Ketiak Basah

Hi semua. Thank you admin sbb publish confession aku ni. Tengok tajuk pun dah tau kan nak cerita tentang apa. Ya cerita tentang masalah ketiak basah aka ketiak lencun. Aku seorang wanita berusia 30 tahun yg sudah bekeluarga dah bekerjaya. Aku dari remaja memang ada masalah dengan peluh dekat ketiak ni. Dah pakai deodorent tapi masih basah baju dekat bahagian ketiak. Jenis peluh aku bukan berbau tapi akan basah lencun dekat bahagian ketiak tu.

Korang dapat bayangkan tak macam mana punya malu bila bahagian ketiak korang basah walaupun korang tak buat aktiviti berat. Bayangkan walaupun baru lepas mandi & pakai baju, bahagian ketiak dah mula peluh dan melekat dekat baju. Seriously aku sangat malu. Korang bayangkan lagi duduk saja dalam aircond tanpa buat apa-apa pun ketiak aku lencun. Hampeh betul. Nak kata faktor permakanan tak juga sebab masalah ni memang berlarutan tak pernah berhenti. Pernah banyak kali juga aku terpaksa keringkan baju aku bahagian ketiak tu dekat mesian pengering tangan sebab asyik lencun.

Itu yang buatkan aku tak akan beli/pakai baju warna cerah sebab bahagian basah tu akan lebih ketara. Self esteem aku sangat low. Aku selalu fikir macam mana kawan2 aku yg lain ketiak deorang masih kering walaupun dalam keadaan berpeluh masa team building padahal aku dah siap kena kepit ketiak sebab dah lencun. Malu kalau orang lain nampak. Kadang-kadang husband sendiri pun tegur ‘eh ketiak awak basah’. Wooo wooo rasa macam nak sembunyi muka dlm handbag. Walaupun cara dia tegur bukan nak perli, cuma untuk bagitau tapi aku still malu.

Cakap la segala jenis deodorant aku dah try. Niv*a, rex*na, sm**ly n* m*re, garn*er & segala mak nenek. Sampai la satu hari aku jumpa satu iklan doedorant ni dekat FB namanya Perspirex botol warna biru. Deodorant ni la penyelesaian masalah ketiak berpeluh aku. Seriously aku sangat bersyukur aku jumpa deodorant ni walaupun terlambat. Halus kecil je RM65 satu botol. Cara-cara pakai dia korang kena pakai waktu malam & mandi dan sabun macam biasa keesokkan harinya. Lepas tu tak payah sapu dah doedorant untuk 2-3 hari berikutnya. Satu botol kecil tu tahan 3-4 bulan. Berbaloi dengan harga. Ketiak kita memang tak akan berpeluh/berbau bila pakai deodorant ni sebab dia macam ada satu lapisan yang menghalang ketiak kita dari berpeluh.

Sekarang ni aku dah bebas masalah ketiak basah lepas guna deodorant ni. Kadang2 sampai aku lupa yang dulu aku pernah ada masalah ni. Hehehehehehe. Aku juga dah bebas pakai baju warna cerah & tak kisah buat aktiviti luar sebab ketiak aku tak akan lencun. Tak menyesal aku beli deodorant mahal-mahal sebab dia dah meningkatkan tahap keyakinan aku untuk berdepan dengan orang ramai. Korang yang ada masalah ketiak lencun macam aku boleh try cari deodorant tu. Aku harap perkongsian aku ni dapat tolong menyelesaikan masalah orang lain yang ada masalah macam aku ni.

Sekian perkongsian aku tentang masalah ketiak basah. Terima kasih kerana sudih membaca dan semoga perkongsian ini bermanfaat.

– Bekas Si Ketiak Basah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *