Kasih Seorang Suami

Assalamualaikum admin dan para pembaca sekalian.

2 pagi, saat confession ini ditulis, air mata tak henti-henti mengalir. Sebak rasa hati bila tengok dada suami turun naik melepaskan nafas dengan kerut wajah yang penuh keletihan mencari rezeki demi sesuap nasi buat kami sekeluarga. Sedihnya hanya Allah yang tahu. Lagi sedih bila peluk suami, pegang tangan dia, jelas terasa bezanya dengan dulu saat di awal-awal perkahwinan. Takde dah tangan yang lembut, yang ada cuma tangan yang kasar sebab terlalu kuat bekerja.

Suami seorang suami yang sungguh baik. Tidak pernah culas dalam melaksanakan amanah yang dijanjikan.Tengoklah, sampai 2 pagi baru pulang dari mencari rezeki untuk anak bini dirumah. Turun dari rumah seawal 7 pagi. Habis waktu pejabat suami akan sambung dengan kerja part-time sebagai pemandu grab. Disusuli dengan gerai burger selepas itu.

Kesian suami. Waktu rehat yang dia ada hanya beberapa jam sahaja dalam sehari iaitu selepas jam 2 pagi. Tapi suami tak pernah mengeluh. Yang selalu diucap hanyalah ayat “ abang mintak maaf sayang, abang tak macam lelaki lain. Sayang kahwin dengan abang sayang hidup susah”. Sedihnya rasa. Abang tahu tak, sayang lah manusia paling beruntung dalam dunia ni sebab dikurniakan suami sebaik abang. Abang tak pernah berkasar dengan sayang, abang ringan tulang. Abang selalu tolong sayang. Abang tak pernah complaint apa yang sayang masak. Walau masin walau tak sedap macam mana sekalipun abang tetap makan, tetap puji kononnya masakan sayanglah paling sedap buat abang. Abang sayang kat sayang sampaikan kalau ada benda yang perlu diangkat, walaupun tangan abang dah penuh dengan barang, abang tetap tak bagi sayang angkat. Abang nak jugak bersusah-susah angkat sendiri.

Suami memang jenis bawa bekal ke tempat kerja. Pernah sekali terbangun lewat. Tak sempat nak siapkan bekal. Tengahari tu bila call suami tanya dia makan apa untuk lunch, suami beritahu dia puasa. Walaupun dia tak beritahu, tapi aku tahu suami puasa sebab dia nak jimat duit. Sejak dari haritu memang aku tak pernah walau sekali tak siapkan bekal untuk suami melainkan dari awal dia beritahu dia nak puasa sunat.

Sayu bila tengok nadi suami berdenyut di leher. Terlintas dia hati sampai bila Allah akan bagi aku nikmat untuk hidup dengan lelaki sebaik ni? Aku tak mampu hidup tanpa suami. Oleh sebab itu aku selalu berdoa semoga aku dulu pergi meghadap ilahi sebelum dia. Tak sanggup nak hidup walau sedetik tanpa dia. Aku juga selalu sangat rasa cemburu bila terlintas nanti di syurga mesti ramai bidadari untuk suami sebab aku sangat yakin dia ke syurga. Dia tak pernah tinggalkan solat, patuh pada ibu bapa, baik dengan anak isteri. Semoga nanti kami akan ditemukan kembali di syurga Allah. Sayang nak jadi ketua bidadari untuk abang.

– Aisyah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *