Kau Tak Solat Ke?

Pernah tak bila korang mengadu masalah dekat seseorang yang dipercayai, dia cakap depan-depan, sebijik kena muka,

“Kau tak solat ke? Biasanya orang tak solat je perangai macam ni?”

Aku pernah. Dan ayat serta riak muka dia aku tak boleh lupa sampai sekarang.

Tapi… aku berterima kasih dekat dia sebenarnya. Walaupun aku solat, mungkin ‘aku tak solat’. Menyedarkan aku yang selama ni jugak aku mengaji, aku mungkin ‘tak mengaji.’

You know what I mean?

Dalam solat kita, mungkin terkadang kita lalai. Kita solat sekadar solat, tapi tak faham apa yang dibaca. Kadang-kadang, kita tersenyum bila tiba-tiba teringat cerita lawak.

Ada masa sampai batal solat sebab tergelak. Padahal ayat yang tengah dibaca, memuji-muji Tuhan, meminta keampunan, tapi hati masih ingat dunia yang tak ke mana.

Sama jugak bila mengaji, kita hanya baca sekadar baca. Syok sendiri mengalunkan bunyi. Tapi tak faham apa yang dibaca. Tak ada usaha nak baca tafsir.. Lalu bertanya sendiri dengan kerutan di dahi.

Kata ayat al Quran menenangkan jiwa, kenapa dah baca masih tak terasa apa? Sedangkan solat tu lah tempat bicara kita pada Tuhan, dan Al Quran itu lah jawapan yang kita cari untuk setiap persoalan.

Tapi manusia, kalau solat, dah cepat nak cepat lagi. Orang baru habis baca doa ifititah, dia dah rukuk. Padahal mula-mula sama baca niat.

Kalau mengaji pulak, hukum tajwid main langgar. ح,ه,خ,س,ث semua main bedal je sama bunyi. Padahal setiap huruf tu bunyi sebutannya berbeza. Panjang pendek langgar suka-suka hati. Idgham jadi ikhfak, izhar tiba-tiba dengung.

Tambah lagi, mulut suka mengata, hati suka berburuk sangka. Silap orang wajib disebut. Bila sendiri buat silap? Dah… duduk dalam bilik, mereput.

Bila orang pulak mengata kita, dengan marah konon pertahan jiwa raga. Padahal dah tau memang salah sendiri. Eh malu lah kalau diam je tak berbunyi. Kena cakap sendiri betul dan salahkan orang lain lagi.

Kawan-kawan sekalian… Sampai bila lah agaknya ye kita nak macam ni? Marah betul bila orang kata kita kurang iman, lemah iman. Padahal memang dalam sehari tu iman kita akan naik dan turun.

Dan kalau kita mudah marah dan mudah terpedaya dengan tipu daya dunia, betul lah iman kita lemah. Tapi bila orang tegur, kenapa kita marah?

Mungkin kerana ego. Marah bila ditegur orang yang lebih muda dari usia kita. Bila jadi benda macam ni, kita akan fikir…

“Aku lebih tua dan lebih banyak ilmu, lebih banyak pengalaman dari dia, dah macam-macam benda yang aku lalui… Apa hak dia nak tegur aku? Umur baru setahun jagung dah rasa pandai sangat nak tegur orang. Adab kat mana? Adab? Tau adab tak?”

Atau, kalau orang tu tua dari kita, tegur kita? Mungkin kita fikir…

“Yelah, mentang-mentang ko tua dari aku. Perasan bagus nak tegur-tegur orang itu ini. Eh cermin lah diri dulu. Betulkan diri sendiri sebelum nak tegur orang.

Tua bukan tiket untuk betulkan orang lah. Pandang dulu diri tu macam mana. Nak bagi contoh dekat orang, sendiri lah kena jadi contoh.”

Kalau orang tu sebaya kita pulak?

“Ehhh dia ni pandai-pandai pulak nak nasihat lebih-lebih. Umur beza berapa hari je, dah rasa tua sangat nak betul-betulkan orang. Menyampah lah orang macam ni. Rasa bagus sangat.”

Orang yang hatinya tenang dan lapang, adalah orang yang bersedia terima teguran tak kira lah dari siapa pun. Dari orang yang tua berpuluh tahun, atau tua setahun atau bahkan orang yang baru nak kenal ABC 123.

Orang tegur, dan orang cakap sesuatu, mungkinlah sebab kita yang betul-betul salah. Kalau kita tak salah, ambik je lah teguran dia dan muhasabah. Tak payah marah. Lainlah kalau teguran dia sampai nak memfitnah dan jatuhkan maruah, itu lain cerita..

Berbalik soal solat, cuba fikir balik. Kita solat zahir dan batin tak?

Haaa bukan mintak maaf waktu raya je kena zahir dan batin. Solat pun kena zahir batin tau. Dari ambik wuduk, baca niat, solat dan berdoa… Kita buat tu terasa dekat hati ke tak? Kalau tak terasa dekat hati, maknanya kurang mantap lah solat batin kita.

Jangan salah faham. Zahir dan batin bermaksud luaran dan dalaman. Zahir dari segi perlakuan dan kata-kata. Batin pulak adalah apa yang kita rasa, benda yang orang tak nampak tapi Allah tau..

Kalau nak ambik contoh di atas, solat dengan kawan. Kawan ambik wuduk 3 minit, kita ambik wuduk setengah minit. Asal basah je cukup lah. Asal dah baca niat dan doa, okay lah tu.

Itu contoh kurang mantap. Tiada doa dalam hati di setiap pergerakan. Masa baca niat makhraj main langgar.

Sekarang ni, sama-sama baca niat solat. Sama-sama baca doa iftitah. Kawan baru nak ta’awwuz untuk baca Al Fatihah, tiba-tiba kita dah rukuk.

Zup zap zup zap orang tu baru rakaat dua kita dah selesai dah solat. Eh jangan tak percaya tau. Memang ada orang macam ni.

Itu pun contoh solat batin yang kurang mantap. Tak peduli soal tajwid, tak peduli maksud ayat. Ingat dah sempurna rukun tu, dah. Kadang-kadang sampai lupa nak tomakninah.

Sementara tunggu kawan habis solat, berzikir. Haa tu bagus dah. Tapi mulut senyum-senyum sambil zikir sebab menyempat scroll Twitter, IG dan FB.

Kadang-kadang kita tak sedar… Kita banyaaaakkkkk sangat buat silap dengan Allah. Tapi kita susah nak mengaku. Sebab suukkaaaaaa sangat pandang silap orang lain.

Ehhh apa lah dia ni pakai tudung atas dada, nampak tu. Pakai baju ketat entah macam apa. Kalau tak berubah ni, habisss habisss…dosa setiap hari malaikat nak kena catat. Teruk lah dia ni.

Selalu kan? Jarang betul bila kita tengok gambar atau tengok orang macam tu, kita nak diam dan berdoa..

“Ya Allah, kurniakanlah kami hidayahMu. Jadikan kami orang yang taat kepadaMu. Selamatkanlah kami dari apa nerakaMu. Jagalah kami dari hasutan syaitan, peliharalah kami di dunia dan akhirat ya Allah.”

Atau “Ya Allah, Kau berilah kesedaran dekat dia untuk tutup aurat dengan sempurna. Aku tak mampu tegur dia Ya Allah. Maafkanlah kesilapannya dan berilah kesedaran untuknya..”

Pernah buat tak? Kalau pernah Alhamdulillah… Kalau tak pernah, cuba buat sekarang. Lazimi hati dan bibir untuk sentiasa berdoa untuk orang.

Tengok orang habis minyak tepi jalan, kita tak mampu tolong, tolong doa urusan dia dipermudahkan. Tengok orang jual kuih, kita tak minat nak beli, doa untuk dia dapat banyak pelanggan. Doa je apa-apa untuk orang.

Sekali lagi tentang solat kita sebelum aku habis menulis. Panjang ni. Kalau baca sampai sini, tahniah..

Solat tiang agama. Tak bina tiang maka tak jadi lah rumah. Tak sempurna tiang maka cacatlah rumah. Dirikan tiang betul-betul, inshaAllah ‘rumah’ yang kita bawak akan bagi ‘tempat perlindungan’ buat kita dengan cara yang sangat selesa dan aman.

Jaga solat, jaga mulut, jaga hati. Bukan untuk orang, tapi untuk diri sendiri.. Assalamualaikum..

– Embun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *