Kami Yang Sakit

Waktu ni jam menunjukkan pukul 11 malam. Aku terdetik nak luahkan perasaan sebab lately dah ada tanda depression nak datang semula.

Maka disinilah tempat aku menulis tanpa ada sesiapa yang kena dan boleh judge aku.

Siapa kami? Kami tu aku dan adik beradik aku. Kami bertiga dan aku anak kedua. Boleh kata kami semua ada childhood trauma.

Tapi boleh kata yang paling teruk yang sulung dan bongsu. Sebab? Yang sulung memang dah officially makan ubat depression.

Yang bongsu tu aku tahu dia seorang yang sangat terluka & memendam.

Puncanya lebih kepada sebab bila semua dah keluar rumah masuk asrama, dia saja yang tinggal dirumah bersama parents.

Maka dia jadi saksi pergaduhan ibu ayah, pernah ibu mahu melarikam diri dari rumah masa ayah kantoi berskandal, baca mesej cinta ayah dengan skandal.

Dia hadap semua ni dari sekolah rendah. Yang aku pula, sebelum ni bermati matian tak nak percaya yang aku ada depression sehinggalah bila aku mengandung anak pertama.

Aku seorang yang kuat tapi masa tu aku ada suicidal thought.

Puncanya ayah kami yang tak berhenti berskandal. Boleh kata setiap 5 tahun sekali sejarah dia. Kenapa kami terkesan? Sebab dia seorang yang narcissistic.

Hidup dengan orang macam ni boleh sakit jiwa.

Ayah seorang yang sangat dipandang tinggi dalam masyarakat setempat & boleh kata semua orang takkan percaya perangai sebenar dia sebab dia pandai berlakon.

Nafkah duit tak pernah bagi pada ibu, kerja rumah tak tolong langsung. Balik kerja terus terbongkang dalam bilik seharian main phone.

Solat? Depan orang lain je. Tapi tak tahu la kenapa ibu sangat sayang dengan dia sehinggakan tak sanggup berpisah. Kami? Terus terang rasa dia tak ada lagi bagus.

Kalau bergaduh dengan ibu, dia akan buat macam takde apa-apa. Dan akan gaslight ibu macam demua yang terjadi salah ibu. Paling sakit hati orang luar akan nampak salah ibu bukan dia.

Paling menyakitkan masa aku balik berpantang di kg, dia tengah angau dengan perempuan lain.

Aku yang tengah sakit mentally & physically ni kena hadap luahan ibu pasal dia. Yang asyik keluar rumah berhari2 tak pulang. Aku penat nak layan masalah yang tak pernah selesai & bosan.

Pada yang asyik berzikir lelaki melayu yang mampu layak berkahwin lain & suggest untuk bermadu dari buat maksiat, memang last sekali berjaya jugak dia madukan ibu. Sekali pakej digantung tak bertali tanpa nafkah.

Anak-anak pun dia tak boleh layan. Aku dah malas nak masuk campur. Sekarang fokus kesihatan mental sendiri je & lebih bahagia.

Tengah tunggu masa dia tua nanti nak label kami ni anak & isteri derhaka sebab taknak jaga dia sakit.

Sekarang dia tengah bahagia mabuk dengan bini baru kaki kikis. Teringin nak tanya soalan pedas pada ibu, apa faedah simpan laki macam ni?

Sayang tapi anak anak yang jadi mangsa. Kalau ustaz ustazah di Malaysia ni memang la suruh bertahan bersabar sampai masuk kubur.

Cuba dengar ceramah ustaz nouman ali khan ke, yasmin mogahed ke. Memang beza betul. Takde lah nampak islam tu kejam sangat.

Balik kepada point asal. Aku memang doakan balasan setimpal kepada dia & isteri baru dia. Sebab menghancurkan hidup kami sekeluarga. Doa orang dizalimi kan makbul.

Aku hanya perlu teruskan hidup tanpa perlu terkesan dengan masalah rumahtangga parents aku ni.

So yang teraniaya kat luar sana tu, ikut korang la kalau masih nk bertahan, tapi jangam jadikan anak tempat meluah kalau taknak dengar nasihat kami. Bye.

– Tiada nama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *