Aku tulis ni sebab terbaca confession you get what you give tu. Boleh baca di sini, (https://iiumc.com/you-get-what-you-give/). Terhibur baca komen. Aku pun antara yang awal2 terpesona dengan kisah tu. Lepas dah baca detektif2 iiumc komen barulah tersedar, eh, yelah! Haha. Ok aku bukan nak membahaskan pasal tu. Aku nak share kisah benar yang lebih kurang macam tu tapi tak seperfect kisah Hilya tu. Ini bukan kisah aku. Ini kisah kakak aku Kak Yat.
Intro dulu. Kami lima beradik. Kak Yat anak kedua. Yang sulung Abang Long. Bawah Kak Yat ada Kak Cik, Kak Min dan aku, Pia. Dalam adik beradik aku, Kak Yat, Kak Min dan aku pernah mengalami keruntuhan rumahtangga. Aku dan Kak Min puncanya lebih kepada orang ketiga. Kak Yat pula puncanya mungkin lebih kepada masalah kewangan.
Aku dan Kak Min dapat jaga anak2 kami. Tragis bagi Kak Yat, dia dihalau dari rumah. Parents aku bawak dia balik. Dia dihalang dari jumpa anak2nya tiga orang. Kemudian mereka dibawa lari balik ke kampung halaman bekas suami (Abang Lan) di Malaysia Timur. Sedangkan anak yang kecil belum setahun dan masih menyusu. Berbulan Kak Yat sedih, menahan sakit bengkak susu. Aku tak berapa tahu sebenarnya punca mereka gaduh. Bila tanya pun Kak Yat tak cerita detail.
Abang Lan pernah call aku merayu2 suruh pujuk Kak Yat. Dah macam orang gila talak. Aku cuba juga try tanya Kak Yat tapi aku balik yang dimarah Mama. Beberapa tahun lepas tu suatu hari dapat berita Abang Lan meninggal dunia sebab kanser perut. Maknya cerita kat Kak Yat, malam sebelum dia meninggal tu dia minta dipakaikan baju kahwin mereka dulu dan esoknya arwah meninggal masih dalam baju tu. Maknya cakap Abang Lan frust sangat sebab Kak Yat dah nak kahwin. (Ni cerita yang aku dapat lah. Jangan cakap aku fake story pulak.. huhu).
Punca meninggal? Hari2 minum air coke, taknak makan, hisap rokok tak henti sampai kena kanser perut. Umur baru 30 tahun. So gais n gals, ameklah iktibar jangan terlalu banyak minum air gas dengan perut kosong. Walaupun frust, jangan sia2kan hidup. Kalau hidup tu seksa, mati lagi seksa tau. Baiklah hidup, ada peluang untuk kutip amalan. Allah ya Rahman dan ya Rahim sentiasa tunggu kita cari Dia balik.
Masa bercerai Kak Yat banyak hutang. Nama pun kena blacklist sebab tak bayar kereta. Dia kerja dengan impian nak pergi cari anak2 dia dan bawak balik duduk dengan dia. Untuk itu dia kena ada kewangan yang stabil. Dia sebenarnya pandai. Pernah masuk matrikulasi untuk ke oversea. Tapi sebab main2 dan banyak bercinta, gred tak lepas untuk terbang. Bila tak lepas, dia ditolak ke kolej sanalah, kolej sinilah sampai akhirnya dia givap nak belajar dan gagal dapatkan sijil. Jadi dia tak dapat nak minta kerja yang gaji mahal.
Kak Yat rapat dengan Mama. Rajin layan Mama sembang (membawang). Pandai masak dan jahit macam Mama. Mama memang sayang Kak Yat sangat. Tapi sayang2 pun bila Kak Yat buat salah memang Mama jadi singa juga. Mama ni orangnya pilih kasih. Baik pada anak, menantu lelaki, menantu perempuan mahupun cucu. Mungkin kerana hidupnya dulu sering dihina kerana miskin, Mama sangat memandang pada harta. Abang Long tak terasa sangat sebab anak lelaki kesayangan Mama. Kami yang perempuan2 ni lah yang nampak beza layanan Mama.
Walaupun Kak Min dan aku dah kahwin lain, suami kami dulu dan sekarang biasa2 saja pekerjaannya. Manakala Kak Cik pula pada awal perkahwinan pun Mama tak berkenan. Tapi bila bisnes suami Kak Cik dah berjaya, dah boleh buat banglo di kampung suami, pakai kereta besar, Mama terus berubah layan baik2, selalu lah ke utara melawat mereka.
Masa Kak Yat susah ni, Kak Yat tak ada kereta nak bergerak jadi Kak Min cadangkan sambung bayar kereta kancil dia. Kak Yat happy sangat. Bayar ansuran tanpa culas, bawa servis, cuci selalu. Alih2 lepas beberapa tahun bila dah habis bayar, satu hari Kak Min muncul cakap nak ambil hak dia balik. Kak Yat malas nak gaduh jadi biar saja Kak Min bawa kereta tu pergi. Sekarang ni bila aku ke rumah Kak Min dan nampak kereta kancil yang sangat uzur sampai bonet berkarat2, aku pasti teringat bahayanya bila sambung bayar kereta orang. Huhu..
Kerana kerap sangat layan Mama bersembang, sikit sebanyak Kak Yat dah terpengaruh dengan Mama. Tahu2 je Kak Yat cerita nak kahwin dengan orang kaya. “Kalau dia ada perempuan lain sekalipun tak kisahlah.. janji bagi duit.” kata Kak Yat. (Ingat, kan aku cakap Kak Yat tak pernah rasa sakitnya dicurangi.)
Kak Yat ada rupa. Salah sorang boyfren dia masa matriks dulu pun sedia terima dia. Mereka putus sebab Abang tu dapat ke oversea, sekarang dah habis belajar, kerja bagus pula tu. Tapi Kak Yat tak dapat terima kerana katanya kerja Abang tu terlalu busy selalu outstation. Kak Yat tak tahan sunyi. Lagipun Kak Yat rasa rendah diri sebab Kak Yat pun dah ada tiga anak. Biarlah Abang tu cari anak dara.
Kak Yat jumpa dengan seorang Pakcik ni. Pakcik tauuu.. lagi tua dari Papa kami. Pernah ada tiga isteri serentak. Yang sulung dah meninggal. Yang kedua minta cerai. Yang ketiga diceraikan. Anak2 ada sepuluh dari 3 isteri. Memanglah bisnesman, duit banyak. Kak Yat kata takpe tua. Nanti meninggal boleh dapat harta dia. Kami geleng kepala, tepuk dahi. Anak2 ramai kot. Tak pening nak faraidkan nanti? Tapi Kak Yat beyond reasoning dah. Kahwin juga jadi isteri kali ke empat tapi tidak bermadu.
Mula2 manis, Kak Yat tak perlu kerja, duduk rumah je. Disewakan kondo. Dapat elaun RM2-3k sebulan kot. Baru beberapa bulan, elaun dah makin kurang. Kantoi pula ada perempuan lain yang lagi muda. Kantoi juga sebenarnya isteri ketiga tu tak pernah diceraikan. Kak Yat sedih takleh nak habaq! Lepas 8 bulan kahwin, mereka sah bercerai tanpa anak. Kami sekeluarga diam2 tarik nafas lega. Papa Mama lagilah lega. Tak payah nak awkward ada menantu lagi tua dari usia mereka.
Kak Yat balik tinggal dengan parents. Kalini Kak Yat dah matang sikit. Dah boleh selit2 nasihat untuk Mama bila Mama mengutuk orang lebih2 sangat. Mama ni orangnya hard to please dan emosi sangat volatile. Walaupun Kak Yat anak yang disayang, selalu juga dihambur macam2. Aku dan Kak Min yang tak masuk list ni lagi lah kan.. pantang silap. Along dan Kak Cik duduk jauh jadi tak merasa sangat hamburan Mama. Mama juga sering percayakan scammer. Kak Yat pula cepat kesian, dihulur duit kat Mama walaupun sendiri tak cukup.
Kak Yat pernah cakap, dia sebenarnya tak tahan juga dengan perangai Mama. Tapi dia tak ada tempat lain nak dituju. Jadi dia telan sajalah. Oh ya, pasal anak2 Kak Yat. Selepas kematian Abang Lan, Kak Yat ada nak pergi ambil. Tapi mak Abang Lan merayu jangan pisahkan mereka. Sebab dia dan kakak Abang Lan yang jaga mereka dari kecil. Dan Abang Lan pula satu2nya anak lelaki. Kak Yat pun fikir anak2nya dah ada kehidupan di sana. Kak Yat takmau anak2 susah jadi Kak Yat undur diri. Pulang ke Semenanjung tanpa anak2. Tapi mereka sentiasa in contact dan bila cuti sekolah Kak Yat akan luangkan masa ke sana.
Lama aku tak dapat update cerita Kak Yat. Walaupun aku selalu balik rumah Mama, kami tak sempat bersembang. Mama pun dah malas nak share gosip2 terbaru sebab asal dia buka mulut nak cerita pasal orang je aku akan buat2 busy atau meng”excuse”kan diri. Satu hari aku sampai rumah Mama, ada sorang lelaki lagi muda dari aku sedang menunggu seorang diri di ruang tamu. Aku pelik.
Aku bisik kat Papa, “Siapa tu?” “Kawan Kak Yat.” “Dia nak apa?” “Tunggu Kak Yat.” “Kak Yat mana?” “Ambil anak2nya kat airport.” “Dah lama ke budak tu tunggu?” “Dari petang tadi.” “Lah… tak bosan ke?” Papa jungkit bahu. Aku tanya2 lagi pun Papa tak nak jawab. Suruh tanya Kak Yat. Aduh, aku ni dah lah curiosity tinggi. Tak de pilihan, bisik tanya Mama pula. Wah, sukalah dia dapat bercerita. Hehe..
Mama kata “Budak tu berkenan dengan Kak Yat. Mama tak suka. Budak tu muda lagi. Ada motor je. Macam mana nak jadi bapa tiri kat anak2 Kak Yat. Bukan nak hina dia ada motor je (Mama siap disclaimer tau.. haha), tapi macam mana dia nak tanggung Kak Yat dengan anak tiga. Mula2 Mama Papa layan juga dia borak2. Tapi dah lama sangat, tak larat, naiklah dulu.” Ada logik juga hujah Mama tu. Macam mana aku nak panggil someone yang jauh lagi muda dari aku sebagai “abang ipar?” Ahhh.. tidak. Kak Yat ni pun lah… aritu tua sangat. Ni muda sangat.
Aku pun saspen juga tunggu kepulangan Kak Yat. Sambil2 tunggu, main board game dengan anak2 dan anak sedara. Tiba2 budak lelaki tu mai tengok sekali tanpa dipelawa. Gelak2 juga bila kami gelak. Terkejut kami.. kenang kesian kat dia dah tunggu lama, kami layan jugalah dia. Tapi kekok kot! Tak kenalkan nama, takde basa basi tiba2 join. Sampai pukul 11 malam, bayang Kak Yat tak muncul2. Anak2 pun dah tertidur, aku pun naiklah atas. Dengar suara anak2 Kak Yat masuk rumah. Oh, dah sampailah tu. Tunggu Kak Yat tak masuk2.
Intai kat tingkap tengok ada satu kereta hitam besar, dengar suara lelaki berbincang2 tak jelas butir. Eh, nape ada watak lelaki lain pulak ni? Misteri sungguh bagi aku yang selalu dapat update paling last dalam family ni. Haha. Tunggu punya tunggu lama betul depa borak. Last2 kereta tu pergi dan Kak Yat pun muncul di pintu bilik. Apa lagi, tak tunggu terus tanya lah kan apa cerita. Tiba2 aku pulak yang lagi onion dari Mama. Kah!
Kisahnya : Kak Yat memang sedang berkenalan dengan budak tu (serius ar kak.. cari orang lagi tua dari aku boleh tak?? Kita beza 7 tahun kot!). Satu hari, bos Kak Yat panggil tanya nak tak kalau dia kenalkan dengan anak dia. Duda anak dua. Dah bertahun cerai tapi belum jumpa pengganti. Kak Yat minta datang jumpa Papa Mama. Sebab dah jumpa lah tu yang Mama dok push2 sangat Kak Yat pilih anak bos tu. Bos tu pula dato. Kak Yat pun dah setuju. Tercapailah impian Mama nak tengok anak dia kawen dengan orang kaya. Dulu Mama dok target aku. Tapi dah aku sangkut kat orang biasa2. Haha.
“Kak, kot ye pun taknak kat budak tu, bagitaulah awal2. Kesian gile kat dia tau.” “Mama yang tak kasi. Mama cakap tak baik cakap terus terang. Diam je jangan layan, blok dia, nanti dia taulah sendiri.” (Aduh, facepalm betuilah kakak aku ni.) “Nape kau mintak nasihat Mama kak.. Mama tu nasihat dia kan pelik2. Tak baik tau buat orang macam tu. Taknak, cakap terus terang je. Taklah teruk sangat heart broken.” “Manalah aku tau..” sengih kerang busuk je dia. “Abeh camna budak tu boleh balik?” “Abang Ben tu dah slowtalk dengan dia. Dia frust juga tapi boleh terima.” “Ha.. kan! Dia nak jawapan je. At least cakaplah nak putus jangan terus senyap.” Sengih lagi.
Pastu terus sambung cerita pasal Abang Ben. How come aku tak tau Kak Yat tiba2 nak kahwin dengan anak dato? Oh wow. Gosip hangat betui ni! Betul2 macam bulan jatuh ke riba. Tengok muka happy dia, aku pun turut happy untuk dia. Serius aku rasa Allah dah balas balik kesusahan dia selama ni. Dia boleh duduk sebumbung dan bersabar dengan kerenah Mama. Serius, bukan mudah. Aku boleh juga sabar dengan kerenah Mama asalkan tak sebumbung dan tak segrup wasap. Semua grup wasap family yang ada Mama, aku left. Kerana aku nak ikhlas berbakti pada Mama tanpa ada rasa cemburu bila Mama layan kakak2, abg aku dan anak2 mereka special.
Akhirnya Kak Yat kahwin dengan Abang Ben dalam majlis yang meriah sangat baq hang. Papa Mama all out. Sian suami aku dia terasa jugalah sebab masa majlis kahwin kami, Mama boikot atas alasan suami aku orang Negeri. Keluarga aku yang hadir cuma Papa, adik beradik aku dan sorang adik Mama. Pernah suami tanya “Kenapa Mama u tak suka sangat I?” “Sayang, it’s not you. It’s me. She doesn’t favor me dari dulu sebab I pro Papa.” “Ohhhh..”
Aku rasa yang paling sweet sekali dalam kisah ni ialah family Abang Ben baik sangat2 dan humble. Especially the men. Mak Abang Ben nampak juga macam cerewet sikit. Contoh cerewet ialah, rumah baru Abang Ben & Kak Yat semua perabot dan hiasan dalaman mesti ikut taste dia. Dan Kak Yat, alangkan Mama yang difficult pun dia boleh sabar, inikan pula mak mentua. Takat sikit2 perangai macam tu kacang jelah untuk dia. Ada hikmahnya Allah tulis perjalanan hidup dia macam tu. Agar dia boleh handle kurniaan yang Allah nak bagi bila masanya tiba.
Terbukti memang dia jadi menantu kesayangan. Kini mereka dah dapat anak sepasang. Kak Yat pun dah sibuk tolong jaga bisnes Abang Ben, uruskan hal family kecil dan besar mereka. Bapa Abang Ben pun dah kamceng dengan Papa. Sama2 pesara badan beruniform. Mama dulu baik betul dengan Mak Abang Ben. Tapi rasanya dah kurang sikit sekarang kot sebab apatah. Err.. aku kan biasanya orang paling last dapat info! Haha.
Kesimpulannya, bila nak buat baik tu niatkan lillahita’ala. Walau pun tak dapat outcome yang seperti anda ingini, anda tak putus dapat pahala ibadah. Kalau tak dapat outcome didunia, pasti Allah balas di akhirat. Dan akhirat lah sebaik2 balasan. Orang yang paling kaya ialah orang yang memiliki ketenangan hati. Selamat berbakti kepada orang tua anda dengan hati yang tenang. XOXO!
– Pia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit