rasain lor anjir.

Bertahun- tahun kau main enjin kereta tiap- tiap pagi buta. Bayangkan berapa ramai orang yang mencarut- carut kat jiran tu setiap kali pukul 4am.

Bukan tak ada jiran lain yang ada anak kecil. Ramaiiiiiiiiiiiiiiii. Sekejap je Allah balas perbuatan dia. Akhirnya, kawasan perumahan kami tenang setenangnya.

Tak lama lepas tu, aku pun berpindah tak tahu lah apa nasib dengan jiran tu. Adakah sudah insaf?

Kita ni hidup dalam masyarakat. Kalau nak bising sila lah duduk dalam hutan berkawan dengan monyet.

Sekian..

– Tom (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *