Kalau Bukan Jodoh, Berpisah Jua

Assalamualaikum. Aku merupakan seorang gadis. Masih single. Seorang gadis yang pemalu dan pendiam tetapi pada tempat lah.

Apa yang aku nak kongsikan adalah kisah benar aku sendiri. Ini adalah kisah pedoman kepada perempuan diluar sana.

Walaupun aku berumur 38 tahun. Aku telah jumpa dan lalui bermacam jenis pengalaman dengan “LELAKI” .

Kisah pertama.

Dia senior aku ketika di fakulti masa zaman belajar. Aku namakan dia Faris.

Faris ni perwatakan baik, sopan, pemalu dan introvert. Sepanjang zaman belajar, aku “crush” terhadap dia. Tahun akhir baru dia tahu.

Itupun dari kawan2 lain. Macam mana dia tahu? Dari perwatakan aku yang malu2 kucing ketika satu team untuk presentation atau apa2 perkara yang melibatkan kami berdua. Aku layan juga perasaan ini. Dia memang baik.

Dan ingatkan kami akan ke fasa seterusnya, memandangkan dia juga sering reply chat aku, berjenaka, buat hati aku terhibur, hantar ceramah agama. Jadi aku memang tangkap cintun lah.

Well perempuan kan bila lelaki yang kita suka layan baik kita lebih dari kawan mestilah rasa something dalam hati.

Mungkin tiada jodoh, akhirnya aku undur diri selepas aku terdengar perbualan dia dengan kawan baik dia.

Dia cakap, “aku memang rapat & baik dengan dia tapi aku belum bersedia untuk serius, aku kan dari keluarga susah”. Ha gitulah ayat dia. Perbualan itu terhenti selepas aku lalui jalan itu, dia ada disitu..

Kami berpandangan. Baru aku sedar bahawa segala budi baik & reply chat & lawak jenaka & tolong dalam hal2 presentation adalah palsu. Ya.

Lelaki yang membalas chat & ringan tulang & baik dan sopan belum tentu serius. Cuma aku tertanya2 kenapa buat semua tu kalau tak nak serius? Bukan kah memberi harapan itu menyakitkan?

Aku tinggalkan dia dan move on. Walau terasa remuk hati kerana banyak memori suka duka kami bersama.

Pesanan aku kepada lelaki diluar sana, kalau belum bersedia untuk serius jangan lah melayan perasaan perempuan. Tambah-tambah kalau kau tahu si perempuan itu ada hati dekat kau.

Jangan reply chat & jangan hantar emoji love bagai & jangan ringan tulang & Jangan sembang hal kahwin. Tak bersedia buat cara tak bersedia.

Kisah ke dua :

Dia rakan sekerja aku di tempat kerja lama. Aku namakan dia Malik. Malik ini berperwatakan ego, keras, jejaka macho lah. Dia sebaya aku.

Aku bekerja disini selama 3 tahun. Malik ni jenis suka sembang hal2 zaman sekolah lah zaman frust putus cinta la pasal mak lah keluarga lah.

Dia suka bergurau ingin akad nikah dengan aku. Mula2 aku tak ada hati pun dekat dia. Lama2 aku tersuka pula. Yalah sikap dia yang “gentleman”.

Dari cara dia bercerita perihal mak, keluarga dia buatkan aku simpan hati dekat dia. Hampir semua orang sekeliling aku selalu cakap, “eh Malik ni macam syok dekat kau saja”.

Tapi aku senyum saja. Tetapi itulah, dia tidak pernah ke fasa seterusnya. Lebih kepada sembang2 saja. Untuk serius seperti merisik tak ada “usaha” ke arah itu.

Aku tunggu dia sepanjang kerja situ. Akhir sekali aku berhenti sebab sambung belajar. Malik? Dia terdiam. Terduduk.

Entah. Aku pun tak pasti apa dia mahu. Bila aku serius dia diam. Bila aku move on dia kecewa. Nak apa? Nampak seperti dia ada hati dekat aku tetapi tidak pamerkan kesungguhan.

Jadi aku tinggalkan dia dan move on. Tetapi semua hadiah2 dia bagi aku masih simpan sekadar sebagai kenangan..

Pesanan aku kepada lelaki di luar sana. Jika kalian tidak ada kesungguhan untuk menghalaikan perempuan atau ke fasa serius lebih baik jangan suka cakap hal kahwin la akad nikah la tunjuk caring lah..

Why need to prove something you didn’t mean? Apa kalian nak selepas memberi harapan kepada seseorang perempuan?

Kisah ke tiga :

Aku bekerja ditempat baru. Masuk tahun ke dua. Aku tertarik dengan seorang lelaki ini. Aku nama kan dia Aiman. Aiman ini berperwatakan warak & alim. Tapi dia tak la pakai kopiah & baju melayu bagai. Cuma watak dia begitu.

Dia pemalu dan sering menjadi buah mulut staff lain. Mereka ingin jadikan dia menantu kerana dari segi bahasa dia bercakap sampai lah ke masakkan dia. Memang ada ciri2 ayah mithali lah. Ramai sering memuji dia.

Dia tidak pernah ada kontroversi atau apa2 masalah. Dia juga jarang bercakap dngn perempuan. Jika chat dengan dia sepatah tanya sepatah jawab, tidak ada berjeda atau emoji. Aku berkenaan terhadap Aiman ini.

Selepas solat istikharah aku mulakan perbualan peribadi terhadap dia. Aku banyak ambil soalan dari Aiman azalan. Ya aku perempuan yang mengorat lelaki.

Perkenalan aku mendapat sambutan baik. Dia reply baik. Cuma masuk ke soalan2 menguji minda, dia agak lambat membalas atau tidak membalas langsung.

Dan lama kelamaan apabila kami berselisih dia mula malu2 kucing. Dan agak pelik, ada saja kerja sekali yang melibatkan aku dengan dia.

Sebelum ini tak pun. Apabila aku bercakap dengan rakan sekerja lain dia akan pandang mata aku, bila aku pandang dia.

Ha mula drama melayu sikit. Dia pandang akuu, aku pandang dia. Masing2 macam malu- malu atau melarikan anak mata. Banyak perwatakan dia yang aku mula nampak.

Kadang2 dia curi2 pandang akuu. Biasalah bila berlaku hal2 begini, aku lagi lah sayangkan dia. Aku mudahkan semua kerja yang melibatkan dia. Aku dahulukan kerjaa2 dia.

Hubungan kami dikatakan makin erat dan mesra. Aku nampak dia rajin bekerja siap buat part time.

Aku mula mendoakan agar jika dia jodoh aku, semoga Allah mempermudahkan. Aku mempunyai gerak hati yang sangat kuat terhadap dia. Sehinggakan jika aku merasa tidak sedaphati pasti apa2 berlaku pada dia.

Dan memang ya. Apa saja rasa dihati ini seolah2 mngambarkan keadaan dia. Jadi aku terlalu percaya kan gerak hati. Aku juga mempunyai gerak hati dia ingin halalkan aku.

Sampailah satu hari, aku dikejutkan dengan berita perkahwinan dia. Allah saja yang tahu. Aku hampir pitam. Aku rebah tidak boleh berdiri (kebetulan masa tuu di pantry) jadi ramai yang melihat sikap aku.

Ingin aku meraung. Ingin aku jeritkan pada dunia. Aku menangis semahu2 nya.

Semua bertanya mengapa tetapi aku diam membisu. Aku ambil cuti dan pulang awal. Allah saja yang tahu perasaan aku.

Banyak pertanyaan yang bermain di fikiran aku. Kenapa dia yang selalu pandang aku, blushing ketika bercakap dengan aku, selalu mesra dengan aku. Tiba2 berkahwin?

Apakah aku ini tempat lepas bosan atau perempuan simpanan? Bukan kah aku yang mengorat dia. Bukan kah dia beri “green light”. Aku diam. Aku masih in denial. Aku cuba move on. Ya sangat pedih.

Lelaki yang aku paling sayang akhirnya menjadi milik orang lain. Aku scroll semula chat2 kami ok sahaja. Tidak ada perbalahan atau pergaduhan, ibarat tiada angin tiada ribut.

Akhirnya aku pasrah dan reda. Aku bangun solat malam meminta kekuatan dari pencipta. Cukuplah. Aku sudah penat. Aku bermuka tembok, aku yang banyak menolong dia, aku yang diam2 mendoakan dia. Akhirnya?

Ya. Beginilah jika bukan jodoh. Aku cuma berdoa berharap bakal anak perempuan dia tidak mengalami nasib yang sama seperti aku. Kerana sakit nya bukan kepalang.

Cuma apa yang aku ingin sampaikan kepada lelaki diluar sana. Andai kata kalian tidak berminat, jangan la reply chat, jangan lah malu2 kucing, jangan lah bersikap seolah2 kalian “in love”.

Semalu apa pun kalian bersikap lah matang. Tidak suka katakan tidak. Sering dengan watak juga. Bukan di kata2 tidak suka tetapi diwatak selalu pandang2 lah, ambil berat lah, mendoakan dalam diam lah. Tolong lah.

Ya. Sebelum berakhir, aku hamburkan segala amarah aku pada dia seminggu selepas perkahwinan dia. Aku berdoa juga supaya anak perempuan dia tidak mengalami nasib yang sama seperti aku.

Pandangan mata dia kosong. Dia seolah2 ingin memujuk aku tetapi tidak. Dia kaku tidak bergerak. Dia tidak jelas kan apa2. Hanya diam membisu.

Aku? Aku masih disini. Meratapi rasa sedih. Aku tidak tahu. Antara Malik, Faris dan Aiman siapakah benar2 melukai hati aku. Tetapi sakit nya rasa .

Benar kan jika bukan jodoh, genggam la sekuat apa pun tetap akan terlerai.

Aku masih bekerja disini. Masih mendengar berita tentang isteri Aiman, mengandung la morning sickness lah. Masih berurusan kerja dengan dia. Aku cukup tabah berhadapan dengan dia. Aku tahu kadang2 dia memandang aku.

Tapi aku sudah tidak memikirkan pandangan apa .Cukup lah. Ada ketika dia seperti ingin bercakap dengan aku tetapi aku elakkan. Bukan kah dia sudah punyai isteri?.

Sebenarnya ada lebih dari 3 kisah. Tapi cukuplah aku ceritakan kisah ini sahaja.

Kerana kisah ini la yang membekas dihati aku. Kisah2 lain seperti datang merisik la lepas tu cancel, nak meminang tetapi belum cukup bajet la, nak chat 24 jam tapi tak serius, nak kahwin tapi asyik bervideo dengan perempuan lain lah,

Main tarik tali lah sekejap suka sekejap kawan, cakap pasal kahwin 24 jam tetapi tidak bersungguh la, gosting selepas setahun kenal la.

Kadang rasa hati ini dibola kan. Kadang rasa seperti dimain kan.

Bukan aku terlalu naif atau bodoh untuk ikut sahaja setiap langkah cinta tak kesampaian ini. Tetapi pada awal nya sama ada si jejaka2 lain ini try hard lah, memujuk bulan bintang la, serius pada mula saja la, sanggup tunggu depan rumah la. Jadi begitulah.

Sehingga satu tahap aku buat tidak endah sahaja. Namun macam biasa la. Mula2 sebelum dapat macam2 sanggup redah walau maruah dipijak henyak. Tetapi lepas setahun mula berubah hati. Mula berubah sifat. Entah lah.

Aku harap para pembaca boleh doakan kebahagian aku. Aku sudah penat dengan semua ini. Terlalu penat. Aku masih ada keluarga dan berbakti pada keluarga.

– Hanim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit