Jonah

Perkataan ini agak biasa didengari oleh kakitangan hospital. Saya pertama kali mendengar perkataan ini adalah pada hari kedua bekerja di hospital. Si A memang jonahlah, si B pula anti-Jonah. Saya ingatkan ada perkaitan dengan nama seorang ‘nabi’ yang tertulis dalam kitab-kitab Hebrew, tetapi sebenanya langsung tiada kaitan.

Apakah itu Jonah? Jonah bukanlah sesuatu yang kita dengar di video youtube “Johny Johny Yes Papa”, tetapi Jonah bermaksud bernasib malang/buruk, atau dengan kata lain “sial”. Contohnya Dr Abu memang terkenal dengan kejonahannya, maksudnya, semasa Dr Abu bekerja, pasti ada puluhan pesakit dimasukkan di wad, ditambah pula dengan pesakit tidak stabil secara tiba-tiba. Dan masa tu jugak ada banyak kematian dan banyak hal-hal yang tak diduga berlaku.

Betapa popularnya jonah ni sampaikan di kalangan pekerja hospital siap ada singkatan lagi. Mereka tak panggil jonah tu sebagai jonah, tetapi mereka singkatkan jadi huruf “J” sahaja, dah macam singkatan PU (Pass Urine) dan BO (Bowel Open) pula saya dengar.

Lawan perkataan jonah bukanlah johan, tetapi anti-jonah. Susah nak diterangkan, contohnya, Dr Z anti-jonah, maknanya, sewaktu dia bekerja, cuma ada 1 pesakit dimasukkan atau keadaan di wad tenang sahaja sehingga dia boleh tidur sampai ke subuh. Double J pula adalah gelaran yang diberikan sekiranya house officer (HO) dan medical officer (MO) yang jonah itu oncall serentak.

Setelah bekerja, memang saya dapat merasa trend kejonahan seseorang itu. Apabila oncall dengan MO A, mesti banyak pesakit masuk, pesakit nak kena bedah la, pesakit nak kena masukkan darah dan lain-lain, tapi kalau dengan MO B, tidak pula sehinggakan hampir membawa kepada kepercayaan saya terhadap definisi jonah ini.

Juga, menjadi kebiasaan para doktor pelatih bertanya adakah MO mereka malam itu jonah atau tidak Jadi, apa hukumnya mempercayai bahawa doktor ini jonah, doktor itu tidak jonah. Saya faham, kebanyakkan orang hanya melawak sahaja ketika bercakap tentang Jonah dan anti-Jonah, namun, di sini saya terangkan juga kerana ada dikalangan kita mempercayai perkara sedemikian. Maksud saya, ialah dia betul-betul sepenuh hatinya percaya terhadap perkara ini, bukan setakat gurau-gurau je.

Melabelkan seseorang jonah merupakan satu perbuatan syirik. Ini “Tatayyur” dan “Tasyaa-um”. Anggapan sial pada satu-satu alamat yang tak munasabah. Ini ibarat anda menyialkan seseorang itu tanpa ada sebab. Hanya kerana dia on-call, ada tahu malam itu pasti akan jadi malang dan sibuk.

Pernahkah anda mendengar ayat ini “”Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.“ [Al-Baqarah: 286]. dan juga ini ’Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.“ [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]?

Pada pendapat saya ianya sama sahaja dalam konteks jonah atau tidak. Saya lihat, ramai rakan sekerja saya yang dilabel jonah, tak sempat rehat semasa on-call, patient masuk bertalu-talu, 5-6 cardiopulmonary resusctation (CPR) dilakukan pada satu-satu malam adalah seseorang yang sangat tabah. Mereka mungkin keletihan, tetapi saya boleh lihat, betapa teruknya seseorang itu diuji, namun dia masih boleh menahan bebanan dan tekanan itu, dah masih mampu menyiapkan segala tugas on time.

Saya berpegang bahawa ia bukan berpunca daripada “sial” yang ada pada diri dia. Sebenarnya ia merupakan ketentuan Allah yang semestinya mempunyai hikmah di sebaliknya. Kalau anti-jonah pula, mungkin Allah tidak menguji beliau dengan ujian yang tidak sepatutnya. Mungkin terlalu berat jika dia diuji semasa hari tersebut, contohnya.

Saya pernah bekerja di mana kemasukkan pesakit sehingga 7 orang dan CPR sehingga 4 orang di wad buah pinggang, dan semua berlaku pada masa 5 jam sahaja saya berseorangan (PM shift). Tapi kebanyakkan malam, boleh saya tidur sehingga mendapat bed sore kategori 3 atau 4. Sampaikan saya hairan, adakah saya ni jonah, atau anti-jonah? Setiap berlaku pasti ada hikmahnya,

Allah sentiasa menguji hambanya, mungkin sekiranya diletakkan orang yang anti-Jonah ini dengan taluan patient masuk ke wad, mungkin dia tidak dapat menahan ujian tersebut, menyebabkan akibat yang lagi buruk kepadanya dan kepada pesakit-pesakitnya.

Ada kawan saya juga, sebelum ini tidak reti ACLS guideline atau resusitasi pesakit, tapi akibat kejonahan beliau, kini dia memang pakar apabila menghadapi pesakit yang tidak sedar mahupun jantung berhenti tiba-tiba.

Kepercayaan jonah dan melabelkan seseorang itu jonah adalah superstitious dan mengarut semata-mata. Mengikut pada ustaz yang telah saya rujuk melalui perkara ini samalah seperti pantang larang memakai baju merah sewaktu oncall, tak mandi sewaktu shift PM, duduk di atas kaunter jururawat dan lain-lain.

Tiada apa bezanya, kedua-duanya syirik hukumnya jika kita percaya sebetul-betulnya.

– Ilzanno Sharky

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *