Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab meluluskan luahan hati aku untuk bacaan semua.
Sejak awal tahun ini, aku dapat merasakan sedikit kelainan dalam diri aku. Aku mudah marah. Aku tak suka bercakap dengan kata lain aku suka mendiamkan diri.
Kadang2 pertanyaan ibuku pun aku biarkan belalu begitu sahaja. Di pejabat, aku sangat merasa serabut. Aku merasakan terlalu banyak pekerjaan yang perlu dilakukan. Tapi, aku tak tahu mahu mulai dari mana.
8 jam bekerja aku habiskan 7 jam untuk duduk di meja dan merenung kerja2 yang menimbun di atas meja. Kadang2 aku ke sana ke sini melilau di sekitar dalam pejabat.
Acah2 take five. Tapi akhirnya, aku akhiri dengan pulang ke rumah. perasaan lesu dan terlalu penat seakan bekerja kuat sepanjang hari. Jujur, aku hilang tumpuan dan ketajaman minda.
Aku selalu terlupa. Selalu sangat aku terlupa apa yang aku buat sebentar tadi seperti dimana dokumen, dimana kunci bilik pejabat yang aku letakkan. Kadang2 aku pun tak sedar bila aku berdiri.
Sedangkan aku rasa aku tengah duduk, tadi. Semua pertanyaan staf aku balas dengan kata2 seperti orang yang tiada Pendidikan. Penuh dengan emosi seperti tiada akal untuk berfikir.
Kemudiannya, aku akan menangis sendiri mengenangkan kata2 sendiri. Kenapa aku begitu bodoh memalukan diri sendiri dengan melakukan perkara sedemikian. Kerap. Sangat kerap aku begini.
Aku juga jadi malas nak melayan staf aku. Sehingga aku remove semua friend request di semua social media.
Aku taknak mereka tahu apa yang aku buat. Begitu negatifnya fikiran aku. Belakang badan aku selalu sakit dan lenguh. Tengkok dan bahu selaku keras. Ada yang kata petanda stress.
Belakang kepala pun selalu sakit. Bukan itu sahaja, aku rasa diri aku semakin negative dengan keadaan sekeliling. Jika ada apa2 yang berlaku, selalu sangat perkara negative aku fikirkan. Jarang perkara positif aku fikir. Jarang juga perbualan positif aku bangkitkan.
Disebabkan diri aku berjawatan, aku rasa semua tak berani untuk menegur diriku. Kadang2 perbualan kosong juga aku selitkan perkara yang negative.
Macam busuk rasa hati aku ni. Walaupun mulut ni terkunci, hati aku selalu saja berbual. Macam tak berhenti. Kadang aku sendiri keliru. Aku penat. Nak saja aku diam, tapi hati sendiri yang buatkan aku penat. Penat berbual dalam hati sendiri.
Sehinggalah satu hari, aku bergaduh dengan bapaku. Hanya kerana hal kecil, aku mengamuk dan separa sedar dengan tindakan aku. Aku menjerit dengan kuat sekali dan menangis tersedu-sedu sambil menarik2 rambut sendiri.
Agak lama juga aku menangis. Sampai hilang suara sendiri dan sehingga hanya kedengaran suara yang agak garau. Sepanjang malam amarah aku masih belum hilang, berdoa sepanjang malam agar Allah menarik nyawa bapaku malam tu juga.
Aku sangat marah. Terlalu marah. Aku dihalau di rumah sendiri. Rumah yang aku menanggung segala perbelanjaan sendiri.
Awal pagi, aku bangkit dan menuju ke klinik. Belum sempat doctor menanyakan masalah aku, aku tersedu2 menangis di hadapan doctor. Aku minta untuk dirujuk di Hospital dimana ada pakar psikiatri.
Tanpa pertanyaan lanjut, doctor cuba menenangkan aku dan memberi guideline yang sepatutnya.
“U have anything to tell me? Is it because of work pressure of personal matters?” “both, Dr. But Im not sure what happen to me, doctor. Im just need a proper treatment for my mental health.’’
Mungkin dengan melihat keadaan aku yang tak terurus dan bermata bengkak, doctor merujukkan aku ke hospital di negeri ***. “please, bring someone with u. u cant drive alone.” Sempat doctor menitip pesan.
Tanpa buang masa, aku call hospital berkenaan untuk temujanji jam 12 pm. Waktu PKP ni guys, aku lepas daripada ditahan roadblock.
Seakan dipermudahkan. aku lepas sekatan daripada polis trafik dan abg askar. Memandu berseorangan, menuju ke negeri ***. Aku tak tahu nak describe macam mana perasaan aku masatu.
Kosong. Perasaan yang kosong masa memandu. Jam 2.30 petang baru nama aku dipanggil untuk berjumpa dengan doctor psikiatri. Aku ceritakan pasal masalah kerja dan masalah personal aku. And yeah! Mcm yang dijangka.
The doctor said “saya diagnose awak ada sedikit stress. Ada sedikit depression. Tapi, kita sebagai anak perlu hormat ayah kita. Its okay, I bagi u ubat, u tenangkan diri”.
Aku request doctor untuk admid di wad. Sebab aku tak boleh balik rumah. Emosi aku tak cukup stabil lagi. aura di rumah boleh buat aku gila lebih2 lagi bila melihat muka bapa sendiri.
Doctor tak bagi atas alasan covid 19, dan banyak procedure aku kena jalani if nak warded. Takpelah. Aku terima. But, It’s a wasted. Aku bercerita bagai nak rak, doctor highlight pasal bapak aku je.
Keluar daripada bilik doctor, aku buntu. Aku tak tahu nak buat apa lagi. Im such a loser. Aku rasa down sangat. Bil consultation dan ubat RM550 aku bayar sendiri. Sebab insurans tak cover katanya. Aish.
Berlegar2 aku di negeri ***. Akhirnya aku berhenti di pasaraya Tesco. Berhenti untuk menangis dan akhirnya aku switch on telefon dan menghubungi tunangku.
Tunangku tak berkata apa2. Hanya mendengar aku menangis sambil memujukku.
Tunangku memberi idea untuk Aku check in hotel berhampiran dengan harapan dapatlah kiranya aku melepaskan segalanya. aku perlukan masa sendiri.
Tak sangka pula ada hotel yang beroperasi di waktu begini. 3 hari 2 malam aku sendirian di hotel sehelai sepinggang. aku mulai merasa dadaku begitu sakit.
Tekak aku juga merasa sakit. Mungkin kerana menangis tersedu dan menjerit terlalu kuat memberi tekanan kepada dada ku. aku consume ubat yang doctor bekalkan.
Sungguh aku tak sangka kesan ubat sampai 3 hari aku rasa. Ubat yang membuatkan aku sangat mengantok, sangat tenang dan membuatku sedikit gayang (lalok). Jujur, memang aku menikmati “me time” aku. Sehingga aku bersedia untuk balik ke rumah pada hari ke 3.
Sungguh aku sangat merasa tenang. Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, aku ditahan seorang anggota tentera. Aku memandu dalam keadaan tenang dan fikiran kosong. “awak dari mana nak ke mana?” “saya ada appointment di hospital *** ”
“Ada bukti? Kad appointment atau surat? Sakit apa?” setelah meneliti surat doctor, anggota tentera terus membenarkan aku berlalu tanpa berkata banyak. Sungguh Allah mempermudahkan urusan aku pada waktu itu.
Dan sehingga kini, di saat aku menulis luahan ini, emosi aku masih lagi belum pulih. Aku perlukan lebih masa untuk kawal emosi sendiri. Especially bila dah pulang ke rumah dan berhadapan dengan bapaku.
Aku rasa aku perlukan ubat tersebut untuk sentiasa tenang. Tapi tunangku melarang kerana bimbang aku ketagih. Setakat ini, hanya tunangku dan seorang kawanku yang tahu tentang keadaan aku. kawanku meminta aku untuk berubat dengan ustaz.
Aku tak memberikan respon. aku tak boleh bercerita dengan ramai orang. Sebab aku perlu menjaga imej korporat aku. aku perlu berlagak normal di depan semua orang. meskipun aku yakin , mereka melihat aku dengan pandangan yang sgt tidak normal.
Cuma satu perkara yang aku kesal, kaunseling oleh mana2 pihak tidak akan pernah menjadi pilihan aku mulai sekarang. Masa di sekolah, masalah aku dihebahkan sendiri oleh pihak kaunselor.
Di waktu sekarang, kaunseling aku hanya untuk menyalahkan aku. tiada perkara yang comfort aku atau benar2 memberi aku guidance.
Aku berharap luahan aku kali ini mendapat moral support daripada semua. Atau sekiranya ada mana2 pakar yang boleh jelaskan kenapa aku jadi mcm ni and how to overcome masalah ini, sanat dialukan.
Terima kasih semua.
– AINA NAURA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit