Kecewa Memasak

Assalamualaikum, aku Fie berusia 30 tahun telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki setahun lebih.

Aku surirumah sepenuh masa semenjak kahwin disebabkan husband tak nak pjj dan disuruh berhenti dari pekerjaan yang dahulu.

Selepas berpindah tinggal bersama husband ada juga aku mendapat tawaran kerja di sini namun terpaksa berhenti disebabkan masalah transport.

Berbalik kepada tajuk, aku akui aku bukanlah seorang yang pandai memasak. Seingat aku ketika zaman belajar sahaja aku rajin memasak kerana ada banyak masa ketika di rumah dan aku suka mencuba resepi baharu.

Waktu belajar, segala kos membeli keperluan memasak aku beli gunakan duit dari tajaan JPA.

Kebanyakan resepi yang aku ikut akan menjadi tapi hanya pada kali pertama. Bila masak untuk kedua kalinya kebanyakan tak menjadi.

Lama kelamaan aku mula jarang memasak sehinggalah ketika aku dah bekerja langsung aku tak sempat memasak apatah lagi mencuba resepi baharu.

Kerja dari pagi hingga petang kemudian ot sehingga malam. Memang nasi bungkus jela setiap hari.

Setelah berkahwin dan menjadi surirumah aku mula belajar memasak semula. Husband pulak jenis yang sangat cerewet bab masakan. Telur dadar pun ada caranya yang dia nak.

Bila aku buat telur dadar yang biasa aku buat, dia takkan makan. Padahal cara aku sama dengan masakan orang lain.

Pertama kali memasak aku buatkan favourite dia ayam masak merah. Alhamdulillah menjadi dan dia puji sedap. Kemudian aku cuba pula nasi ayam, masih mendapat pujian.

Banyak masakan yang aku masak pertama kali menjadi. Tetapi entah di mana silap aku, semakin lama memasak semakin tak menjadi, tak sedap bagi dia.

Walaupun dah berulang kali memasak, pasti ada yang kurang. Setiap kali sebelum makan, pasti husband bertanya sedap ke tu?

Bagi aku masakan aku dah ok, sedap. Tapi bagi dia tak sedap. Setiap kali makan tak habis, membazir. Kemudian dia akan order makanan lain di kedai.

Semenjak itu, aku hanya memasak dua atau tiga hari seminggu. Tu pun seringkas yang mungkin kerana katanya dia tak suka makanan yang complicated. Jadi menu setiap minggu sama jela.

Dia bukan sahaja cerewet dengan masakan aku masak, malah ketika di rumah maknya, apa yang mak masak dia tak makan melainkan ada makanan kesukaannya.

Kalau tiada apa yang menjadi kegemarannya, dia akan order sahaja apa apa di foodpanda.

Aku ada tegur dia sama jela apa yang dia makan di kedai dengan apa yang dimasak di rumah namun apa yang dijawab orang yang memasak di kedai tu dah berpengalaman bertahun2 memasak confirm masakannya sedap.

Tapi di rumah hanya beberapa kali memasak dan kebanyakan tidak sama rasa. Aku ada juga mencuba resepi dari Che Nom, Azie Kitchen. Memang apa yang diajar dari youtube aku ikut sebijik2 namun masin mendapat kritikan dari husband.

Lama kelamaan aku mula malas mencuba resepi baharu disebabkan kebanyakannya membazir tidak dimakan husband.

Semua makanan hanya order melalui foodpanda dan itu pun hanya restoran tertentu yang dia nak. Kalau aku teringin sesuatu aku hanya masakkan untuk diri sendiri kerana tahu husband tentu takkan makan.

Bila offer untuk dia, dia akan bertanya sedap ke? Ayat tu buatkan aku rasa paranoid nak masakkan apa2 untuk dia.

Baru2 ni aku ada buatkan pengat durian. Aku ada bertanya ibu mertua samada husband makan ke tak. Jawab ibu mertua, husband suka pengat durian dicicah roti. Jadi aku masakkan banyak untuk dia dan untuk diagih kepada jiran.

Sebelum masak pun aku dah inform pada dia aku nak masak pengat durian disebabkan durian yang dibeli masih banyak dan isinya keras sikit, jadi daripada membazir baik aku buatkan pengat durian.

Dia mula mendownkan aku dengan kata2 dia bahawa susah nak buat. Padahal aku dah study resepi dari internet kebanyakannya sama bahan dan senang saja nak masakkan tu.

Bila dah selesai memasak ikut pada resepi, bagi aku dah cukup rasa pengat durian aku. Aku suruh husband rasa sebelum aku agihkan pada jiran lain. Baru suapan pertama dia dah cakap pahit.

Entah dari mana pahit dia rasa tu, padahal durian tu manis saja. Aku pun olah sedikit dengan memasukkan gula dan menyuruh dia rasa lagi.

Namun masih tak kena pada lidahnya. Kali ini dikatanya tawar pulak padahal bagi aku dah terlebih manis.

Dia pulak secara tiba2 cakap dia tak makan pengat durian, hanya pengat pisang dia makan. Kecewa aku bila dia cakap begitu. Akhirnya aku agihkan pada jiran sahaja dan tinggalkan sikit untuk aku makan.

Untuk dia tak perlulah. Aku dah cukup kecewa nak masakkan apa2 untuk dia. Banyak kali masakan aku tidak dijamahnya. Tak tahu masakan aku tak sedap atau dia dah memang taknak merasa air tangan isteri dia.

Aku terlalu kecewa dengan respond dia terhadap masakan aku. Kecewa bila ingatkan dia akan memuji rupanya kritikan yang aku terima.

Sekarang memang foodpanda la hari2. Menu yang sama jela diulang setiap minggu. Bila dah bosan dengan foodpanda aku ada order dari orang yang menjual dalam taman aku.

Namun setiap kali ada benda baru dia takkan makan. Bagi aku semuanya cukup sedap tapi dia tak nak mencuba. Jadi akulah yang terpaksa habiskan bahagian dia.

Sekarang aku berazam untuk dia, biarlah dia makan apa yang sama. Kalau ada benda baru aku hanya belikan umtuk aku. Untuk dia tak perlulah.

– Fie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *