Kasih Seorang Abang

Ini kisah kasih seorang abang yang tidak punya apa-apa, tidak kaya harta tapi cukup kaya dengan kasih sayang buat empat orang adiknya.

Azhari lahir dengan kurang kasih sayang dari seorang ayah. Seawal kelahirannya, dia kurang mendapat perhatian akibat kesibukan ayahnya bekerja. Namun, ibu sentiasa menjaganya bagai menatang minyak yang penuh.

Ketika kelahiran adiknya yang kedua dan pada ketika itu umurnya belum lagi menginjak setahun, kasih sayang terhadapnya semakin berkurang akibat perhatian yang ibu bapanya berikan kepada adiknya.

Semakin membesar, hubungan Azhari dan ibu bapanya tidak begitu mesra. Di sekolah, dia sering melakukan kesalahan disiplin. Dia jugak kerap ponteng sekolah. Mungkin difikirannya tiada siapa yang peduli tentangnya.

Seawal tingkatan 4 lagi dia sudah bekerja sambil belajar. Mungkin kerana tidak mahu menyusahkan ayah.

Hinggalah suatu hari ayah memarahinya dan menyuruh dia berhenti sekolah. Kata ayah,”Buat apa kau bersekolah jika kau asyik ponteng sekolah”.

Azhari pun mengambil keputusan untuk berhenti sekolah. Apabila ditanya mengapa berhenti, jawabnya, “takpelah, biarlah aku tak belajar tinggi asalkan adik-adik aku semuanya berjaya. Aku cuba nak tengok adik-adik aku berjaya”.

Start dari itu, dia pun teruskan kerjanya di sebuah kedai makan. Gajinya tidaklah mahal tapi lepas untuk dirinya dan sedikit duit belanja untuk ibu.

Setiap kali hari ahad, pasti dia akan meluangkan masa membawa ibu melawat adiknya di asrama. Sedikitpun dia tidak pernah mengeluh dan dengki dengan kasih sayang yang adiknya dapat meskipun berbeza dengannya.

7 tahun selepas itu, dia pun berkahwin berkat dengan duit yang dia kumpul selama ini hasil dari kerjanya sejak dari tingkatan 4. Sebolehnya dia tidak mahu menyisahkan ayah dan ibu tentang perbelanjaan perkahwinannya.

Hinggalah pada hari lahirnya, adiknya yang ke-4 memberi sebuah kad ucapan terhadapnya.

Apabila dia membaca kad itu yang ditulis dalam bahasa inggeris, air matanya menitis. Bukan kerana terharu tetapi kerana dia merasa hinanya dirinya sebagai seorang abang.

Dia memikirkan bahawa dia gagal melakukan tanggungjawabnya sebagai seorang abang sehinggakan pada hari lahirnya, adiknya menyatakan perasaan benci terhadapnya.

Melihatkan keadaannya, isterinya pon merampas kad itu dan membacanya. Lalu isterinya pun turut sama menangis bersama Azhari. Dia lalu menerangkan maksud ayat di dalam kad itu dan ia bukanlah seperti yang disangka oleh Azhari.

Di dalam kad itu hanyalah tertulis tentang betapa beruntungnya seorang adik dikurniakan seorang abang seperti Azhari. Yang sanggap menggadaikan dirinya hanya untuk adik-adiknya.

Sekali lagi dia mengalirkan air mata. Tidak disangkanya bahawa adik-adiknya menyayanginya juga. Rupa-rupanya pengorbanannya selama ini dapat dilihat oleh adik-adiknya.

Sejak dari itu, dia sedar bahawa rasa kasih dan sayangnya terhadap adik-adiknya adalah kurniaan Allah yang terindah buat dirinya.

Terima kasih abang atas kasih dan sayang yang telah engkau berikan buat kami berempat. Sampai bila-bila pun pengorbanan engkau ini akan kami ingati.

Jika diberi kesempatan untuk aku mengira nikmat yang aku perolehi, akan aku kira engkau berulang kali. Kerana engkau adalah nikmat yang terindah dalam hidupku.

– Azira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *