Jodoh Yang Menipu

Assalamualaikum, terlebih dahulu terima kasih kepada pihak IIUM Confessions yang menyiarkan penulisanku untuk kali ini.

Namaku Fahana, tahun ini adalah tahun terakhir, aku di usia 20’an. Ingin dijadikan cerita, kepada pembaca yang pernah membaca “Jodoh yang ternoktah” (https://iiumc.com/jodoh-yang-ternoktah/) aku pernah mengenali S tetapi terputus di tengah jalan.

Tetapi ingin dijadikan cerita, tahun ini aku telah mengenali seseorang biarlah aku namakan dirinya sebagai A.

Aku mengenali A empat bulan lalu dan apa yang aku ingin menceritakan adalah situasi yang kini sedang aku alami. A muda 4 tahun dariku, dan dia merupakan seorang peniaga makanan.

A seorang yang agak muda dariku, tetapi aku bersikap, ingin mengambil peluang untuk cuba mengenali dan tidak menilai dahulu kebarangkalian-kebarangkalian yang mungkin akan terjadi, disebabkan umurnya yang agak muda daripadaku.

Tetapi, langit tidak selalunya cerah, semakin lama aku mengenali A, semakin aku tahu bahawa dirinya sebenarnya bukannya suka pada aku, tetapi lebih suka pada anggapan bahawa dirinya kini, sudah “menyayangi” seseorang tetapi sebenarnya tidak.

Barulah aku sedar bahawa, dia sebenarnya tidak mengenali langsung diriku siapa, dia selalu menceritakan tentang keluarganya, tetapi tidak bagi aku.

Jika dia bertanya khabar, hanya sekadar bertanyakan sahaja dan tidak pernah mencuba untuk mengenali diriku yang sebenar. Hanya aku sahajalah, yang bertanya tentang perihalnya.

Aku masih berbaik sangka, dan penghujung hubungan antara aku dan dia adalah diketika mana dia menghadiahi aku satu hadiah yang aku rasa itulah pengakhiran hubungan kami.

Aku seorang yang seboleh-bolehnya ingin memberi kebahagiaan pada setiap jiwa yang aku kenal, dalam erti kata lain aku boleh dikatakan seorang yang tidak berkira, walau terkadang aku sendiri tengah sesak,

Kerana aku tahu bagaimana perasaan tidak punyai apa-apa, dan aku tahu perasaan sedih bila ada ketikanya kita mengharapkan, ada yang membantu tetapi tidak.

Kerana itulah, terkadang aku lebih meletakkan kebahagiaan orang lain, daripada kebahagiaan aku sendiri.

Berbalik pada hubungan aku dengan A, aku mengambil keputusan untuk meneruskan lagi hubungan dengannya, kerana bagiku A tidak mempunyai jiwa sepertiku.

Aku tidak pernah meminta apa, biarlah sesuatu yang memberi sentimental value, tetapi apa yang diberikan nya, seakan mengimbau kembali hubungannya dengan ex gf nya sendiri.

Pernah satu ketika aku menanyakan tentang mengapa dia dan exnya berpisah, katanya kerana sebab dia sendiri tidak tahu mengapa.

Aku pun tidak menanyakan lebih, tetapi jauh di sudut hatiku aku dapat rasa yang dia sebenarnya masih mengharapakan ex nya tetapi masih menipu tentang kenyataan itu.

Sangkaan aku betul, apabila aku membuat keputusan untuk tidak meneruskan hubungan ini, tidak sekali pun A text atau call , untuk menanyakan mengapa aku bersikap sedemikian rupa.

Barulah aku tahu bahawa apa yang dilakukan A selama mengenali aku hanyalah penipuan semata-mata, tiap kata-kata manis dan janji-janji yang pernah diucapkan dahulu hanyalah gurauan semata-mata.

A mengambil pendekatan untuk berdiam-diri, setelah aku mengatakan aku ingin menamatkan hubungan ini.

Aku menerangkan apa yang aku harapkan darinya dan aku juga berharap dia juga mengambil pendekatan yang sama untuk mempertahankan hubungan ini, tetapi sangkaan aku meleset sama sekali, dia sama sekali seakan tidak peduli tentang hubungan ini.

Malah tidak ada satu bankangan daripada A agar aku tidak mengambil keputusan ini.

Setelah apa yang berlaku, aku kini lebih berhati-hati agar aku tidak mengenali orang yang salah. Sehingga sekarang aku masih percaya pada jodoh.

InsyaaAllah orang yang tepat akan muncul tak lama sahaja lagi, kita sebagai hamba, percayalah percaturan Allah tetap yang terbaik walau apa pun kesudahannya.

Aku selalu menekankan pada tiap hubungan bahawa jangan ada kebergantungan berlebihan kerana disitulah terletaknya pengharapan.Doakan aku agar dipertemukan dengan seseorang yang baik jiwanya.

– Fahana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit