Kalaulah…..

Aku merupakan pelajar yang cemerlang sewaktu sekolah rendah hinggalah menengah. UPSR dan PMR aku sentiasa straight A's. Aku pelajar yang rajin dikelilingi kawan yang positif semasa itu. Namun selepas PMR, aku berpindah sekolah. Kerana tidak puas hati aku memberontak kerana aku tidak suka keadaan sekolah baru ku yang sangat bebas dan kejutan budaya di bandar.
Aku meneruskan persekolah seperti biasa namun ayah aku membuka perniagaan dan aku menolongnya setiap hari selpas balik sekolah. Tengah malam baru pulang. Sabtu Ahad tiada masa belajar. Ibu ayah selalu sibuk hingga kadang aku terabai. Pembelajaran aku menurun dan pada masa sama aku mula enjoy dengan suasana sekolah baru. Rakan rakan yang bukan jenis belajar even kelas paling depan ditambah lagi aku sering mengantuk kerana tidak cukup rehat membantu ibu ayah hingga ke malam membuatkan keputusan aku merosot.
Aku masih ingat, aku ada paper biologi untuk hadap esok namun malam itu aku terpaksa bantu ibu ayah sampai hampir jam 3 pagi. Keputusan SPM aku biasa biasa even tidak teruk namun agak mengecewakan.
Aku dapat tawaran ke matrikulasi kemudiannya namun aku tolak dan mengambil stpm sebagai calon persendirian. Alhamdullilah, result stpm aku sangat baik. Berbekalkan keputusan itu aku diterima masuk u namun dengan kos biasa biasa bukan kos sains.
Aku rasa cemburu, rakan rakan dulu yang sama berjuang, menjadi doktor, menjadi engineer sedangkan dahulu keputusan aku agak baik berbanding mereka. Namun aku tersilap langkah. Mereka sudah ada yang bergraduasi namun aku masih belum tamat kerana lambat masuk ke u kerana melalui jalan panjang berbanding mereka.
Normal ke perasaan ini. Aku selalu terfikir, kalaulah aku tak berpindah sekolah mesti aku seperti mereka berjaya menggapai cita cita menjadi seorang doktor.

– Fujitora

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Jgn pandang ke belakang,pandang ke hadapan .. lambat x semestinya gagal..yg penting habiskan degree and keep fighting !!!.. ade hikmah sebalik kejadian..

  2. kalau adalah kalam syaitan.. Jangan diguna kalau.. Sangat bahaya.. Sebb boleh menyebabkan kita tidak redha dgn ketentuan Allah ‘azzawajal.. Satu je nasihat.. bila berlaku pd sy sesuatu yg sy rasa kurang baik.. sy akan cuba ingt kalam Allah.. surah al baqarah ayat 216.. Sentiasa jadikan nasihat.. Sebb kita xthu perancangan Allah utk kita,, Allah yg menyusun al ‘alim.. dia yang mengetahui sedang kita tidak mengetahui apa yg terbaik buat kita.. Adakah kita yakin yg kita xberubah kalau kita xpindah sekolah? Tidak ada jaminan.. Sebb bnda tu sangkaan kita.. InsyaAllah ada hikmah setiap aturan Allah,, Teruskan maju kehadapan dlam hidup.. InsyaAllah ada rahsia2 yg Allah nak bagi.. Husnuzhan dgn Allah~ :)

  3. Adik/awak. Saya rasa jgn lg persoalkn masa lalu. You r moving forward. Not backward. Pandg depan, look on ur future n try your best. Dats it

  4. Pertamanya, sebab kau ada satu stigma dalam diri kau; kau masuk kos ‘biasa’ berbanding kawan-kawan yang kos ‘luar biasa’. Semua kos adalah luar biasa. Automatically, kau akan rasa rendah diri. Setiap kos adalah ‘luar biasa’ sebab kita nak sumbang ke masyarakat dan diri kita. Keduanya, grad lambat bukan bermakna tak berjaya dalam hidup kan? Rilekslah. Yakin dengan jalan yang ada sekarang. Ada benda yang Tuhan nak tunjuk. Cuba cari. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *