Kahwin Sebab Cantik Je Ke?

Kahwin Sebab Cantik Je Ke?

Aku pernah lah tanya kawan laki aku. “Memang laki ni kawen nak cari perempuan yang cantik2 je eh?” pastu kau tau apa dia jawab? “Kalau aku.. Perangai / akhlak tu nombor 1 tapi rupa paras bukan nombor 2.” Pastu dia gelak. Aku be like….. Pastu dia sambung lagi.. “Yelah kan.. Sebab dalam hidup ni kalau boleh kawen biarlah sekali je.”

So aku buatlah kesimpulan. Kita manusia. Manusia memang fitrah kita sukakan kecantikan. Kenapa aku tanya kawan lelaki aku tadi? Sebab dia boleh dikatakan alim orangnya, berakhlak mulia bonus hensem lagi. So aku tak expect dia nak cari perempuan yang cantik2 sebagai isteri dan mungkin prioriti dia perempuan Yang beragama dan berakhlak.Tapi dia siap cakap lagi rupa paras bukan nombor 2.

Lagi satu.. Cantik ni subjektif. Lain lelaki mungkin berbeza definition cantik tu bagi dia. Jadi untuk perempuan2 di luar sana janganlah rasa insecure diri ni tak cantik. Allah ciptakan kita elok2 dah ada kelebihan dan kekurangan.

Mungkin kalau kita tak lebih pada rupa, kita lebih pada akhlak. Pandai jaga rumah, jaga anak, pandai masak. Mungkin kalau kita cantik kekurangan pulak pada tempat lain. Begitulah kehidupan. Bilamana kita bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan pasti Allah akan tambahkan nikmat pada kita.

Sedikit kata2 nasihat untuk lelaki, kau kena terima hakikat bilamana kau memilih wanita yang tidak berkerjaya sebagai isteri, segala tanggungan dan komitmen perbelanjaan itu menjadi urusan mu 100%.

Jika kau memilih wanita berani dan lantang bersuara, jangan kau marah bila dia berani berdebat dengan kau dalam segala hal dan bersifat keras kepala.

Jika kau memilih wanita cantik dan pandai bergaya, jangan kau marah bila dia minta duit lebih untuk penjagaan dirinya setiap bulan.

Jika kau memilih wanita yang berkerjaya dan berpendidikan tinggi, jangan kau marah bila dia bertegas dengan pendiriannya.

Akhir kata.. Kita manusia mana ada yang sempurna. Nak cari pasangan yang perfect dari setiap sudut memang mustahil. Pasangan kita mesti ada kekurangan juga. Pernah dengar ceramah seorang ustaz, bila dah kahwin nanti satu demi satu kekurangan pasangan kita akan nampak. Dari situlah Allah akan uji kita. Bukan kah kekurangan kita yang menjadikan pasangan itu saling melengkapi? Auchh..

For ladies out there, bukan cantik je syarat atau modal nak kahwin tau. Cantik tu tak kekal lama dan tak menjamin ke syurga pun. Tapi kalau kita hiasi diri kita dengan akhlak mulia, taat perintah Allah dan rasulnya, jadi anak Yang baik, jaga maruah diri, pasti Allah akan hadirkan seorang lelaki yang baik2 untuk bimbing dan pimpin tangan kita untuk ke syurga.

– Bakal Si Cantik

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit