Kawan Atau Lawan?

Tak tahu macam mana nak start tapi korang baca jela harap bermanfaat dan aku nak lepaskan perasaan je tak ada niat nak burukkan sesiapa.

Aku ada geng. Setiap orang mesti ada perangai masing masing kan. Tapi aku nak cerita pasal salah seorang geng aku ni. Kitaorang kawan daripada sekolah lagi. Kalau kira secara kasar kira kira 8 tahun gak kitaorang satu geng berkawan.

Of course la berkawan ada suka dan duka. Kitaorang share banyak benda bersama dan ada juga gaduh salah faham tapi mesti akan berbaik balik.

Aku nak cerita pasal si A ni. Si A ni boleh dikatakan ‘kawan’ paling jahat aku pernah ada. Sebab apa aku kata macam tu. Ok first, si A ni boleh cerita kat mak bapak dia pasal keburukan kawan kawan dia. Kitaorang ada yang smoking tau, dia boleh cerita kat mak bapak dia yg kawan dia ni smoking. Kau rasa? Padahal si A ni kaki clubbing ambil pil semua. Tapi sebab dia nak tutup aib dia depan mak bapak dia, dia buka aib kawan kawan dia. Dah la kitaorang memang jenis dah kenal family masing masing. Kekadang ada jumpa datang rumah. Kau tak rasa ke macam nanti mak bapak dia fikir kawan kawan di semua jahat nanti apa apa jadi mak bapak dia salahkan kawan kawan. Padahal anak dia lagi liar. Depan mak bapak je konon baik.

Yang kedua, kitaorang sekarang masing masing ada hal masing masing tau. Memang jarang lepak bersama. Jadi kalau dapat lepak bersama tu kitaorang macam nak happy happy la. Si A ni mulut lancang tau, dia ada je nak point satu benda yang akan spoilkan mood orang. Ada je benda nak cakap untuk sakitkan hati orang dengan mulut lancang dia. Tapi kawan kawan aku yang lain masih bersabar.

Ok yang ketiga, salah seorang geng aku ni macam jenis peramah dengan lelaki. Leps tu si A ni suka sound si B pasal si B ni suka layan lelaki semua dan korang nak tahu tak yang si A ni lagi teruk kaki lelaki. Keluar dengan banyak banyak lelaki. Lepstu ada hati nak sound sound orang. Aku cukup benci bila dia nak point kesalahan orang. Tapi diri dia tak sedar sedar.

Yang keempat, si A ni ada perangai tak boleh tengok orang lebih berjaya daripada dia. Contoh dalam pelajaran ke, kerjaya ke atau apa apa pun. Dia nak di paling top. Pernah salah sorang geng kitaorang si C dapat kerja gaji bagus. Dia boleh cakap benda yang membuat kan si C ni tak jadi nak ambil kerja tu. Dia taknak si C ni gaji lg banyak daripada dia.

Yang kelima, si A ni suka menyebarkan cerita membuatkan sesama geng kitaorang gaduh. Dia jenis suka mengapi dan suka bawa mulut. Serious si A ni mulut puaka. Dan korang mesti tertanya asal kitaorang kawan dia lagi. Sebab kitaorang ni je kawan dia dan tahan dengan perangai dia. Semua tempat dia pergi mesti ada gaduh dengan orang sebabkan mulut dia tu.

Semua orang pernah tegur pasal mulut dia tapi dia tetap rasa dia betul. Lagi satu dia jenis tengok harta. Kalau berkawan nak cari yang ada pangkat dan harta. Kitaorang semua orang biasa, berkawan dengan dia pun sebab kawan dari sekolah. Bukan nak cakap apa tapi bapak dia kerja cikgu di sekolah awam je. Selalu cerita pasal duit je. Jenis berkira pula tu.

Si A ni ada ke kebaikan dia sebenarnya, tetapi masa dia buat taik dengan kitaorang, kitaorang try ingat apa kebaikan dia. Aku taktau membe aku yang lain. Tapi aku tak boleh la. Banyak lagi cerita pasal dia tapi panjang aku nak tulis. Malas aku. Sekarang mungkin aku boleh tahan. Sampai satu tahap aku fed up memang aku putus kawan terus kot. Tah la. Itu sahaja. Luahan perasaan daripada saya. Bye

– Kawan OH Kawan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit