Kasihanilah Mak Abah

Kasihanilah Mak Abah

Assalamualaikum dan hai semua. Aku merupakan anak terakhir dalam family daripada 5 orang adik beradik. Aku ada 3 abang dan seorang kakak. Kali ni aku nak confess berkenaan kakak aku. Terima kasih pada yang sudi baca luahan hati aku.

Kakak aku ni sudah berkahwin pada tahun 2015 dan dah dikurniakan seorang anak lelaki, sekarang berumur 3 tahun. Kakak aku kahwin awal ketika dia berumur 20 tahun manakala abang ipar berumur 24 tahun. Aku pula masa tu umur 18 tahun, tengah nak ambil STPM. Tiga-tiga abang aku dah berkahwin dan mereka berpindah jauh dari kampung. Ada yang ke ibu kota dan ada yang ke pantai timur. Nak dijadikan cerita, kakak dan abang ipar aku ni, mereka tinggal bersama dengan family aku di selatan tanah air. Jadi dalam rumah kami tu ada abah, mak, kakak, abang ipar dan aku.

Abang ipar aku masa tu tiada kerja tetap. Dia buat kerja sampingan dan memang tiada pendapatan tetap. Mostly memang mereka bergantung pada abah dan mak. Aku berpendapat bahawa mereka sangat beruntung sebab abah dan mak bukan sejenis ibubapa yang terlalu pentingkan duit dan harta. Mereka sentiasa positif dan mendoakan agar satu hari nanti kakak dan abang ipar aku ni dapat kerja yang bagus. By the way, kakak aku stop belajar lepas kahwin. Dia sempat belajar di politeknik sebelum tu.

Few months after mereka kahwin, kakak pregnant. Namun tak segalanya indah lepas tu. Kakak kerap gaduh dengan abang ipar. Awal-awal pergaduhan, kakak just mengadu pada mak ketidakpuashatian dia dengan abang ipar. Aku tak pasti sama ada itu hormon orang mengandung atau kakak aku ni sebenarnya tak matured. Yelah kahwin awal kan. Aku bukan nak being judgemental tapi kakak aku memang kalau gaduh sikit atau tidak berpuas hati sikit je dengan abang ipar, dia akan terus mengadu kepada mak. Di mana aku rasa perkara tu tak wajar.

Patutnya mereka selesaikan hal lakibini tu berdua tanpa perlu mak abah masuk campur atau tahu perkara dan aib suami isteri. Ni pada pendapat aku lah. Baru aku faham kenapa ramai orang cakap ada baiknya pindah rumah sendiri daripada tinggal rumah ibubapa lepas dah kahwin. Mungkin ni salah satu sebabnya.

Berbalik pada kisah kakak dan abang ipar, makin lama makin teruk, mereka kerap bertekak sampai satu isi dalam rumah tu dengar suara kakak menjerit-jerit marahkan abang ipar aku. Abang ipar aku ni pulak seorang yang luarannya nampak naive dan muka baik-baik. Rupanya reason kakak mengamuk disebabkan kantoi yang abang ipar aku ni contact dengan perempuan lain. Namun, benda tu tak lama, mereka berbaik semula. Sebab nampak kakak dan abang ipar aku nampak macam dah ok dan start bermanja-manja macam masa awal-awal kahwin. Jadi aku assume, mereka ni dah ok dan dah berbaik semula. Tambahan pula dah nak timang cahaya mata.

Kemudian anak buah aku pun lahir. Dan hubungan kakak dan abang ipar aku tiba-tiba menjadi keruh balik dan sangat kerap bergaduh. Bergaduh mereka tu teruk tahu tak. Macam drama dalam TV3 je. Aku sangat kesiankan mak dan abah sebab terpaksa face perkara ni semua. Sampai satu tahap mak aku menangis-nangis cakap dia gagal besarkan anak dia (kakak). Allahuakbar. Hati siapa yang tak sedih.

Aku dah la masa tu nak sambung belajar di utara. Dengan keadaan di rumah porak peranda. Tapi seperti biasa, kakak aku dan abang ipar berbaik semula. Mereka ni memang suka bergaduh then baik balik then the cycle went on and on ada lah banyak kali. Masalahnya setiap kali gaduh tu memang teruk sangat tahap kakak aku baling-baling barang, meracau, menjerit-jerit. Sampai tahap kami sekeluarga dah malas nak endah dengan drama kakak dan abang ipar.

Boleh dikatakan di pertengahan pergaduhan mereka tu, ada jugak abang ipar aku lafazkan cerai. Namun bila mereka berbaik semula, mereka kata dah rujuk balik. Jangan cakap mak abah aku tak masuk campur soal hukum agama ni semua ya. Dah jadi kes mahkamah sebelum ni, namun abang ipar cakap dia tak jadi untuk berpisah dan mereka rujuk semula.

Namun, few months lepastu, keadaan jadi lebih tegang. Aku sendiri tak faham apa masalah mereka ni. Kejap-kejap gaduh, kejap-kejap baik. Akhirnya officially akhir tahun lepas abang ipar aku lafazkan cerai yang kali keberapa pun aku tak pasti dan mereka dah officially bercerai. Kakak aku kata hatinya dah betul-betul tertutup untuk abang ipar.

Ya, aku kesiankan kakak aku. Tapi aku lagi kesiankan anak buah aku tu. Kecil-kecil lagi dah terpaksa face benda-benda macam ni. Dia sejak dari kecil asyik tengok ibubapa bertekak, bergaduh. Tapi aku faham tiada siapa pun yang minta. Namun, semakin lama aku semakin fed up dengan perangai kakak aku. Aku faham dia sedih dengan her perkahwinannya yang gagal. Tapi janganlah mengabaikan anak. To be honest, mak dan abah yang banyak jaga anak buah aku tu. Mak abah dah berusia 66 tahun kedua-duanya. Sepatutnya masa sekarang la mereka berehat, fokus pada ibadah dan jaga cucu.

Kakak aku dah mula berkerja sebagai kerani berdekatan dengan rumah mak abah. Kerja dari 8 pagi hingga 5 petang. Anaknya tak dihantar pun di pengasuh atau taska. Mak yang jaga anaknya. Bila aku balik cuti semester, aku perhatikan mak yang banyak jaga anak buah aku. Kakak aku balik dari kerja boleh dikatakan buat tak tahu je dengan anak dia tu. Aku faham dia penat berkerja. Tapi mak juga penat dari pagi jaga cucu sehinggalah malam dan seterusnya.

Daripada mandikan, cuci berak, bagi makan, melayan cucu yang tengah fasa aktif dan lasak. Boleh dikatakan 24/7 budak tu dengan mak aku. Kira-kira dalam 10% je kakak jalankan tanggungjawab dia sedangkan dia adalah mak budak tu. Aku sedih mak aku diperlakukan macam tu. Orang tua tu nak menjaga dari budak tu bangun pagi sampailah tidur malamnya tu.

Tolonglah bertanggungjawab wahai kakak. Kakak sekarang dah berkerja tapi aku berpendapat tak boleh nak bagi alasan penat nak jaga anak bila balik kerja dan nak rehat then serahkan pada mak untuk jaga. Mak dan abah dulu pun berkerja juga dan jaga anak lima orang. Kalau kakak nak bagi alasan dia single parent, still aku tak nampak effort dia untuk jadi lebih bertanggungjawab. Weekend bangun lewat sampai tengah hari. Bukannya tolong mak masak ke kemas rumah ke apa. Anak bila bangun awal pagi, mak dan abah yang take over jaga nak membela budak tu. Bila aku ada kat rumah sem break, boleh la aku tolong mak. Tapi bila aku dah balik kolej? Mak kadang-kadang ada juga mengadu kepenatan.

Tapi entahlah, tak berani nak suarakan pada kakak agaknya. Atau mungkin sebab mak dah tua dan tak larat nak marah dan bermasam muka. Tapi aku kesian sangat kat mak dan abah. Terutama mak. Nak jaga budak lelaki berumur 3 tahun, dengan lasaknya lagi. Aku pernah bagitahu mak untuk aku confront dengan kakak namun mak larang (actually sebelum tu aku pernah tegur kakak dan sekarang ni kitorang tak berapa nak elok sebab kakak tak boleh terima teguran aku). Mak cakap tak payah panjangkan cerita. Aku lagi sakit hati dengar baru-baru ini mak bagitahu yang kakak dah berkenalan dengan seorang lelaki dan dia macam plan nak kahwin.

“Kakak, kalaulah kau baca ni, alangkah bagusnya kalau kau faham few years ago kau dah banyak susahkan hati mak dan abah sampai la tahap anak kau lahir dan sehingga sekarang ni. Bukanlah aku nak menyalahkan takdir dan dugaan kau tapi kau baru saja bercerai dengan abang K. Sepatutnya kau fokus dulu terhadap diri sendiri dan anak kau yang tak berdosa tu. Kau kena tahu tu tanggungjawab kau sebagai seorang ibu. Bukan tanggungjawab atuk dan nenek dia. Mak dan abah bukan orang gaji kau.

Sekali sekala kau nak minta pertolongan tidak apa. Tapi aku sedih tengok mereka macam kuli kau. Mak dan abah sepatutnya berehat, they deserve to enjoy their life lagi-lagi mereka dah berumur 60-an. Kau pun muda lagi. Tak semestinya kau perlukan lelaki lagi dalam hidup kau. Aku bukan menidakkan kalau itu jodoh baru kau. Tapi at least ubahlah perangai tu jadi anak dan ibu yang lebih baik. Ada baiknya kau fight untuk nafkah anak kau di mahkamah tu mintak daripada bapak dia. Bukan selamanya mak dan abah boleh tanggung dan jaga anak kau. Tolonglah wahai kakak. For the sake of abah dan mak.”

Sampai tahap aku terfikir apalah jadi kat anak buah aku bila mak dan abah dah tiada. Pernah jugak aku ada perasaan benci pada anak buah aku sebab dia menyusahkan mak dan abah, padahal dia anak kecil yang tak berdosa. Yang salahnya, kakak aku dan bapak dia. Aku tahu mak dan abah terlalu sayangkan cucu mereka tapi aku tahu dari sudut hati, mereka penat. Sungguh mereka penat. Tak punya kudrat seperti orang muda dah.

Mak aku selalu mengadu sakit-sakit badan dan lutut. Nak mencangkung mandikan budak tu, kadang-kadang anak buah aku tu selalu minta berdukung. Nak melayan karenah dia yang macam-macam. Perlukan tenaga yang banyak untuk jaga anak-anak kecil ni. Sekarang bukan masanya untuk mereka jaga anak kecil yang lasak dan aktif. Sekarang fasa mereka untuk berehat, mendekatkan diri pada tuhan dan melakukan aktiviti yang biasa orang tua lakukan. Sungguh aku sedih yang teramat. Sampai aku fikir nanti dah kerja aku nak bawa mak dan abah pindah duduk di tempat lain, lari daripada kakak aku. Tapi aku tahu bukan mudah.

Aku dah penat nak pening kepala fikir pasal kakak aku ni. Tolonglah kalian doakan dia agar dia dibuka hati untuk improve diri dia jadi anak dan ibu yang baik. Dan korang tolonglah doakan agar mak dan abah dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan berpanjangan.

– Lily

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit