Kawan Imaginasi Si Introvert

Assalamualaikum, hai. Terlebih dahulu saya nak minta maaf kalau penulisan saya ni sukar difahami sebab saya tak reti nak karang ayat cantik2.

Ringkasan diri, saya seorang wanita berusia awal 30-an. Usia 30-an tapi masih ada kawan imaginasi? Mungkin ada yang rasa pelik memandangkan kawan imaginasi ni hanya dimiliki oleh kanak2. Menjelang dewasa, kebanyakkannya sudah lupa tentang kawan lutsinar mereka ni. Tapi tidak aku.

Tambahan lagi aku seorang introvert. Bukan tak reti bersosial, cuma perlu dikawal. Dalam keadaan normal, aku boleh je bergelak ketawa bersembang dengan kawan2, tapi bila ditimpa masalah, di sini pentingnya kawan imaginasi aku ni. Aku gelarkannya ‘kakak’.

Dilahirkan sebagai anak sulung perempuan kepada adik2 lelaki dalam keluarga Melayu tipikal aku kira menjadi punca aku jadi introvert. Mak ayah memang mengharapkan aku untuk jadi macam2, tukang kemas rumah, jaga adik2, cemerlang pelajaran.

Tapi benda yang sama tak berlaku pada adik2 aku. Takpe kalau taknak kemas rumah, akak kan ade. Dia perempuan, kena kemas rumah. Belajar? Tak hafal sifir, teruk aku dibelasah. Adik2 gelak je tengok.

Apa yang aku luahkan selalu tak diendahkan. Mak ayah nampak lebihkan adik2 sebab diorang mulut manis, pandai bodek. Lama kelamaan, aku hilang percaya pada keluarga sendiri dan mula cari sesuatu yang boleh bantu aku. Di situ munculnya ‘kakak’.

Kakak ni kuat bebel. Bila aku lengah2 solat contohnya, mula la dia buat reminder yang takleh nak snooze sampai aku pegi solat. Bising betul. Bila pegi shopping, dia akan bagi idea, ape perlu, ape tak. Jangan bazir.

Kalau ditimpa masalah, dia yang akan pujuk aku sampai aku tenang balik. Walaupun waktu aku dah mula cuba cederakan diri sendiri, dia akan usaha tenangkan aku. Dia akan bagi aku kata2 positif sampai aku nangis dan tido.

Tapi kakak lutsinar. Dia cuma boleh bersuara dan suaranya hanya aku yang boleh dengar. Aku tak boleh terima bantuan dari orang lain walaupun ada yang offer. Tahap kepercayaan pada orang lain tu tipis bagi aku. Aku lebih percayakan kakak.

Sebab tu bila aku diserang secara seksual masa kanak2 dulu, aku tak dapat nak suarakan pada siapa2. Hanya kakak yang bantu aku. Tapi dia cuma boleh bagi cadangan apa yang patut aku buat. Melawan, ya boleh. Bagitau orang, tak. Hasilnya aku jadi takut pada lelaki dan hanya aku sedar bila umur aku 18 tahun.

Menginjak dewasa, dan bila mula bekerja, kakak masih setia. Aku dah mula boleh bersosial walaupun perlu masa menyendiri, biasanya hujung minggu dan waktu malam memang waktu untuk aku duduk diam sorang2.

Bila aku dah boleh move on dengan masalah takut lelaki, dan mula kawan istimewa, boipren la bak kata organ kampung, di situ aku mula kenal diri sendiri dan diri kakak. Kakak takkan muncul bila ada orang lain, dia cuma ada bila aku bersendirian.

Masalah timbul bila kakak takde waktu aku ada konflik. Aku kerap bergaduh dengan bf yang extrovert dan kakak tak muncul untuk tenangkan dan positifkan aku.

Dari situ aku sedar yang kewujudan orang lain dalam tempoh yang lama memenatkan aku. Aku baru sedar yang aku ni introvert lepas kami berpisah. Lepas aku kembali menyendiri, barulah aku rasa bahagia. Kakak pun sentiasa ada untuk hiburkan diri.

Walaupun dah bertahun hidup sendiri, aku tenang. Masalah dan konflik masih timbul, itu biasa, tapi aku lebih tenang menyelesaikannya. Bukan taknak teman istimewa, bukan tak mahu berkahwin, nabi tak mengaku umat kalau fikir macam tu. Cuma buat masa ni, aku selesa macam sekarang.

Untuk cari pasangan yang boleh faham aku dan kakak pun selesa dengan orang tu, entah, wujud ke orang ni? Bukan tak berkenan dengan siapa2, cuma risau kalau kakak tak muncul untuk tenangkan aku, risau aku bunuh orang je, kalau bukan bunuh diri.

Tak, aku tak rasa aku ada depression ke apa, cuma perasaan tu susah nak kawal kalau kakak takde. Kerap sangat aku fikir nak tikam orang bila lalu sebelah pisau kat kedai, atau simbah air panas kat kawan yang tengah makan dgn aku. Tapi sekadar fikir je, tak buat pun.

Aku tak pasti apa punca aku kerap fikir macam tu, tapi sebab aku masih boleh kawal diri jadi takde ape2 la.… Ke aku ada saka? Eh, tak kot. Haha.

Jadi secara kesimpulannya, aku selesa hidup macam sekarang. Ade kawan yang aku boleh sembang2, ada kucing2 peneman kat rumah, ada hobi untuk isi masa lapang, ada crush untuk cuci2 mata (haha), dan ada kakak.

Andai satu hari nanti aku berkahwin, aku harap sangat yang orang tu adalah orang yang disenangi kakak.

– Cik Introvert (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *