Kawan Dan Adik Beradik

Sebelum tu aku tak tahu lah kalau tajuk tu kena ke tak tapi aku cuba untuk sampaikan sesuatu.
Family aku jenis yang bukan kata kami tak rapat, kami rapat tapi rapat dari segi tu je lah, pergaulan okay, tapi ada satu je kurang.
Belaian kasih sayang, sentuhan tu kurang. Kalau nak kata mak bapak aku ni garang, boleh tahan jugak lah.
Sebab aku kadang takut nak luah masalah ke, nak mintak izin ke, nak mintak something lagi aku fikir dua, tiga kali.
Macam tak make sense pulak kan. Tapi betul lah.

Memang dari kecik kami dibesarkan macam tu. Alhamdulillah cukup makan, pandai berdikari, keperluan semua cukup.
Tapi yang satu tu je kurang. Aku tak tahu lah aku seorang je ke yang rasa benda tu, sebab aku ada ramai jugak beradik. 7 orang.
Aku selalu jeles kalau tengok orang senang je nak luah masalah, sekecil masalah pun luah kat mak ayah.
Entah kalau aku luah nanti aku pulak yang kena. Kalau ada masalah, sedih ke kecewa senang je orang pelok mak atau ayah,
tapi aku hmm dahla takut nak luah nak mintak pelok kalau nangis tu… hmm
Mungkin sebab memang tak dibiasakan dari kecil.

Jadi kalau ada apa-apa masalah, aku prefer kawan. Tapi kadang aku prefer beradik perempuan, depends apa masalah tu.
Kadang aku nak bermanja pun aku prefer kawan (bff yang memang aku anggap macam kakak sendiri) sebab kalau nak
bermanja dengan beradik sendiri hmm tidur seinci pun kau kena tolak! nak sweet-sweet bagai memang tak lah.
Kalau aku cerita kat orang, mesti dorang akan kata takpa, cuba je lah bermanja dengan beradik kau.
Cubalah luah masalah kat mak ayah kau. Mana tahu okay? aku cuma cakap dalam hati, kau cakap senang kau tak duduk
dalam kasut aku huhu.

Benda tak biasa buat kalau tiba-tiba buat jadi awkward, kalau tak mesti orang akan kata “kau ni dah kenapa, buang tebiat?!”
hmm .. Jadi kadang-kadang aku memang lebih prefer ‘open’ dengan bff daripada family sendiri.
Aku prefer untuk bermanja dengan bff daripada family sendiri.
Salah ke?? Kalau salah kenapa aku perlu ada rasa macam tu. Sampai kadang aku fikir, Ya Allah kalau aku dah dibesarkan
dalam keadaan macam ni kenapa fitrah aku tak sama macam keadaan aku dibesarkan.
tak boleh ke kalau aku jenis orang yang tak manja, aku boleh open untuk sesiapa sahaja, aku tak rasa aku perlu bergantung
kat bff aku je untuk bagi belaian kasih sayang dan perhatian yang boleh kata setiap hari kena ada??

Tapi aku nak tegaskan kat sini , walaupun aku nampak lebih rapat dan manja dengan bff aku,
aku still sayang keluarga aku, keluarga aku masih the first to be treated , baru orang lain.
dan sayang aku kat bff aku sebab mereka lebih faham aku tak melebihi sayang aku kat family aku.
dan kadang aku takut jugak kalau bff ni boleh buat leka ataupun lalai dari kasih sayang Allah.
biarlah aku sayang manusia dan aku rindu dorang tak lebih dari aku sayang dan rindu Allah & family.
Tapi selalunya macam tu la, aku rindu dan sayang mereka lebih tp aku sayang family dalam diam dan tak tunjuk sangat.
kalau nak kata doa untuk family memang tak putus.

Ada sekali ni, cikgu aku suruh sms mak ayah cakap sayang mereka dan terima kasih untuk semuanya.
Cikgu siap rekod lagi siapa yang dah sms dan dapat balasan. Kau tahu tak perasaan aku bila orang lain happy dapat balasan.
Bukan setakat balasan, call lagi. Aku? Aku sms dua-dua tak reply. Aku rasa macam malu nak cakap kat cikgu. Sedih lah.
Aku tak call sebab rumah aku dekat dengan asrama. Perasaan jeles tu jangan cakap lah. Nak cakap iloveyou mak pun
lidah aku terkunci, tapi aku selalu cakap dalam hati dan dalam doa je. Aku tertanya jugak, ada ke family yang macam aku?
Ada ke orang lain yang ada situasi macam aku jugak?

Lepas tu aku paling tak suka part minta izin, sebab aku tahu mak ayah aku susah nak lepaskan.
Orang lain senang je aku tengok minta izin nak gi sana sini.. Lepas tu kalau aku pergi tapi tak minta izin kawan-kawan marah kat aku.
Aku jeles jugak lah bila masing-masing cakap jangan lupak cakap kat mak, aku dah dapat izin. huhu.
Kalau nak cerita tentang minta izin ni memang aku lah paling stress dan aku pernah alami stress yang sangat teruk sebelum
dapat izin sambung degree sekarang ni.

Manja dengan bff tu memang akrab sangat, sampai sayang sangat, jadi congek cepat merajuk. Tu perkara biasa.
Lepas tu nanti jeles pulak kalau ada orang lain rapat dengan bff kita, tapi cepat-cepat positifkan mindset.
Siapa-siapa yang kita sayang kat dunia ni bukan milik kita, dia pun ada hak berkawan dengan orang lain macam diri sendiri
pun ramai kawan kan? Lagi-lagi kalau bff kita tu orang yang memang berpengaruh dan memang mostly orang boleh ngam (masuk) dengan dia. Takpe, jeles kena ada tapi diam-diam je lah , jeles tu tanda sayang. Hehe.

Pendek kata kat sini, sebenarnya ada bff dan situasi macam ni buat aku rasa syukur.
Ada masa tu aku rasa syukur sangat walaupun dapat gather satu family full chorum (sebab aku belajar kat luar negara, kakak aku
kerja jauh dari family, adik aku pun masih study) gather bila semua dapat cuti keluar makan sama-sama.
Ada masa tu aku rasa syukur sebab dapat peluang bermanja dengan bff dan dapat belaian kasih sayang yang
family tak bagi. Dan sebagai penghargaan, aku sayang bff aku dah macam kakak kandung aku, macam family sendiri.
Dan akhir sekali aku rasa macam aku just harap adanya family dan bff ni buat aku lebih dekat dengan Allah.

Orang kata kalau kita sayang kat Allah lebih, yang lain pun akan sayang kat kita.
Ni je aku pegang sekarang ni. Tak kisahlah tak dapat belaian dari mak ayah, family .. asal ada bff yang Allah bagi pinjam
aku dah syukur sangat. Semoga bff tu takkan tinggalkan aku dan tak jemu layan dan bagi belaian dan perhatian kat aku.
Masih tertanya, ada ke orang lain macam aku?

Terima kasih sudi membaca.

– Khaulah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit