Journey to Beautiful Skin

Salam all, straight to the point jelah ye, ini bukan confession, tapi sekadar perkongsian tips tentang bagaimana nak mendapatkan kulit yang cantik.

Definisi kulit cantik pada I bukanlah kulit yang putih, pada I, semua tona kulit cantik, hehe. Perkongsian ni lebih kepada mendapatkan kulit yang bebas jerawat, jeragat, pori2 tersumbat, dan mengecilkan pori2. Dalam bahasa Inggerisnya, flawless skin gittew (x pun almost flawless).

Posting ni ditujukan kepada both ladies and guys yeah, sebabnya apa yang ‘make up’ kulit wanita dan lelaki sama je, cumanya kulit lelaki mungkin lebih oily (disebabkan faktor hormon), dan juga texture yang lebih kasar (sebab they all shave kan). Tips ni apply pada dua2 gender ye.

Without further ado, lets begin…

CLEANSING:
-Korean skincare believe in double cleansing, 1st they all guna cleansing oil, 2nd cleansing pula they all usually guna foaming cleaser. Dari pengalaman I, Korean double cleansing ni strip my skin of its natural oil, so I x syorkan follow double cleansing macam ni, sebab bila protective layer kulit kita terganggu disebabkan ‘over-cleansing’, kulit akan jadi sensitif dan senang naik jerawat.
-So macam mana nak cleanse kulit muka properly? 1st guna micellar water AKA cleansing water, pour some on cotton pad then gently wipe cotton pad all over face. Micellar water ni ada teknologi untuk ‘angkat’ dirt dan oil dari kulit muka kita (micellar water ni memang penting, lagi2 kalau pakai sunblock, compact powder/makeup). 2nd step baru proceed guna gentle non-foaming cleanser. Untuk 2nd cleanser ni I recommend Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Cetaphil ni ada cara gunanya, jangan basahkan muka lepas cleanse dengan micellar water, pour Cetaphil onto fingers (middle finger dan jari next to pinky, ye kita cleanse muka guna dua jari je, mesti gentle), pastu massage2 Cetaphil tu dekat muka in circular motion, very gently and slowly. Kenapa kena guna dua jari sahaja (both hands of courseee, haha), dan kenapa kena take your time? Sebab kita nak pastikan dirt dalam pori2 kita ‘terangkat keluar’. Cleansing is all about pore care okays :)

HYDRATION:
-Hydration ni penting. Pada I, selepas cleansing, kita fokus pada skin product yang akan membantu kulit kita, such as vitamin C serum, hyaluronic acid serum.
-Vitamin C serum ni banyak benefitnya, contohnya seperti fade acne scars, mengecilkan pori2, hydration, mild exfoliation etc. Vit C memang sedia ada dalam kulit kita, but as we age the level of vit C in our skin decreases disebabkan banyak faktor, sun rays, pollution, cara pemakanan etc. Vit C serum sesuai untuk semua jenis kulit. % vitamin C serum yang dah proven berkesan untuk fade jeragat, acne scars ialah dalam linkungan 15% – 20%. Tapi x bermaksud kurang dari 15% x berkesan, berkesan juga tapi mengambil masa.
-Hyaluronic acid serum pula, yang ni serum extra untuk u all yang kulit jenis kering. Kalau normal, oily, or combination skin, pakai vitamin C serum dah cukup. Yang jenis dry skin, kalau u all pakai vit C serum and still rasa macam kulit still kering, next step is hyaluronic acid serum. Kalau jenis kulit kering, hyaluronic acid serum bila sapu kat muka, akan mampu penetrate jauh ke dalam kulit. Untuk kulit jenis berminyak, hyaluronic acid serum kurang sesuai untuk u all, sebabnya serum tu mungkin x dapat absorb jauh ke dalam kulit, dan ia akan stay di atas permukaan kulit.
-Conclusion, lepas cleansing, guna vit C serum terus (rule guna vit C serum, lepas cleansing terus pakai vit C serum, x payah toner, sebab kita nak vit C serum tu touch our skin first selepas cleansing). Kalau kulit u all jenis kering, after vit C serum, tunggu beberapa minit, lepastu boleh proceed apply hyaluronic acid serum.

SUNBLOCK:
-Waktu siang wajib pakai sunblock, sebab kita nak protect kulit kita dari UV rays yang boleh menyebabkan collagen loss (kulit pun jadi kurang anjal), jeragat, skin cancer etc. Kalau pergi jogging awal pagi pukul 7 – 8.30 tu x perlu la pakai sunblock, coz badan kita perlu vitamin D, yang terhasil apabila skin kita in contact dengan cahaya matahari.
-Sunblock ada dua jenis ye, physical sunscreen (Titanium dioxide, Zinc oxide), dan chemical sunscreen (Benzophenone/Oxybenzone, Avobenzone/Butylmethoxydibenzoylmethane etc).
-Physical sunscreen ni dia provide protective shield pada kulit muka, maksudnya UV rays akan dipantulkan keluar instead of menyerap masuk ke dalam kulit kita (boleh faham x? Haha rasa cam x clear je I explain ni). Chemical sunscreen pula, akan menyerap masuk UV rays ke dalam kulit kita, pastu I dah lupa what they do with the rays, haha, u all boleh Google ni sendiri ye.
-Dari experience I, chemical sunscreen ni scary, sebab kalau x sesuai dengan kulit memang teruk juga la allergic reactionnya, ni I dah kena a few times, semenjak tu memang I totally avoid chemical sunscreen. U all kalau nak beli sunscreen, lebih baik beli physical sunscreen, yang ada titanium dioxide or zinc oxide, lebih selamat berbanding chemical sunscreen.
-Sebaiknya jangan beli sunblock yang ada ‘alcohol’ dalam list ingredient, sebab akan buat kulit kering dan bila pakai macam ada ‘stinging’ sensation gittu. Alcohol yang I maksudkan ni, memang bertulis dalam ingredient list ‘alcohol’ sahaja, bukan cetyl alcohol, behenyl alcohol etc.
-Dimethicone, yang ni selalu je ada dalam sunblock/skincare products, yang ni ada potensi untuk block pori2, tu lah kadang2 bila pakai skin product yang ada dimethicone ni kita tetiba je dapat jerawat. Yang acne prone skin, better stay away dari produk2 yang ada dimethicone.

EXFOLIATION:
Satu atau dua kali seminggu, kita wajib ‘deep cleanse’ kulit. Deep cleanse ni ada 3 step…
1)Guna clarisonic. Clarisonic memang expensive, tapi facial brush ni memang worth the investment. Kalau nak clarisonic pada harga lebih rendah dari retail price, boleh check dekat Carousell, ada je I nampak orang jual clarisonic. Another alternative, kalau clarisonic not within the budget right now, boleh guna Hada Labo AHA/BHA cleanser (ni sesuai guna once or twice a week je, x sesuai guna everyday, sebab AHA/BHA ni tujuannya pun get rid of dead skin cells, kita x nak la hari2 get rid of dead skin cells, sebab kulit akan sensitif dengan sun rays, bahaya tu. Plus, kulit kita ni mampu untuk exfoliate dengan sendirinya bila kita tidur, tapi once or twice a week, kita bantu kulit kita exfoliate, sebab as we age, our skin’s ability untuk exfoliate dengan sendirinya slows down).
2)Lepas step 1, guna clay mask. Clay mask bagus untuk detox kulit dari dirt, oil etc. Untuk yang belum ada budget nak invest clarisonic, u all boleh skip 1, after cleansing terus pakai clay mask (tapi make sure clay mask yang korang pakai tu ada exfoliating enzyme), yang belum ada budget boleh pakai clay mask twice a week.
3)After step 1 and 2, guna sheet mask. Yang ni banyak je choice u all boleh pilih, but make sure u all pilih yang akan provide deep hydration, contohnya macam snail mask, ginseng mask, ataupun hyaluronic acid mask.
4) After deep cleansing step 1,2,3 done, kita guna dermaroller 0.5mm pula. Pernah dengar dermaroller? If u all dono, boleh je Google, don’t worry. Secara ringkas, dermaroller ni membantu kulit kita menghasilkan collagen. Dermaroller ni, bila kita roll dekat kulit muka, akan menghasilkan very tiny holes (u all x boleh nampak pun, don’t worry), pastu kulit kita akan treat these tiny holes macam skin injury, lepastu skin kita akan hasilkan collagen untuk ‘repair’ injury ni. Hasilnya, kulit jadi semakin cantik. Lebih kurang gitu lah explanation dermaroller ni. Dermaroller 0.5mm guna 2 atau 3 kali seminggu je (depends berapa cepat healing process kulit korang), dan mesti ada gap day between usage untuk skin healing process.

SUMMARY:
-AM skincare routine (fokus pada skin protection)
1)Gentle cleanser
2)Vitamin C serum*
3)Sunblock

*note – penggunaan vit C serum pada waktu siang agak kontroversial, tapi berdasarkan info baru yang I dapat daripada video interview founder skincare company dari Perancis, Novexpert (btw dia ni pun pakar ye, bukan setakat businessman), dia cakap boleh guna vit C serum pada waktu siang. Vit C tu akan ‘mati’ untuk protect kulit kita, so they macam take the damage from the UV rays first la, daripada kulit kita kena dulu (get it??).

-PM skincare routine (fokus pada ‘treating’ atau memperbaiki kulit)
1)Micellar water
2)Gentle cleanser
3)Vitamin C serum (Extra step untuk dry skin people; hyaluronic acid serum)

PRODUCT RECOMMENDATION:
-Micellar water/Cleansing water – Bifesta cleansing water, Bioderma micellar water. Dua2 boleh didapati di Watson, Guardian.
-Mild cleanser – Cetaphil Gentle Skin Cleanser, Watson, Guardian ada.
-Vitamin C serum – Yang ni sangat penting ye untuk invest good quality vitamin C serum, dan normal lah quality comes with a price kan. Selalunya yg good quality vit C serum ni memang expensive. Tapi recently I terjumpa pula brand Annona ni, ni company Malaysia, kalau x silap they baru juga la launch vitamin C serum ni, dari packaging vit C serum Annona ni, semua ingredients ada listed, so yeah company ni transparent la kiranya. I beli vit C serum Annona dari insta shop ‘annona_vcs’, haha, saja tolong promote business kakak ni, sebab masa I beli tu, dia memang polite je, hehe. So far serum ni I pakai xde allergic. Serum vit C Annona ada 5ml, dan 15ml, 5ml RM30+, 15ml RM90. If money not an issue for u, chewahhh, haha, then brand Novexpert got this vit C booster ke apa nama dia, yang tu pun bagus, if I got the money, sure lah I nak try, hehe.
-Hyaluronic acid serum – Neogence Hyaluronic Acid Hydrating Serum, dekat SaSa ada jual.
-Sunblock – Setakat ni, I belum jumpa lagi physical sunblock yang I suka, semua macam block my pores je, susah nak cari sunblock yang free dari dimethicone. So yang ni, u all buat research sendiri la eh. Kalau ada recommendation, comment bawah, I pun nak tahu.
-Clay mask – Mary Jardin Clay mask (ada papaya enzyme, so boleh bantu exfoliate dead skin cells). Mary Jardin pun produk Malaysia juga, so far I baru try clay mask MJ, this one also all ingredients listed, so don’t worry. Yang ni I beli dari auntie I, dia agent Mary Jardin., and clay mask MJ ni retails at RM85. Again, if money not an issue for u, boleh try clay mask dari Glamglow gittewww, haha, memang expensivenya boleh tahan la. Tapi dari review2, seems that memang ramai suka clay mask Glamglow ni, soooo yea if money not an issue, definitely I nak try. Glamglow boleh beli dekat Sephora.

ONLINE SKINCARE SITES yang I recommend:
-Hermo (Banyak jual Korean beauty products)
-Hishop (Novexpert available dekat site ni)

Phewww, okay dah cukup panjang dah ni. Disclaimer ye, I bukan pakar kulit, cuma a girl yang nak cantik je, hahah. Sometimes bila ada confession tentang skincare, I selalu je baca comment2, and ada je comment2 ladies yang imply they dono how to take care of their skin, so they either x pakai apa2, or pakai something yang maybe x help they all, so I macam kesian. Ladies and gents, this post is for u all, both genders, dua2 gender patut take care of our skin, kena lah make effort jaga anugerah muka tuhan bagi kan. So yeahhh, harap u all benefit dari posting ni, masa untuk start journey to beautiful skin (ambil masa 1 – 3 bulan ye untuk see result, sabar dan make effort) :)

– Student X

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit