Kasihan Abah

Assalamualaikum buat semua pembaca. Saya bukanlah pakar dalam bidang penulisan jadi saya minta maaf awal-awal atas segala kekurangan dalam penulisan ini.

Sedikit pengenalan diri saya, nama saya Farah berumur 26 tahun dan berasal dari Taiping Perak. Saya yakin mesti ada juga di kalangan pembaca melalui situasi yang sama dengan saya. Sebenarnya saya cuma nak share serba sikit cerita berkenaan famili saya di sini.

Okay, refer back to tajuk yang saya tulis diatas ialah “Kasihan Abah”. Ya ! Kasihan abah saya. Sebab? Sebab dia berpoligami. Huhuhu saya percaya lebih dari 60% orang melayu terutama perempuan mesti memang pantang dengar poligami kan? Kenapa pula saya tulis kasihan abah? Jeng jeng jeng…..

Okay cukup kot intro tu, abah saya berkahwin dua. Mak saya adalah isteri kedua abah. Tapi ooopsss jangan kecam dulu ye. Cuba dengar apa yang saya nak ceritakan dulu ye. Abah saya berkahwin dengan isteri pertamanya dan bercerai.

Saya simpulkan sebab mereka bercerai ialah berpunca dari isteri pertamanya ini saya dengar sendiri dari mulut abah sebab abah memang banyak share dengan saya kisah kehidupannya. Selepas mereka bercerai abah pulang ke kampung halamannya iaitu Taiping (sebelum itu abah bekerja di Johor) kononnya untuk memulakan kehidupan baru.

Abah mulanya bekerja dengan kawan lamanya di kedai tayar sebagai seorang runner pada masa itu. Walaupun perkahwinan pertama abah gagal, tapi abah tak pernah lupakan tanggungjawab beliau kepada anak-anaknya.

Abah mempunyai 2 orang anak hasil hubungan beliau dengan isteri pertama. Namun selepas tiga tahun abah menduda, abah terjumpa jodoh yang baru iaitu mak saya. Mulanya mak hanyalah pelanggan di kedai abah bekerja tetapi dah kalau jodoh nak kemana kan.

Mereka pun berkahwin walaupun pada awalnya mak tak setuju sebab tahu abah ada janda dan anak-anak. Mak tak mahu digelar perampas mahupun abah dah explain macam-macam yang beliau dah move on dengan isteri pertama beliau.

Cerita menjadi lagi rumit bila isteri pertama tahu yang abah bakal berkahwin dan apalagi mula lah bermacam-macam taktik untuk menggoda abah semula sampailah ke tahap merayu-rayu di rumah bekas mertuanya yang dia dah menyesal dan akan berubah dan abah macam biasa masih tidak mengubah keputusannya untuk menikahi mak.

Jadi tanggal 5 Februari 1992 abah pun kahwin dengan mak dan mereka hidup bahagia tetapi bekas isterinya masih lagi tidak mengalah lagi-lagi bila tahu yang abah sudah mempunyai anak hasil perkahwinan yang terbarunya ini. Bermacam-macam cara yang beliau gunakan termasuklah perbuatan yang memang salah di sisi agama kita.

Selepas saya lahir, masih lagi hari-hari datang ke tempat kerja abah, mengganggu dan terus menggoda abah tapi kalini beliau menggunakan alasan anak dengan mengatakan ketiga-tiga anaknya perlukan kasih sayang abah.

Dipendekkan cerita, abah pun berkahwin semula dengan jandanya. Boleh bayangkan perasaan mak pada ketika itu? Tapi mak chill je sebab mak kata tak apalah, kesian anak-anak abah. Tambahan cerita, saya dan mak mengalami bermacam-macam jenis gangguan sehinggalah selepas mak pulang dari mengerjakan haji. Alhamdulillah setelah iu, gangguan semakin berkurangan dan jarang sekali berlaku.

Okay selepas beberapa tahun abah bekerja sebagai seorang runner, abah menjadi seorang usahawan. Alhamdulillah daripada pendapatan RM800 sebulan abah berjaya menjadi seorang usahawan yang pendapatannya cecah RM30,000 sebulan malah ada masa lebih dari nilai itu. Akan tetapi abah hanyut, hanyut dengan kemewahan yang diberikan.

Abah menjadi seorang yang boros. Setiap dua bulan membeli kereta baharu, telefon baharu, jam baharu, dan banyak lagi. tapi abah lupa. abah leka dengan tanggungjawabnya. Tetapi yang anehnya tanggungjawab terhadap mak sahaja.

Abah cuma memberi mak nafkah sebulan RM1000. Itulah wang belanja mak dan kami anak-anak. Itulah wang untuk membayar pinjaman rumah (RM1700 sebulan), itulah wang untuk beli barang dapur. Cuba bayangkan cukup ke? tapi mak diam. Mak sabar. Mana mak dapat duit nak cover semua tu?

Okay jap. Sebenarnya mak saya masih juga bekerja sebagai seorang penjawat awam di JPJ Taiping. Umurnya 52 tahun. Kenapa tak tolong abah? Eh! Rupanya mak dah cover abah dah lama. Sejak dari awal perkahwinan lagi rupanya. Rumah, bil-bil dan segala cukai semua mak yang lunaskan. Abah. hmmm kesian… abah kerja untuk siapa? ya untuk isteri pertamanya.

Akibat sifat boros abah sampai tidak beringat langsung yang berniaga ini ada naik turunnya bisnes abah merosot semasa umur abah 45 tahun. Abah menggunakan semua wang syarikatnya untuk membayar hutang-hutang dan tak lain tak bukan, mak juga menjadi tempat sasaran untuk abah meminjam wang. Mak merelakan atas dasar kasihan.

Mak meneruskan kehidupan seperti biasa dan abah menukar profesion pekerjaannya iaitu menjadi pemandu teksi. Sekarang usia abah dah 59 tahun bermakna sudah 8 tahun abah dijalan sebagai pemandu teksi. Ya Allah kasihannya Abah! Umur dah senja tapi masih bekerja bagi menyara familynya.

Anak-anak mana? 4 daripada anak-anak abah sudah berkeja termasuklah saya. Tiap bulan tanpa missed saya akan hantar wang buat abah RM500 dan mak RM800. Kenapa mak banyak lagi? Banyak tanggunggan mak yang perlu mak selesaikan.

Sorry mak, adik tak boleh tolong mak banyak hanya dari segi bil-bil bulanan mak. Abah? Hm. wang yang diberikan abah sepatutnya cukup untuk abah gunakan untuk wang belanja. Yelah, mak dah tanggung segala galanya tapi kenapa abah kena kerja? Sebab isteri pertama bukan yang pertamanya.

Isteri pertamanya tidak bekerja tetapi belanjanya mengalahkan anak hartawan. Sampai saya dan mak pelik kerana seminggu dua kali minta wang belanja harian. Alasannya nak beli makan. Wang belanja dapur pun seminggu sekali minta. Pelik kan? kalau tak dapat wang beliau akan mula memaki abah dengan macam-macam perkataan dan ajaibnya abah hanya hulurkan seperti lembu dicucuk hidungnya.

Jadi kesimpulannya, kasihan abah. Perkara ini dah menjadi norma dalam kehidupan kami sekeluarga. Rasanya yang paling kasihan adalah mak bukanlah abah. So apa pendapat kalian? Kalau saya mungkin dah angkat kaki. tetapi mak? Hmmm

Saya rasa saya akan share lagi jika berkesempatan. sebenarnya saya kasihan akan situasi abah atas faktor umurnya, kawan-kawan seumurnya banyak yang sudah berehat bersama keluarga atau melancong.

Cerita yang saya karang ini bukanlah perkongsian sepenuhnya. Banyak cerita yang tidak diceritakan dengan lebih lanjut tetapi inilah tujuan saya menulis. Hanya untuk berkongsi kepada anda semua tentang cerita keluaga saya. Terima kasih !

– IKHLAS (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *