Kebenaran Tentang Otak ADHD

Salam sejahtera semua. Saya ingin memperbetulkan salah faham tentang ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) yang masih berleluasa dan menebal dalam kalangan masyarakat. Para ibu bapa, guru, terapis dan doktor “pakar” TIDAK BOLEH menilai kanak-kanak yang dikatakan mempunyai ADHD secara luaran sahaja.

Selagi anda tidak memahami KONSEP dan REALITI kelainan neurobiologi otak-otak manusia, maka selagi itulah akan terus berlaku salah faham, salah diagnosis dan salah tanggapan tentang ADHD. Saya ingin menegaskan bahawa ADHD ialah masalah berkaitan Fungsi-Fungsi Eksekutif otak. Kelambakan pemberian diagnosis ADHD yang TIDAK TEPAT (misdiagnosis) dan TIDAK BERTANGGUNGJAWAB (overdiagnosis) kepada ramai kanak-kanak telah melahirkan stigma-stigma yang TIDAK BETUL terhadap golongan yang mempunyai Otak ADHD sepanjang hayat.

Jadi, sila ambil perhatian tentang beberapa perkara ini:

1. Tingkah laku hiperaktif (walaupun sangat sangat hiperaktif) tidak bermakna seseorang kanak-kanak itu mempunyai Otak ADHD. Hiperaktiviti boleh disebabkan anxiety, hyperthyroid, masalah sensori dan masalah dalam telinga. Hiperaktiviti bagi kanak-kanak yang berOtak ADHD adalah SEMULAJADI. Mereka mempunyai tenaga yang banyak dan tidak mudah penat. Selain itu, (sistem neuro) Otak ADHD sangat sensitif dengan persekitaran sekeliling hingga mencetus minat dan imaginasi tertentu. Kanak-kanak yang berOtak ADHD belajar tentang sesuatu dengan merasai/melakukan sendiri secara langsung, berbanding dengan mendengar atau melihat sahaja. Bahan-bahan visual seperti video, info bergambar dan carta jadual sangat membantu Otak ADHD dalam berfikir dan mengingati sesuatu. Ini bermakna Otak ADHD berfungsi dengan lebih efektif apabila berada dalam persekitaran yang DINAMIK dan PRAKTIKAL.

2. Tidak dinafikan terdapat kanak-kanak berOtak ADHD yang mempunyai kelemahan intelektual, masalah sensori, masalah pembelajaran spesifik dan lain-lain disorder. Tetapi Otak ADHD adalah Otak ADHD. Doktor dan terapis perlu betul-betul memahami PERBEZAAN antara Otak ADHD dengan masalah-masalah tersebut. Barulah anda dapat membuat penilaian yang TEPAT dan MENYELURUH. Sebagai contoh, OTAK ADHD TIADA KAITAN DENGAN IQ/KEPINTARAN. Oleh itu, jika seseorang kanak-kanak ADHD mempunyai Kelemahan Intelektual (ID), maka pakar profesional perlu MENYATAKAN diagnosis tersebut dengan JELAS. Ahli profesional juga #wajib memahami PERBEZAAN NEUROBIOLOGI antara Otak ADHD dan Otak Autisme.

(Sistem neuro) Otak Autisme mempunyai masalah pemprosesan sensori (Sensory Processing Disorder – SPD) yang menyebabkan hiperaktiviti, impulsiviti, meltdown dan perbuatan stimming dalam kalangan kanak-kanak autisme. Kanak-kanak ADHD sejati TIADA meltdown dan perbuatan stimming. Meltdown dan tantrum TIDAK SAMA. Kanak-kanak autisme yang hiperaktif sepatutnya diberi diagnosis SPD, bukannya ADHD! Ahli professional sepatutnya sedia maklum mengapa terma Autism SPECTRUM Disorder (ASD) wujud! Punca hiperaktiviti bagi kanak-kanak berOtak Autisme TIDAK SAMA dengan kanak-kanak berOtak ADHD. Saya sekeras-sekerasnya membantah pemberian diagnosis ADHD secara PUKUL RATA kepada mana-mana kanak-kanak berdasarkan tingkah laku hiperaktif semata-mata. Mereka mungkin mempunyai masalah sensori sahaja, TIDAK PERLU label ADHD.

3. Selain tingkah laku hiperaktif, saya ingin memperbetulkan kekeliruan tentang masalah eye contact. Eye contact bermaksud seseorang itu tiada masalah memandang mata orang lain dan dia tiada masalah apabila orang lain memandang matanya. Secara semulajadi, individu autisme mempunyai masalah eye contact dan individu ADHD sejati TIADA masalah eye contact. Kanak-kanak ADHD sejati mungkin kelihatan ada masalah eye contact tetapi sebenarnya TIDAK. Mereka cuma mudah hilang minat/tumpuan. Berbeza dengan kanak-kanak autisme, mereka cepat rasa tidak selesa apabila berpandangan mata, kecuali dengan orang-orang yang mereka kenali atau selesa. Walaupun eye contact ‘okay’, individu autisme akan kepenatan emosi semasa/selepas berada dalam situasi sosial yang memerlukan eye contact.

4. ADHD ialah SPECTRUM disorder sama seperti autisme. Spectrum disorder bermaksud KEPELBAGAIAN ciri dan tanda-tanda bagi sesuatu disorder. Ciri dan tanda-tanda ADHD bagi setiap ADHDer tidak sama mengikut kelemahan dan keterukan (severity) setiap fungsi eksekutif Otak ADHD. Antara kelemahan fungsi-fungsi eksekutif tersebut ialah dari segi kecekapan memori kerja, kecepatan memproses maklumat, pengurusan tugasan, pengurusan tumpuan, pengawalan emosi, pengekalan motivasi diri dan pengawasan tindakan-tindakan diri. Kelemahan-kelemahan itulah yang menyumbang kepada tingkah laku hiperaktif, masalah tumpuan, perbuatan impulsif dan perubahan emosi dalam kalangan kanak-kanak dan individu ADHD sejati.

Simptom-simptom ADHD juga boleh BERUBAH mengikut jantina, peringkat umur, personaliti, kesedaran diri dan lain-lain faktor. Sekiranya ahli profesional dan masyarakat dapat memahami keunikan neurobiologi Otak ADHD, maka anda akan lebih mudah untuk memahami #konsep ADHD Dewasa, ADHD Perempuan dan ADHD Jenis Inattentif (juga dikenali sebagai ADD; tidak hiperaktif).

– ADHD/ADD Malaysia

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *