Kawan Toksik

Salam sejahtera semua pembaca iium confession. Aku nak luahkan sedikit isi hati aku berkenaan perihal kawan toksik yang terpaksa aku hadapi semasa belajar di universiti.

Mungkin kalian ramai yang bernasib baik dapat berjumpa dengan golongan yang tahu menghargai sahabat. Tapi tidak untuk aku, aku kene hadap dengan manusia toksik ni selama hampir tiga tahun sehingga aku habis belajar.

Semester kedua aku mula duduk di rumah sewa bersama lima orang rakan yang lain. Kenalkan mereka sebagai yana,mira, teha, ira dan ayu. Kami sekelas dan menjadi rakan serumah jugak.

Pada permulaan duduk di rumah sewa tersebut semuanya baik2 sahaja. Sehinggalah kawan2 serumah aku ni tunjuk belang masing2. Di pendekkan cerita aku jadi mangsa body shaming dalam rumah sewa tersebut.

Kulit aku agak gelap dan aku bertubuh gempal. Manakala kawan2 serumah yang lain berkulit cerah dan langsing. Aku dipulaukan semata mata sebab penampilan aku yang tak seberapa. Dalam masa yang sama mereka cuma jadikan aku sebagai tempat untuk mereka meminta pertolongan sahaja.

Perbuatan mereka yang memulaukan aku di atas kekurangan fizikal aku terbongkar selepas aku terjumpa akaun twitter Teha. Teha telah share post berkenaan golongan orang gemuk dan menulis caption yang berbunyi, ‘aku memang alergik dengan orang gemuk ni, sakit mata pandang, housemate aku pun gemuk jugak’. Aku terkejut sebab Teha ni bila depan aku memang baik sangat.

Kes kedua bila si yana ni kutuk girlfriend ex dia sebab perempuan tuh gemuk. Dia cakap depan muka aku yang perempuan tuh gemuk dan tak layak dapat ex dia. Semua orang dalam rumah tuh mengiyakan kata2 yana , berterusan kutuk perempuan tuh sebab gemuk tanpa pikirkan perasaan aku. Lepas tuh aku macam terkedu sebab aku pikir habis tuh perempuan yang tak ada rupa memang tak layak dicintai ke ?

Lepas tuh sikit demi sedikit aku mula dipulaukan. Paling ketara bila ade makanan hilang,mereka akan tuduh aku yang ambil. Padahal makanan aku sendiri pun aku share2 dengan rakan serumah. Tak berkira langsung.

Lagi teruk barang2 aku pun mereka guna tanpa izin aku. Kalau aku guna barang mereka tanpa izin bukan main lagi aku kene tuduh , kene pulau. Yes aku kene double standard sebab kekurangan rupa paras aku.

Tahun pertama aku duduk serumah dengan mereka, setiap birhtday mereka aku akan wish dan bagj hadiah tanda aku sayang sahabat aku. Tapi bila hari jadi aku , jadi krik2 lagi sedih bila semua orang tak ingat pun birthday aku bila. Tak ada yang wish pun. Aku bukan nak mengungkit tapi siapa jek tak sedih kan bila kene pinggir sampai macam tuh sekali . Macam tak wujud jek dalam rumah sewa tuh.

Senang cakap housemate aku mula pinggirkan aku. Kalau nak keluar ramai2 pun aku orang terakhir yang mereka tanya naik ikut ke tak. Masing2 macam mengelak kalau nak jalan berdua dengan aku mungkin sebab malu aku gemuk. Bab bergambar pun sama. Aku cuma jadi tukang tangkap gambar. Jarang lah ade yang nak bergambar berdua dengan aku. Yerlah, aku tak ada rupa. Kawan2 yang lain bergaya hispter.

Mungkin ade yang persoalkan kenapa aku tak pindah rumah sewa. Biar aku jelaskan kitaorang punya kampus memang kecik jek. So kawasan rumah yang pelajar boleh sewa pun terhad. Cuma ada rumah kedai dan apartment. Kami sebagai perempuan memang tak berani nak sewa di rumah kedai sebab area di situ ramai sangat foreigners dan kejadian pecah rumah kerap berlaku.

So tak ada pilihan kami sewa di apartment. Dan part aku paling terkilan ialah aku yang penat2 deal dengan owner rumah untuk sewa di apartment tersebut. Tapi akhirnya aku dipulaukan housemate sendiri . Mereka langsung tak berterima kasih atas usaha aku untuk dapatkan rumah sewa.

Bila kene layan teruk. Aku jadi heartless sangat2. Aku cepat rase rendah diri. Mindset aku ialah yang kita kene jadi cantik baru orang akan layan kita baik. Lepas habis belajar aku mula depresi lebih2 lagi berkenaan paras rupa.

Aku asyik pikir yang aku kene ade rupa paras yang menarik dulu baru senang dapat kerja. Aku rase rendah diri untuk pergi interview. Aku selalu pikir orang sekeliling aku akan judge apperance aku macam mana housemate aku pandang rendah dekat penampilan aku masa zaman belajar dulu.

Sampai satu tahap aku mula pikir aku kene sayang diri aku.aku kene berubah. Sampai bila nak biar diri kene tindas ? Aku perlahan2 cuba cari kekuatan diri sendiri. Di sebabkan aku rase kurang yakin untuk ceburi bidang profesional menggunakan degree aku atas faktor rupa paras aku. Aku cuma bekerja sebagai promoter di sebuah pasaraya lepas habis belajar. Aku langsung tak ada rase semangat nak mohon kerja guna degree aku.

Sebab apa ? Aku fikir aku tak layak untuk kerja yang profesional atas sebab rupa aku. Mungkin ade yang kata aku lembik terlalu fikir pasal mulut orang. Ntah lah , aku tak boleh nak explain macam mana rase rendah diri bila kene layan buruk sebab paras rupa ni. Rase terhina sangat. Sebab banyak lagi yang housemate buat dekat aku tapi aku malas nak ingat.

Masa aku kerja promoter aku jumpa kawan2 yang sangat baik. Terima aku seadanya. Tak pernah sikit pun pinggirkan aku. Walaupun taraf pendidikan mereka rendah, personaliti mereka sangat baik. Aku pun selesa berkawan dengan mereka. Hari2 aku yang muram dulu mula jadi indah dengan gelak ketawa bila dah kenal dengan kawan2 baru ni.Aku mula yakin untuk bersosial dengan rakan lain. Mula percaya dengan diri sendiri.

Selepas itu aku join group coaching kurus secara online. Aku mula amalkan eat clean. Bersenam paling kurang 3 kali seminggu. Aku mula belajar senaman tabata dan HIIT melalui youtube. Terseksa jugak pada permulaan sebab senaman ni memang buatkan aku berpeluh banyak.

Tapi berkat sabar dan displin dalam masa 10 bulan aku berjaya kurangkan 20kg. Kulit pun mula jadi putih bersih sebab aku banyak makan buah dan sayur. Aku minum air putih 3 litre sehari. Memang teruja dengan penampilan diri yang baru.

Lepas keyakinan aku makin bertambah. Aku mula mohon kerja yang lain guna sijil degree aku. Disebabkan aku ada pengalaman dalam bahagian retails sejak lepas spm dan masa cuti sem memang aku kerja bahagian retails, aku diterima kerja sebagai jawatan pembantu pengurus di sebuah pasaraya . Dengan ekonomi yang semakin stabil dan hidup lebih sihat aku mula rase positif dalam hidup aku.

Ade jugak housemate dulu chat aku minta maaf sebab hina aku gemuk. Ira, housemate aku minta maaf hina aku gemuk sebab dia kata sekarang badan dia pun naik mendadak jadi gemuk lepas bersalin. Bila ade orang hina badan dia baru dia faham perasaan aku dulu.

Mira pulak minta maaf dengan aku sebab dulu waktu serumah dia suka fitnah aku macam2 dan pulaukan aku cuma sebab aku gemuk. Sampai sekarang dia tak ada kerja tetap dan hidup susah. Aku tak cakap itu balasan untuk mereka. Tapi yang pasti nya , apa kita buat dekat orang memang akan kene dekat diri balik.

Aku maafkan mereka tapi tak nak terlalu rapat dengan mereka. Aku fokus dekat diri aku. Aku lebih hargai orang sekeliling aku yang layan aku baik. Oh ya aku bakal bertunang dengan seorang lelaki yang menerima aku seadanya ketika aku dipulaukau sebab gemuk. Aku perkenalkan dia sebagai shah.

Shah tak pernah paksa aku untuk kurus. Dia tak pernah malu untuk kenalkan aku kepada keluarga dan rakan2 nya. Tapi bila aku mula diet dia tak henti2 berikan semangat supaya aku tak putus asa dalam misi kuruskan badan. Die selalu pesan jangan diet yang ekstrim dan selalu cakap tetap sayang aku walau dalam apa jua keadaan fizikal aku. Aku bersyukur masih ade lagi insan yang terima aku seadanya.

Pesanan aku , jangan lah buat main body shaming ni. Aku salah satu mangsa body shaming dan aku memang hadapi depresi akibat body shaming nih. Untuk mangsa body shaming pulak. Jangan putus asa, bagi masa pada diri untuk berubah. Jangan paksa diri. Dekatkan diri kita dengan orang sekeliling yang positif yang tak pandang rendah rupa paras kita. Bina keyakinan diri kita perlahan lahan.

Sejak aku kerja di bahagian retails. Aku dah jatuh cinta dengan dunia perniagaan. Aku pasang cita2 untuk berniaga sendiri satu hari nanti. Aku tengah kumpul modal untuk berniaga. Dapat sewa dekat kiosk di pasaraya pun jadi lah. Sebab sekarang aku cuma mampu berniaga online secara part time.

Terima kasih kalian sudi baca luahan aku. Doakan aku berjaya dalam perniagaan aku ya nanti. Aamiin.

– Sarah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *