Assalamualaikum WRB dan salam sejahtera kepada semua pembaca IIUMC. Saya betul2 perlukan nasihat/ pendapat daripada kalian semua. Thanks in advance️ maaf kalau coretan saya berterabur.
Saya wanita berusia lewat 20-an. Dari keluarga biasa2 saja, tidak kaya. Saya pernah bercinta dengan seorang lelaki yang saya kenalkan sebagai A. Hubungan kami bertahan selama 4 tahun dengan restu dari kedua dua keluarga.
A adalah seorang lelaki dari keluarga yang sangat kaya raya. Bukan sikit2 punya kaya, kekayaan ibu bapanya bernilai jutaan ringgit. Memang hidup serba senang dan mewah.
A sangat mencintai saya, A bukan jenis lelaki yang berhuha huha ataupun kaki melepak, A seorang pendiam, tak ramai kawan, tak bersosial. Waktunya habis diluangkan untuk ibu nya, dia memang seorang anak yang sangat baik dan patuh. A melayan saya dengan sangat baik.
Sepanjang bercinta dengan dia tak pernah bergaduh pasal perempuan sebab dia memang langsung takde kawan perempuan dan bukan jenis lelaki gatal. Dia sangat setia dengan saya.
Namun secara jujurnya, dalam tempoh 4 tahun, dia tiada tempat di dalam hati saya. Selama 4 tahun saya cuba untuk mencintai dia, tapi saya gagal. Saya tak tahu kenapa langsung tiada hati untuk dia.
Tapi walaupun saya tak cintakan dia, selama 4 tahun saya setia dan tak pernah curang di belakang dia. Saya bukan jenis perempuan macam tu. Antara punca saya tiada hati kerana bisnes yang dijalankan oleh keluarganya adalah bisnes yang salah di sisi undang2.
Hanya dari situ, mereka boleh jadi jutawan. Jenuh saya nasihat dia untuk ceburkan diri dalam bisnes lain namun tiada bayang untuk ke arah itu. Saya fikir kalau saya berkahwin dengan dia, apa nasib saya dan anak2. Memang betul hidup senang, cuci kaki, tapi tak dapat hidup tenang.
Selama 4 tahun bercinta, saya tiada rasa bangga pun dapat boyfriend kaya. Tapi saya tertekan sebab setiap kali orang bertanya dia kerja apa, saya jadi buntu nak menjawab. Belum berkahwin lagi saya dah resah, tak tenang, macam mana kalau kahwin kan?
Akhirnya, saya membuat keputusan untuk memutuskan hubungan kami. A seperti nak m4ti kehilangan saya, dia sungguh2 mencintai saya. Namun saya berkeras untuk mengakhiri hubungan kami.
Ummi sangat marah dengan keputusan yang saya buat. Ummi kata saya tolak tuah untuk jadi orang kaya. Ummi bukan mata duitan, dia cuma nak tengok anak perempuannya hidup senang.
Ummi tahu tentang bisnes keluarga A. Namun ummi tetap yakinkan saya untuk berkhawin dengan A. Saya bulat dengan keputusan saya untuk berpisah.
Long short story, baru seminggu kami putus, saya bertemu dengan seorang lelaki yang saya kenalkan sebagai F. F datang dari keluarga yang biasa2 sahaja seperti saya. Namun dia mempunyai keluarga yang sangat bahagia, bukan seperti saya yang berasal dari broken family.
Setelah sebulan kami berkenalan, F menyatakan hasratnya untuk menjadikan saya teman wanitanya. Saya terima sebab saya rindu untuk menikm4ti rasa bahagia dicintai dari lelaki yang saya juga cinta.
Ya, saya mula cintakan F. Cepat saya dapat pengganti kerana saya tidak melalui fasa ‘move on’ setelah berpisah dengan A memandangkan saya tidak mencintainya.
F seorang lelaki yang sangat kelakar dan rajin. Namun F tidak seperti A, F jenis yang berhuha huha, keluar melepak sampai tengah malam, dan pernah hampir curang dengan saya pada awal hubungan kami.
Ketika kantoi dia ada berhubungan dengan wanita lain, dia terus datang menemui saya menaiki motor malam2 dalam kehujanan dengan jarak yang memakan masa selama 4 jam (pergi balik).
Dia menangis minta maaf dan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapannya. Saya memaafkannya. Setelah kejadian itu nampak dia semakin mencintai saya hingga ke hari ini. Setiap bulan dia masukkan duit saving RM1-2K dalam akaun saya untuk simpanan kahwin.
Berbalik kepada ummi, setelah sebulan saya bercinta dengan F, saya beritahu ummi tentang hubungan kami. Ummi marah dan menghalang, bukan kerana kekurangan dari F, ummi langsung tidak mahu mengenali F apatah lagi berjumpa.
Ummi marah kerana ummi tak move on sebab melepas untuk dapat menantu kaya. Ummi memang mahu lihat saya hidup senang, ummi tidak mahu saya melalui kesusahan yang telah ummi lalui.
Saya gagal memujuk ummi, saya menangis maklumkan pada F. Setelah berbincang dengan F, kami mengambil keputusan untuk bercinta tanpa pengetahuan ummi sehingga kami bersedia untuk berkahwin.
Sebenarnya ummi tahu tentang hubungan kami sebab ummi selalu tengok ada gambar F dalam wallet saya, dia selalu tengok gambar F pada wallpaper hp saya, dan dia selalu terdengar saya on call dengan F. Namun ummi diam, dan saya pun diam.. Tiada sepatah ayat keluar untuk bercerita tentang F.
Kini hubungan saya dan F dah 2 tahun lebih. Simpanan kahwin dah 20k. F sekarang mendesak untuk berkahwin, dia asyik marahkan saya kerana masih tak mahu beritahu ummi tentang kami. F memang betul2 nak kawin sangat dengan saya. Kalau boleh secepatnya.
Btw saya dah sangat rapat dengan keluarga F sbb F selalu bawa saya balik ke kampungnya. Saya tak tahu macam mana untuk beritahu ummi kerana dah beberapa bulan ni F kehilangan pekerjaan dan bekerja sebagai nelayan.
F rajin dan gigih mencari duit. F juga sentiasa berterus terang tentang kewangan, semua akaun bank dia bagi saya pegang, satu akaun siap bagi saya pegang atm card. Walaupun kami belum berkahwin tapi sampai tahap macam tu dia jujur dan percaya dengan saya.
Sekarang saya buntu macam mana nak beritahu ummi tentang pekerjaan F. Pekerjaan yang tidak menjanjikan masa depan. Adakah ummi akan merestui hubungan kami??
Bagaimana cara untuk beritahu ummi kerana ummi sangat keras kepala dan sejenis yang tak boleh dibawa bincang. Saya cintakan F dan saya pun mahu berkahwin dengan dia.
Tolong berikan saya nasihat, pendapat dan cadangan apa yang terbaik yang patut saya lakukan agar saya boleh berkahwin dengan F. Bagaimana cara yang terbaik untuk beritahu ibu.
Terima kasih semua…
– Kaktus (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit