Kasih Sayang

Assalammualaikum. Nama aku Nat. Cerita yang aku ceritakan ni mungkin agak biase atau pernah didengari, cuma mungkin ada perbezaan. Ape pon, terima kasih admin, sudi siarkan cerita aku. Cerita aku ni agak panjang, tapi aku cuba ringkaskan.

Okay aku nak cerita betapa pentingnya kasih sayang tu dalam keluarga, dan perlu dipupuk sejak dari awal, dari anak kita lahir lagi. Kenapa aku cakap camtu? Sebab setelah aku amati perbezaan keluarga yg berkasih sayang dengan keluarga yang kurang berkasih sayang, memang ternyata keduanya memberi impak yang berbeza.

Aku dibesarkan dalam ‘broken’ family. Aku ada seorang abang, dan seorang kakak. Ayah aku berkahwin dua semenjak aku lahir lagi or maybe sebelum aku wujud lagi ayah aku dah ada perempuan lain. Aku tak berapa nak pasti, tapi memang itu lah yang aku dengar dan yang aku ingat sikit sikit. Kahwin dua tu bukan punca besar kepada broken family, tapi disebabkan ayah aku ni culas dengan tanggungjawab dia. Segala perbelanjaan makan minum, sekolah semuanya mak aku yang tanggung. Nasib baiklah mak aku ni bekerja, kalau tak bekerja tak tau lah ape nasib kitorg adik beradik.

Bile dah berkahwin dua ni, paham paham la, balik rumah pon jarang, apatah lagi nak hulur duit. Bile balik rumah je yang aku ingat, mesti mak ayah aku akan bergaduh dekat bilik. Selalunya mesti la sebab mak aku tertekan dengan sikap ayah aku yg tak bertanggungjawab tu. Bagi duit tu ada, tapi bile dia ada duit jelah, kalau takde duit pandai pandai lah kitorang anak beranak hidup dengan gaji mak aku tu je. Mak aku ni bekerja di sektor kerajaan, bukan berpangkat tinggi, so gaji pon tak banyak mana, tapi alhamdulillah berjaya jugak besarkan kitorang adik beradik.

So selama aku bersekolah, aku rase masa aku sekolah rendah je ayah aku masih peduli dengan aku. Lepas dari tu ayah aku memang dah jarang jarang balik rumah, oh ye sebab dia ada ambil anak angkat dengan isteri baru dia. Sebab dah bertahun kahwin dorang masih tak dikurniakan rezeki anak, so mak tiri aku ni ambil anak angkat.

Bile ada anak baru ni, mane dia nak peduli sangat dekat anak anak KANDUNG dia, bahagia dengan keluarga baru dia. Secara jujurnya, dari aku sekolah rendah lagi, aku dah mula rasa janggal dengan ayah aku ni. Mungkin sebab dia jarang jarang balik rumah, so aku terase macam dia orang asing. Bile dia ada dekat rumah pon, aku tak tau nak borak ape dengan dia, perkara tu berlarutan sampailah sekarang. Aku tak terasa ada bonding dengan ayah sendiri.

Okay bile ayah aku dah camtu, semua hal rumah, anak anak, mak aku yang uruskan, balik kerja kene masak lagi untuk anak anak dan mungkin pelbagai lagi tekanan yg dia alami, mak aku ni jadi seorang yang pemarah, sifat penyayang tu macam kurang dalam diri mak aku. Kadang tu hal kecik pon habis kene hambur dengan mak aku.

Kitorang pulak adik beradik jadi tak rapat, nak berkasih sayang memang lagi lah tak. Korang boleh bayang tak ape aku rase time tu, aku masih bersekolah, ayah aku dah camtu, mak aku pulak bukan tak sayang anak dia, tapi jiwa penyayang tu takde. Kadang bile pergi rumah kawan aku, tengok cara mak dia melayan anak anak, memang nampak lah beza, tipulah takde rase cemburu dekat hati.

Masa umur aku 17 tahun, mak aku mintak fasakh dengan ayah aku. Ini pon atas nasihat dan dorongan kakak aku. Jujur memang aku pon rasa itu yang terbaik buat keluarga kitorang, dan aku tak rasa sedih langsung. Korang boleh agak lak kenapa kan. Mak aku ape ape memang akan selalu cerita dekat akak aku, mungkin sebab kakak aku anak perempuan yg tua, so dia lagi boleh paham berbanding aku yang anak bongsu ni.

Tapi itulah…impaknya mak aku jadi terlebih sayang dekat kakak aku ni. Kakak aku ni macam anak emas dia lah senang cerita. Yelah dari segi pelajaran pon memang kakak aku lagi cemerlang, walaupun dia tak habiskan Diploma dia, tapi dia dapat kerja dalam sektor kerajaan (ni sangat menjadi kebanggaan buat mak aku) sebab pikiran orang dulu dulu ni, kalau anak dapat keje dalam kerajaan dah cukup bagus dan menjamin masa depan. Ok bab ni aku malas nak ulas, bagi aku rezeki masing masing tak sama, walau sektor swasta sekali pon, bersyukurlah dengan rezeki yang kita dapat.

Ok sambung part mak dengan kakak aku ni, semenjak tu memang ape pon, akak aku menjadi keutamaan mak aku. Akak aku ni kawin awal, sekarang dah 3 orang anak dia. Bermulalah episod pilih kasih mak aku ni. Contoh situasi tu kalau kakak aku buat takpe, dia takkan marah apatah lagi nak tegur. Tapi kalau aku yang buat, hmm jauh beza layanan dia. Lama kelamaan, aku jadi aku jadi defensive.

Kalau contoh bende tu tak adil buat aku, aku akan berontak. Kadang sampai mak aku ckp aku ni anak kurang ajar la, bodoh, dan pelbagai lagi carutan. Siapa yang tak sedih mak sendiri cakap camtu kan. Kakak aku pernah cakap ayah aku ni buat hal masa aku baru lahir camtu, so aku ni macam dikire pembawa malang la. Ayah aku yang buat hal, aku pulak dipersalahkan?

Pernah dulu kalau aku tak buat air teh siap2 waktu petang sebelum mak aku sampai rumah balik dari keje, habis aku kene hambur dengan mak aku. Abang aku plak hmm, silap mak aku, dia didik anak lelaki dia cara orang dulu dulu, yang mana lelaki tak perlu buat keje, tak perlu masuk dapur. Kau bayangkan, kadang pinggan dan cawan yang dia dah gune, dia letak je dekat sinki. Buang sampah lagi lah tak pernah.

Pernah aku tanya kenapa abang aku tak perlu nak buat semua tu, dia cakap abang aku tu lelaki ke perempuan? Aku macam…haa?? Maksud mak aku tu, keje keje camtu perempuan yang kene buat la. Laki kene biar rehat macam raja kot? Hmm so bab abang aku ni tolak tepi dulu. Tapi atleast korang paham la situasi keluarga aku camne.

Aku pernah baca confession salah sorang confessor, berkenaan mak ayah dia dah tua tapi kena jaga anak anak kakak nya tu. Cerita tu ada sedikit persamaan dengan situasi mak aku ni. Mak aku bile dah pencen ni selalu kene jaga anak anak kakak aku. Kalau sepanjang cuti sekolah, dia hantar anak anak dia tidur dekat rumah mak aku terus, senang kan hidup dia? Dia balik keje boleh rilek rilek tengok tv ke ape, mak aku yang kene jaga anak anak dia siang malam.

Pernah sekali tu aku balik keje tengok muka mak aku nampak penat sangat. Mak aku ni dah 60an, korang pikirlah umur camtu bukan banyak sangat tenaga. Aku pernah suruh mak aku bagitau kakak aku, yg dia tak larat nak jaga anak anak dia. Macam biasa jawapan dia, takpela nanti kang dia kecik hati pulak. Haihh taktau lah aku nak cakap ape, mak aku tu terlalu menjaga hati kakak aku tu. Anak emas dia kan, sampai dia yang susah penat pon takpe.

Aku ni lah sakit mata tengok mak aku penat camtu. Kang kalau aku cakap sendiri dengan kakak aku, aku pulak yang kene herdik balik dengan mak aku. Sebab penah jadi, aku wasap kakak aku, tanya dia bile nak amik anak anak dia, kesian mak sebab dah nampak penat. Tau ape jadi pastu? Dia call mak aku cakap kejap lagi dia ambik bukan sengaja la ape lah. Buat suara sedih ke ape pon aku taktau la, pastu haa amikk memang mak aku sound aku. Sakit hati tak? Kita ni fikir pasal dia, tapi dia dok pikir pasal anak emas dia, sampai sanggup marah aku balik.

Nak dipendekkan cerita, aku pon dah berkahwin, dan duduk pon berdekatan dengan rumah mak aku. Aku selalu la datang jenguk mak aku, kadang tu tolong bawakkan dia pergi kenduri kalau abang aku tak boleh bawak. Tapi yang aku perasan mak aku ni, kalau kakak aku datang rumah dia, terus dia tak kisah pasal aku. Kadang kalau ada bende dia nak mintak tolong ke ape, baru la dia cari aku. Banyak kali dah aku perasan bende camni.

Pernah sekali tu, dia ajak aku teman Aku cuba bayangkan kalau kakak aku di situasi aku, mustahil sangat kalau mak aku herdik dia. Memang boleh nampak perbezaan layanan tu. Terase hati tu jangan cakap la, banyak kali dah. Memang kadang aku menangis dengan layanan mak aku ni. Tapi aku fikir, dia mak aku, tetap kene layan dan ambil berat.

Adik beradik aku pulak, memang kitorang tak rapat. Kadang mak aku cakap, “Korang ni adik beradik pon nak berkire”. Tanpa dia sedar adanya jurang antara adik beradik tu sebab didikan dan kurangnya kasih sayang dalam keluarga. Serius tau aku pernah nampak adik beradik yang rapat, mmg love each other, so bile aku tengok parents dorang camne, memang tak pelik lah kenapa anak anak dia pon jenis yg care each other. Bergaduh dalam adik beradik tu perkara biase, yang tak biase bile kita takde rase rapat or seronok pon bile ada bersama. Kadang rase orang luar lagi rapat dengan kita, daripada adik beradik sendiri.

Sekarang aku dah ada anak seorang, aku nak cuba dan bagi yang terbaik untuk anak aku. Nak dia sentiasa rasa disayangi. Biar hubungan kekeluargaan tu kuat, alhamdulillah suami aku pon jenis bekerjasama, dia nak anak kitorang sentiasa diberi kasih sayang yang cukup. Please ibu bapa dan bakal ibu bapa, anak ni amanah Tuhan yang kita betul betul kena jaga. Jangan fikir hanya beri makan minum, sekolah, korang dah jalankan tanggungjawab dengan sempurna. Hati dan perasaan anak anak pon kita kena jaga, kasih sayang tu adalah milik anak anak, berilah kasih sayang seadilnya dekat anak anak.

Elaklah daripada sikap memilih kasih. Sayang dan layan lah anak dengan sama rata. Pokok pangkalnya nak keluarga yang harmoni, berkasih sayang lah dari awal perkahwinan, dan masih menerapkan kasih sayang yang berpanjangan ke anak anak sehingga hari tua. Aku berdoa kalau aku dikurniakan rezeki anak kedua ketiga dan seterusnya, aku dan suami mampu berlaku adil terhadap anak anak kami.

Nak anak kita hormat dan sayang kita, kita sebagai ibu bapa lah yang kena mulakan dulu sedari mereka dari kecil. Jangan ingat anak je kena hormat dan jaga perasaan kita, kita terlebih dahulu kena buat diorang rasa disayangi dan dihormati, secara tak langsung mereka pon akan buat perkara yang sama.

Ikutkan panjang lagi cerita aku, tapi thanks korang sebab sudi baca. :)

– Nat

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *