Kegagalan Yang Berulang

Assalamualaikum kepada warga IIUM Confession. Terima kasih kepada admin sebab sudi memerima nukilan ini. Saya Zaf, berumur 32 tahun dan masih bujang.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah pengalaman saya mencari jodoh yang akhirnya menemui kegagalan.

‘Proses’ mencari boleh dikatakan agak lewat memandangkan saya seorang yang pemalu dan pendiam.

Lelaki pertama yang saya kenal, Zam. Ex kawan sekerja yang kenalkan.

Mulanya kita orang cuma berbalas miscall mungkin sebab masing-masing tak tahu apa yang ingin disembangkan sampailah masanya dia betul-betul call untuk bersembang. Itu pun tak lama.

Mula-mula kita orang berjumpa di pasar malam sekadar nak tengok muka. Hari-hari lepas tu kita orang calling-calling. Apa yang pelik dia tak pernah balas mesej, jawab salam pun tidak.

Kali kedua kita orang plan nak jumpa. Dekat mana, hari apa, pukul berapa, semua dah bagi tahu.

Tapi tunggu punya tunggu, batang hidung pun tak nampak, call banyak kali pun tak angkat. Memang bengang betul masa tu. Mula dari hari tu, dia tak ada call langsung, senyap.

Sampailah setahun lebih lepas tu, ada satu nombor asyik miscall saja, rupanya dia. Alasan dia tak datang sebab phone rosak. Alasan tak boleh terima langsung.

Tapi lepas tu kita orang sambung balik tapi kali ni cuma main wassap.

Plan lagi nak jumpa, akhirnya dia tak datang juga untuk kali yang ke-2! Alasanya hujan, masalahnya dia langsung tak bagi tahu. Ditanya, baru jawab. Saya dah fed up lepas tu.

Lelaki kedua kita orang kenal dalam satu socmed ni. Saya panggil dia abang sebab dia lebih tua daripada saya.

Kita orang selalu balas wassap, siap panggil sayang sayang lagi, send emoji love bagai. Dia juga pernah datang beraya kat rumah saya.

Dalam hati, dia mesti nak kenal lebih rapat. Bila saya tahu kita orang ni banyak chemistry, saya pun mula rasa dialah jodoh saya. Hari-hari lepas tu memang kita orang banyak berwassap.

Satu masa, dia call saya, katanya kawannya nak kenalkan dia dengan seorang perempuan.

Kat situ saya mula rasa pelik. Kenapa pula kawannya nak kenalkan dia dengan perempuan lain. Terus terang saya tanya dia siapa saya pada dia dan jawapannya cuma kawan baik!

Saya rasa macam dipermainkan. Akhirnya kita orang putus.

Lelaki ketiga juga kita orang kenal dalam socmed yang sama. Sama juga cuma balas wassap.

Banyak kali dia tanya betul ke serius nak kawan dengan dia. Saya pun jawab la serius. Kita orang bersembang macam lebih dari kawan biasa.

Pernah juga jumpa sekali. Lepas tu dia sibuk kerja. Berbulan juga sibuknya. Kat situ saya mula rasa pelik. Dia selalu up status wassap tapi langsung tak nak tegur.

Saya juga yang mengalah. Akhirnya alasan dia takut ganggu! So memang bukan sibuk kerja dan cuma kata ‘kita kan kawan’, bukan serius!

Rupanya sembang mertua-mertua, awak masak saya makan tu tak ada makna, cuma gurauan kosong. Kali kedua rasa macam dipermainkan.

Akhirnya kita orang tak berkawan lagi. Bertanya juga dalam hati, apa makna ‘serius berkawan’ pada lelaki. Pada saya serius tu mesti la nak lebih daripada seorang kawan.

Saya menangis kenapa akhirnya jadi macam ni. Memang sedih. Sekian.

– Zaf (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit