Kakakku Pemurah

Hai dan assalamualaikum semua. Memandangkan aku tak boleh nak lelapkan mata kerana kekangan kerja lagi-lagi raya yang makin dekat nih,ehehehe aku nak luahkan tentang kakak aku .Memandangkan aku tengok ada confession buruk pasal kakak luahan hati dari si adik , dari situ aku sedar beruntungnya aku memiliki seorang kakak yang sangat-sangat penyayang ,pemurah tak pernah berkira dan kedekut walau kekadang masing ada khilafnya tapi aku rasa beruntung sangat memiliki seorang kakak yang garang macam dia.

Firstly, dia langsung tak kedekut. Aku sebagai adik perempuan dia, dia tak kisah pun nak spend duet dia tuk aku. Banyakkkk sangat kalo aku nak hitung apa yang dia pernah bagi kat aku. Kadang aku tak Minta dia still nak bagi dan belanja sampai aku naik segan jugak kekadang.

Second, dia seorang yang super caring. Setegas mana pon dia, segarang mana pon dia kekadang aku tahu dia cuma nk yang terbaik tuk adik-adik dia even kadang garang Cam singa. Hahaha.

Third, dia seorang yang komited dan amat brtanggungjawab. Tak kisah dalam soal pelajaran, pekerjaan even dalam sosial harian pon dia buat sehabis baik. Tak pernah culas dan mempunyai wawasan yang tinggi dalam hidup. Kalau memang dia kata dia nak, memang dia akan buat.

Lastly, dia seorang yang berdikari. Even sebesar masalah dia hadapi, dia cuba selesai sendiri,.Dia tak suka susahkan orang lain. Independent woman la bak kate omputih kan.
So…kepada kakak, yang rasa boleh agak sapa sebenarnya yang tengah confess ,cuma nak cakap you’re the best sister ever I had… Thanks with love,babe.

– MeiMei

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *