Kehidupan Tidak Mewah di KL

Assalamualaikum. Terima kasih admin jika perkongsian aku disiarkan. Aku nak meluahkan atau menunjukkan sisi kehidupan aku dan keluarga kecil aku yang tidak mewah (aku tak mahu sebut perkataan M itu sebab aku tak mahu ia menjadi doa) di ibu kota.

Kehidupan di bandaraya KL ibu, kota negara sememangnya agak mencabar. Kos hidup yang agak tinggi menyebabkan kami sekeluarga perlu berjimat cermat agar ada saving untuk perkara kecemasan. Kos hidup yang aku maksudkan seperti tol, dan minyak. Dengan kesesakan jalan raya, menyebabkan kos minyak kereta akan meningkat, ditambah pula dengan tol… memang gaji aku dan suami banyak ‘ditumpahkan’ pada bahagian ini.

Aku dan suami bergaji kecil sahaja. Walaupun mempunyai ijazah, tapi kami belum berpeluang untuk bekerja di bawah syarikat swasta yang menawarkan gaji yg lebih tinggi. Untuk kerja kerajaan juga, kami belum ada rezeki ke arah itu walaupun tak putus2 memohon. Jujur aku maklumkan, gaji kami berdua jika digabungkan hanya RM4k plus2 sahaja. Suami aku uruskan semua bil termasuk rumah sewa, + insurans + bil elektrik + air, hutang ptptn, keperluan dan bayaran nurseri anak sampaikan keperluan diri dia pun diketepikan sebab dia mengirim duit kepada mak ayah di kampung jugak.

Mujur kami tak ada hutang kereta sebab beli cash aje. Kalau beli cash tu janganlah bayangkan kereta hebat2. Haha. Nafkah kepada aku yang akan didahulukan walaupun bagi orang lain mungkin sikit. Tapi aku terima dengan redho dan gembira even RM20 pun.

Selebihnya wang gaji kami digunakan untuk susu+ diapers + keperluan rumah + barang basah. Untuk menjimatkan belanja, apa yang kami buat, kami akan bawak bekal ke tempat kerja dan jarang makan di luar. Kadang2 makan di luar mungkin 2 kali dalam sebulan. Kami juga jarang berkunjung ke pasaraya atau tempat makanan yang viral. Kami cuba menahan nafsu makan itu. Sebab sekali makan di tempat hipster, adalah perbelanjaan barang basah kami untuk seminggu. Kalau beli barang basah, kami akan beli di pasar borong atau pasaraya yg ada jualan murah untuk barang basah seperti Checkers atau Mydin. Kl ni kelebihannya, ada sesetengah barang basah lebih murah berbanding di negeri asal aku. Cuma seafood saja agak mahal.

Gaji aku pula digunakan untuk simpanan. Aku menyimpan dalam Rm1000 sebulan jika tiada hal kecemasan. Mujurlah aku dulu waktu belajar dapat biasiswa. Jadi, tiada loan belajar. Dan aku memang akan cuba jugak kirim duit ke famili (mak ayah aku orang senang) walaupun sedikit.

Kami sekeluarga memang ikat perut untuk menyimpan sebab kalau susah di KL, siapa yang akan tolong? Lagipun dalam setahun, aku perlu menyimpan untuk balik kampung untuk perayaan dan cuti umum. Balik ke kampung paling sikit belanja Rm1000. Dengan tol, minyak, barang2 untuk mak ayah.

Aku dan suami ada buat side income jugak, cuma tak selebat orang lain. Kalau ada sesiapa nak offer dropship, boleh tolong cadangkan tak? AKu rasa aku dan suami kena kerja lebih keras, untuk ambil insurans + simpanan pendidikan untuk anak aku pulak. Dan aku nak kumpul duit untuk tolong langsaikan hutang PTPTN suami aku plus menyimpan untuk menunaikan haji atau umrah kelak. Tak boleh berharap dengan gaji banyak itu saja. Dan kami pun perlu simpan duit untuk deposit rumah. Ada masa mungkin aku akan ke kursus kemahiran untuk belajar menjahit. Setahu aku, upah jahit baju kurung pun RM40 dah sekarang untuk sepasang.

Sekarang aku cukup bahagia dan bersyukur atas nikmat yang Allah berikan. Keluarga kecil kami bahagia dengan kehidupan sederhana ini. Pisang goreng tepi jalan pun aku rasa sedappp sangat bila makan dengan anak dan suami aku. Aku sedih bila fikir orang yang bergaji lebih kecil daripada kami, dengan anak yg ramai hidup di bandar metropolitan. Aku yg macam ni pun dah rasa terkial-kial ikat perut, mereka macam mana pula? Allahhu. T_T

Doakan aku dan mereka-mereka lebih bersyukur dengan nikmat Allah ini dan dimurahkan rezeki yang diberkati.

Amin.

– Bunga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit