Kawan Yang Mahukan Perhatian

Aku ni kerja sebagai Orang Sales. Jadi kerja aku tak ada gaji tapi bila buat sale baru ada komisen. Kalau tak de, kais pagi makan pagi. Untuk beberapa bulan ni aku agak struggle la sebab by team aku je kene buat sales 1.5mil. Tambah aku ni tak pengalaman dan pengetahuan dengan kerja aku sekarang. Sebelum ni makan gaji je. Tapi kerja sekarang boleh jadi stabilkan kewangan berbanding dengan kerja makan gaji aku yang dulu kalau aku buat betul-betul dan fokus. InsyaaAllah..

Agency ni aku sekarang melayu. Company melayu. Team melayu. So dulu agency cina. Sebelum masuk agency melayu ni aku kenal dengan sorang budak ni (Y)..Y ni aku masa mula kenal as team memang semua ok. Biasa la permulaan perkenalan semua indah. Bila aku masuk agency baru, dia berhenti sebab dia kata nak fokus pada uber dia. Dalam rekod dia ni part time je untuk buat sales. Full time dia bawak uber. Lepas tu kitowg dah tak contack la. Then dia ada buat group utk team kitowg pun aku dah left sebab aku rasa tak ada ‘fungsi’ pun bila dia sorang je post luahan hati dia.. Fb dia pun dah unfollow sebab tak ada kepentingan pun nak follow dia. Ingatkan kisah dia stop kat situ. Tapi disini la kisah game dia bermula..

Awal tahun tiba-tiba Y ni muncul. Dia whatsap aku tanya khabar. Dia tanya team ok ke tak, aku ok ke?.. Aku ni jenis tak kisah. Dan mudah dipengaruhi orang lain. Itu kelemahan aku. Lepas tu dia cakap nak berjumpa dengan aku sebab dia nak bagi projek kat aku. Katanya boleh buat duit tepi. Aku pun ok jelah walaupun Y ni pernah bagi pengalaman buruk bila dia bg client yang ntah pape kat aku sebelum quit and aku kenal Y ni siapa..tak de nak cakap aku ni baik, tapi kalau boleh elakkan aku elak. Tapi entah la. Jenis aku tak serik kot.

Aku cakap boleh jumpa sebab dia nak kenalkan aku dengan leader dia, orang kata Y ni sebagai admin jadi dia nak me’recruit’ orang. Tapi tunggu aku balik ipoh dulu. Sebab masa tu aku ada kerja kat kl. Lepas dah jumpa n meeting, masukkan aku dalam group tu lepas tu entah macam mana kami jadi rapat. Keluar bersama atas urusan kerja. Sebab aku rasa alang-alang dah buat dalam ‘satu line’, ape salahnya aku buat duit tepi. (maksudnya aku kerja luar tapi bukan under agency aku).. Dah dalam satu bidang tu agak mudah bagi aku untuk fahamkan semuanya.

Adalah dalam dua tiga kali aku jumpa dia untuk kerja dalam under bawah dia. Masa kami keluar tu, banyak yang saya rasa tak kena dengan Y ni. Slow-slow saya dah nampak keburukkan dia dari kebaikan. Cara dia mengajar dalam bab marketing, advertising sangat berbeza dengan apa yang aku belajar sebelum ni. Kebetulan aku baru balik dari kelas Dr. Azizan. Dia kata dia tahu bab sales ni sebab dari kecil dia dah jaga kedai. Mesti la tak sama dengan Dr. azizan dan kurang setuju dengan cara dia.. Siap dia kata, ilmu Dr. Azizan tak best.. (What??)..Dia cakap buang masa aku pergi 3 hari.. Dia tak pernah pergi tapi dah jatuh hukum macam-macam. Tak tahu la dia ni cemburu ke tak sebab tak dapat pergi.

Pernah satu kali ni, kami jumpa atas sebab kerja, lepas breakfast dia cakap dia cabar aku untuk edarkan bisnes kad untuk dapatkan pengalaman aku untuk buat sale. Bisnes aku ni lebih kepada servise bukan kepada produk macam jual coway, coockoo, MK ke atau ape. Bila aku cuba buat, perkenalkan orang dengan servise aku, ternyata gagal sebab orang yang aku target tu lebih banyak tahu isu yang ada dikeliling dari aku. Aku dibasuh cukup-cukup depan orang ramai bila dapat soalan maut yang saya sendiri tak dapat nak jawab.

Ok aku nampak banyak kelemahan aku kat situ sebenarnya dan pengalaman itu buat aku belajar banyak benda walaupun aku rasa tak sesuai untuk aku praktikkan.. (Situasi tu cukup malu). Masuk dalam kereta dia,.Y sambung tambah api-apikan aku then mula cakap itu ini, ape yang tak betul mengenai ape yang aku buat tadi. Masa tu memang ada rasa terkilan kat situ. Tapi its ok aku diamkan jugak.

Dalam satu hari habis semua keburukkan aku di mata dia dihambur. Sampaikan style aku yang hanya berseluar slack tu dipertikaikan macam orang skema. Bila dikenangkan kembali cara dia cakap tu, agak pedih aku terima. Sebabnya..

1. Aku belum buat sale lagi, jadi belum ada duit nak beli shopping baju baru, even dah setahun baju aku tak berganti. Dengan bil-bil rumah pun sangkut tiap-tiap bulan, dengan roadtax motor pun tak terlunas lagi. Duit belanja sehari-hari aku pun aku terpaksa korek dari tabung, ni kan nak shopping baju.

2. Kerja aku selalu masuk pejabat-pejabat kerajaan, hospital, suk, pejabat lawyer. Jadi imej kena jaga sebab aku bukan bawak imej aku je tapi aku bawak nama n reputasi agency aku. Tak kan aku nak pakai seluar jeans ketat, pakai baju singkat nampak bontot tapi bertudung. Dia cuba bandingkan aku dengan golongan profesional yang pernah dia jumpa dan kenal yang satu bidang dengan aku. Kalau dia boleh bergaya, pakaian outstanding kenapa aku tak boleh?..Isu tu aku jadi memberontak sampai ke hari ni sebab aku jenis tak pandai nak bidas orang depan-depan bila ada situasi macam tu tapi bila situasi dah lepas, baru aku rasa kenapa aku tak boleh nak pertahankan diri aku ni. Memang dah kne banyak kali.

3. As orang sales, pengurusan kewangan, duit, sale semuanya penting kalau nak dibandingkan dengan kemahuan. Memang la untuk kita hidup mesti ada keseimbangan,.baju, style aku, imej semua boleh dirunding asal aku selesa dengan gaya aku. Asal baju aku berbasuh tiap-tiap hari wangi, bersih, kemas di gosok tiap hari itu aku dah rasa ok bagi aku.

Lepas dia dah tarik aku masuk bawah dia, segala kerja yang sepatutnya bukan aku yang buat dia dah pandai arah-arah aku buat macam aku ni PA dia. Lama-lama aku rasa diri aku dipijak-pijak dan dia ambil kesempatan. Dia ni kenal dengan team aku. Tiap kali nak jumpe mesti dia suruh aku bawak team aku. Dengan harapan dia nak team aku masuk bawah dia. Dia suruh aku whatsap kat whatsap group bagitahu Y ni nak jumpa team untuk dia briefing pasal projek yang dia nak bagi kat team aku. Aku bab nak ws team aku bila hal mengarut-ngarut ni macam slowmo sikit la.

Last-last tak de sesiapa pun yang berminat kecuali aku sorang. Bila tak ada yang berminat, mula la aku dijadikan tempat amarah dia. Tapi dia masih ada ajak jugak la one of kawan aku yang lain agency untuk masuk bawah dia. Hanya ajak jumpa. Tapi lama-lama aku rasa bersalah dan malu berkawan Y sebenarnya. Yelah kau sale pun tak de, tapi ada hati nak me’recruit’ orang. Lain la kalau berjaya close jutaria. Jadi kalau sale tak ada macam mana nak bagi kepercayaan kat orang. Betul?

Bila kes jadi macam tu, aku masuk dalam downline Y ni, team aku dapat hidu. Jadi masih ada pertikaian kat situ. (Sampai hari ni aku masih cari kekuatan untuk aku bangun balik untuk kembali berkhidmat di agency aku)..

Setiap kali aku up status kat ws, peringatan, kata-kata semangat adalah sekali dua dia directly ws aku, Y cakap “melayu tak creative”.. Memang aku ada kala suka ekspresikan mood aku. Biasa aku suka update ape je aku buat kat ws status berbanding kat fb. Aku rasa semua orang buat benda yang sama. Bukan aku sorang. Lagipun aku rasa tak salah sebab no yang dia save tu, itu no personal aku. Bukan no utk kerja. Aku pakai dua no pun.. Dia kata kerja aku tak sepatutnya campur aduk dengan hal peribadi. Semua benda nak share. (Lepas dari tu aku removed profile pic aku, dan tak langsung up status aku)..

Memang la betul Y cakap. Tapi kalau ikutkan up status dia pun sama jugak. Bila dia marah kat aku dia up status yg dia tak puas hati dengan aku. Dia tak boleh terima bila aku buat kerja lambat la. Dalam fb pun sama. At lease aku ada tapis jugak dalam fb. Even dia tak tujukan siapa tapi tak ada beza aku dengan dia. Profile pic aku more tu santai je, kalau nak dibandingkan dia lebih kepada ws bisnes, fb bisnes.. Tapi dia post pic scandle-scandle kat fb n status fb. Komen bersayang-sayang kat fb scandle dia. Kadang-kadang aku up status berunsurkan lawak pun dia terasa macam aku perli dia. Eh?

Lepas dari tu aku cuba elak jumpa dia. Dia pun ada marah aku. Sebab terkilan kat dia. Lepas tu, berkali jugak dia ws aku ajak jumpa tapi aku tolak. Dia ajak aku tengok wayang. Siap suruh aku payung dia.. Tapi aku diamkan jelah. Bila dapat ws dia aku sumpah seranah la dia. Dah kenapa aku nak kena belanja dia pulak. Tapi kat mulut jelah. Tak de nak layan ws dia. Then kerja dia up status kat ws kononnya dia tak puas hati kat aku. Bla bla bla.. Yada yada.. Bila dah unmute update dia, memang utk ‘see’ tak kan dia nampak aku ade tengok update dia hari tu. Try nak block. Tapi block ws je la..tapi nama dia masih ada dalam update status. Tak tahu kenapa..

Selalu dia ws aku tanya pasal kerja. Dia nak gambar yang kami pernah buat kerja dulu bersama, detail semua padahal dia boleh dapatkan kat google, kat fb, detail boleh tanya je kat group ws. Tapi nak jugak cari aku.. Entah la..

Kemuncak aku marah kat dia bila weekend tu dia ajak jumpa. Kali ni betul dia pengaruh aku untuk belanja dia sebab acc dia kena block. Ingatkan hati aku nak jumpa dia kejap je sebab katanya dia nak tanya pasal hal urusan kerja. Kebetulan aku nak keluar kejap je, sebab aku ada kerja dengan client aku. Dalam masa yang sama aku nak cari barang tapi dia boleh cakap tak pe kita cari dan buat sama-sama.

Masa jumpa client aku dia dah start merapu, bercakap pasal ekonomi, pasal politik. Jujur kalau ikutkan aku ni sangat bosan nak sembang bab ni. Apetah lagi bukan ada kena mengena dengan aku. Tapi si Y ni boleh sembang pasal ape pendapat my client pasal bab tu. Tak semua orang minat nak berbicara pasal bab ni. Dan tak semua orang boleh terbuka dengan pendapat masing-masing. Nasib baik masa aku nak jumpa client aku tu, dia tak ada. Jadi client aku suruh staff dia je handle aku. Kalau client aku jumpe si Y ni agak ape reaction dia bila dengar Y merepek tak kena tempat.? Reaction aku?..aku pandang staff client aku, dia pandang aku balik. Tapi gerak mata tu dia aku boleh baca dan agak. Lepas tu aku terus pandang phone aku konon malas nak dengar..

Masa dalam kereta banyak kali dia cerita pasal scandle dia, tunjuk la gambar-gambar scandle dia. Siapa orang sale ni mesti tahu pemikiran dorang ni macam mana. Aku bab scandle kau tu tak campur. Sebab dia explain pun bukan aku kenal pun. Dia tunjuk gambar, erm dah macam dia je angau dengan scandle-scandle dia. Tak de la aku nak pertikaikan tapi dia hidup dengan khayalan dia. Ntah orang yang dia sebut tu wujud ke tak aku pun tak tahu. Tak de pulak aku tengok kat fb orang like fb dia. Sorang je..Kesian..

Start tu aku dah nampak dia pscyo. Dari tengah hari sampai la malam aku keluar dengan dia, cakap omputeh. Ok dia nak aku belajar katanya. Tu tak de isu berat pun tapi bila dah start mengarut yang dia nak jadi Prime Minester yang pertama. Aku rasa dah tak de mood nak sembang dengan dia. Bila dah start cakap sorang-sorang, gelak sorang-sorang itu aku rasa dah tahap legend. Habis disebut scandle semua minat kat dia. Perempuan.. Lelaki.. Jujur aku cakap dia ni tak de rupa pun.

Kalau nak dibandingkan aku sebagai perempuan tulen. Kalau dia perempuan jadian. (bukan nak pertikaian ciptaan Tuhan.) Kalau lelaki nampak pun tak de rasa ape-ape apetah lagi perempuan.. Scandle dia masa zaman sekolah menengah, MGS, zaman MSU habis disebutnya. Tak tahu la orang yang disebut tu wujud lagi ke tak.. Aku tertanya jugak la dia ni cakap dengan sapa?. Tak de dia pakai hand free ke, bluethoot ke,.. Aku pun sound kat dia ” kau ni cakap dengan pendamping kau ke”?Bila dia nampak aku marah dia normal balik. Tapi bila aku start menyembang mula la dia buat perangai annoiying dia tu.

Bila aku dah letih nak dengar perangai giler dia tu, yelah dari petang ke malam ditambah lagi masa aku kerja time tu, parent aku mintak tolong kat aku so aku kena balik cepat dari sepatutnya. Tapi dia boleh melengah-lengahkan waktu aku sebab tak habis-habis merapu dalam kereta. Bayangkan dia tahu jalan kawasan rumah aku, tapi sengaja ikut jalan jauh. Bila aku suruh aku cepat, dia kata dia bukan robot meroyan tahap dewa tengking aku balik. Aku kata “ni terakhir untuk aku jumpe.” bila dah marah naik angin masa tu, kesabaran aku dah tak boleh controll lagi aku pun sound kat dia. Dia boleh marah balik kat aku katanya aku tak boleh bersabar ke.

Bayangkan masa tu, rumah parent aku tak sampai 3kmj tapi dia bawak aku rasa 40kmj.. Kereta belakang dah hon sambil memotong.. Aku rasa ringan je tangan aku nak sepak muka dia bagi tersedar dengan khayalan dia. Tapi anak orang kan bukan anak aku.. Katanya dia racer tapi kenapa tak boleh speed 180kmj?..masa tu aku nak terasa nak kejar masa, dengan keadaan aku penat. Otak aku fikir nak balik rest kat rumah. Y pulak.. Ermm buat perangai..

Serious masa tu aku rasa maruah aku tercabar, bila aku marah tak de mood dia buat-buat sakit pinggang, suruh aku letak ubat fresh care kat badan dia sambil drive. Masa dinner kat old town, dia boleh muntah depan aku, katanya makanan tu tak bersih la ape la. Rasanya dia sendiri pernah cakap yang tak baik nak hina makanan.. Tapi kalau makan kat mamak tak de nak rasa muntah pun. Kalau ikutkan makanan kat mamak tu lagi diragui kebersihannya dari Old town. Apa je dia buat untuk rasa bersalah dia cuba untuk try hard tutup kelemahan tapi cuba buat untuk tarik perhatian aku. Mungkin nak simpati konon aku rasa kesian kat dia.

Kalau nak dibandingkan kehidupan aku jauh lagi susah berbanding dia. Tak perlu nak cakap struggle dalam hidup aku macam mana. Sepatutnya aku lebih dia kesian kan. Lagipun dia bukan sesiapa dalam hidup aku. Cuma atas dasar kawan je. Balik rumah apa yang aku buat untuk elak jumpa atau contack aku balik, unfrend fb n page dia. Block dan padam no hp dia.. Simple..

Pengajaran kisah kat sini. Aku tak salahkan bila dia buat benda yang aku tak suka, dengan attitude yang nak kan perhatian macam tu. Bukan la aku nak cakap aku seorang yang baik, tapi kalau aku teruskan untuk berkawan rapat dengan dia aku rasa itu pilihan yang kurang tepat. Perkenalan dengan Y, datang dengan neutrally. Untuk rasa bertanggung jawab dalam hidup aku berhak memilih 5 kawan yang boleh bagi positif vibe dalam hidup. Semuanya bila aku bertemu dengan orang yang kurang tepat, aku anggap banyak nya dosa aku padaNya. Aku bersangka baik je dengan Allah. Sebab kawan tu mencerminkan diri kita siapa sebenarnya.Dan kita berhak memilih siapa yang patut dan tak kita kawan.

“Bergaullah dengan orang-orang yang baik, niscaya engkau akan menjadi seorang yang selamat”
“(Namun) cubalah sehari saja engkau bergaul dengan orang-orang yang jelek, maka niscaya engkau akan menyesal (selamanya).”

Lepas dari pengalaman kenal dengan Y, aku cuba terapkan dalam diri untuk berhati-hati dalam hidup dari segi berkawan, pergaulan, percakapan, saya belajar dari kesilapan. Memang la nak bangun dari kesilapan tu hanya kita je tahu betapa struggle.Tapi stay fokus, komitment dengan apa yang kita plan. Anggap jelah ni semua proses untuk berjaya dalam hidup. Ramai orang boleh datang dan pergi, jadi belajar memaafkan dia atas apa yang dia buat. Harapan aku tak membenci dia dalam diam. Sebabnya membenci tu satu perasaan boleh membunuh segalanya-galanya.. Cukup-cukup la rasa benci tu..

Untuk Y, aku tak tahu la dia boleh baca confess ni ke tak. Harapan aku dia sucsses apa je yang dia buat. Bila kau tertanya-tanya kenapa aku tak dapat contack, unfriend kau ke ape kau tahu jawapan aku sekarang. Tak perlu nak pertikaiankan keputusan aku dan apa aku buat.

Untuk yang dah baca confess aku terima kasih. Dan aku nak mintak maaf kalau confess aku ni ada menyinggung banyak pihak. Tak ada niat pun cuma nak berkongsi cerita untuk menjadi teladan agar berhati-hati dalam berkawan. Aku bukan pandai nak menulis, biasa la dah lama sangat aku ‘gap’ lepas sekolah.. Dan maaf la confession aku agak panjang lama nak habis..

Sebarang komen ke, pengalaman, nasihat kita boleh kongsi. Mungkin korang ada benda atau nak di kongsi, boleh balas di bawah.. Ok adios..

– Black Rose

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *