Kejarlah Akhirat, Dunia Akan Mengejarmu

Assalamualaikum warahmatullah… Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan Muhammad s. a. w.

Terima kasih pada admin kiranya menyiarkan confession umi kali ini. Saya bahasakan diri umi memandangkan saya juga adalah ummi kepada dua orang anak soleh dan anak solehah saya insyaaAllah aamiin.

Umi pernah sekali menghantar confession di sini tentang kehidupan umi yang umi rasa amat susah. Tapi mungkin admin tak siarkan kot sebab tak syok sangat, hehe… tak pe umi faham sebab banyak sangat confession yang lebih bermanfaat untuk disiarkan.

Umi ceritakan serba sedikit kehidupan umi ye. Umi dah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. umi juga suri rumah yang sebelum ini umi bekerja di sektor swasta. Selepas dua tahun melahirkan anak solehah umi yang sulung, umi berhenti kerja memandangkan tiada tempat nak simpan anak umi. Nak hantar ke pengasuh lain umi pun tak berani dah sebab banyak sangat kes dera dan sebagainya.

Umi risau dan umi ambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjahit di rumah memandangkan umi ada kemahiran tu. Alhamdulillah adalah duit poket sikit bila menjahit dirumah. Umi pada mulanya tak ramai pelanggan memandangkan orang belum tahu lagi yang umi mengambil tempahan jahitan. Selepas setahun kemudian, umi mengandung anak soleh umi.

Bermulalah episod sedikit ujian yang Allah turunkan pada keluarga kecil umi. Suami umi bekerja dan pendapatannya hanyalah cukup-cukup untuk kami tiga beranak ketika itu. Kesilapan besar kami ketika itu apabila kami suami isteri membeli perabot dan membayarnya secara ansuran dan juga membeli penapis air yang banyak sangat iklannya di mana-mana.

Masa tu umi dah mengandung dan tak dapat tolong suami untuk bayar ansuran barang-barang tersebut. Morning sickess ketika mengandung sangat teruk. Mungkin para pembaca berfikiran, kalau setakat bayaran perabot dan penapis air tu taklah banyak mana, tapi bagi kami sedikit terbeban bila umi dah umi tak mengambil upah menjahit masa tu.

Beberapa bulan bayaran tertunggak sehingga barang-barang tu ditarik. Tapi umi redha waktu tu memandangkan kami sangat kesempitan duit. Kalau ikutkan banyak lagi kejadian sepanjang tempoh mengandung tu, dengan makan sehari sekali je, anak yang sulung takde susu, hutang sana sini. Memang waktu tu umi sangat stress tapi umi tiada pilihan kena teruskan kehidupan.

Sehinggalah tempoh melahirkan tiba umi tiada beli kelengkapan anak kedua. Baju-baju anak sulung yang umi simpan dulu umi cuci semula dan pakaikan pada anak kedua. Umi hanya beli pampers bungkusan kecil dan minyak-minyak urut untuk baby saje. Ummi berfikir, mana nak cari duit dengan gaji suami yang hanya cukup² bayar kereta dan sewa rumah saja sebenarnya.

Umi hanya bertawakkal saja waktu tu mengharapkan ada keluarga yang sudi hulurkan pertolongan. Umi tak ceritakan segala masalah kepada keluarga umi sebab umi masih terfikir nak jaga maruah suami bilamana umi ceritakan yang suami tak mampu nak sara umi dan anak ketika tu. Dan suami juga bukanlah orang yang suka meminta-minta pada keluarganya. Kami tertekan tapi kami bertahan.

Alhamdulillah, ketika sampai waktu melahirkan umi kena tahan di wad bersalin satu malam. Umi hairan suami ada belikan makanan dan juga sedikit keperluan. Umi terfikir dimana suami dapat duit beli semua ni tapi umi diamkan saja sebab masa tu asyik mengurus anak kecil yang baru lahir… Selepas keluar wad, beberapa hari kemudian suami bagitau tunggakan elaun dah masuk, itulah suami dapat beli keperluan kami sedikit dan duit untuk anak ke klinik. Alhamdulillah.

Seterusnya kami lalui hari-hari kami seperti biasa. Bila ada anak kecil memanglah memerlukan duit untuk keperluannya. Ada masa takde pampers, takde susu , tak makan, berlapar ke sekolah anak yang sulung. Tapi umi tetap kuatkan kudrat untuk terus mencari duit selagi umi mampu.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, sepanjang tempoh yang umi ceritakan di atas tu umi bukanlah orang yang alim. Solat pun rompong sana sini. Terpaksa solat. Kalau malas, solat pun tinggal. Umi bertudung tapi umi tak pakai stokin, umi tak jaga sangat aurat ketika tu.

Kami suami isteri pun kerap juga bergaduh disebabkan tekanan kewangan yang kuat. Umi rasa umi takde tujuan hidup masa tu. Kami suami isteri hanya hidup untuk hidup saja… Bekerja untuk cari duit untuk tidak lapar saja. Tiada langsung matlamat hidup. Umi solat sebab umi nak Allah bagi rezeki semata-mata.

Sehinggalah awal tahun ni, umi percaya kuasa Allah tiba-tiba saja suami umi berubah secara perlahan-lahan menjaga solat. Dia sangat menjaga solat dan ketika bulan Ramadhan lepas, suami pernah bagitahu umi yang dia tak nak tinggal solat tarawih dan puasa dan juga dia nak jaga solat 5 waktu. Dalam hati umi, Allahuakbar.. Masyaallah… Allah tu lah yang memegang hati manusia. Semoga suami umi terus menjaga ibadah. Allahuakbar.

Dan ketika itu juga umi terkesan dengan perubahan suami. Bila waktu umi tak solat, suami akan tegur umi kenapa tak solat. Umi pada mulanya masih macam dulu masih tak solat, tak jaga aurat. Dan bila umi nampak suami sentiasa solat, bangun malam tahajjud, hati ummi jadi lembut dan umi paksa diri untuk berjemaah dengan suami dan anak2.

Pada permulaan kami solat berjemaah tu, setiap kali salam suami umi akan nangis sebab umi bersyukur kami diberi kesempatan untuk solat berjemaah sama-sama. Dan setiap kali umi salam suami, ummi akan nangis sebab ummi rasa banyak sangat dosa kat suami. Ummi nangis sebab dah bermacam dugaan yang kami lalui bersama tapi baru kali ni kami diberi kesempatan tunduk meminta pengampunan Allah. Allahuakbar.

Setelah beberapa bulan umi jaga solat, umi rasa nak berubah. Umi nak berhijrah dan umi mula pakai stokin dan jaga aurat. Apa yang umi fikirkan dalam setiap ibadah yang umi buat tu kerana Allah semata-mata dan setiap kebaikan yang cuba umi buat tu , umi niatkan, “aku buat ni kerana aku nak redha Allah”. Itu yang umi cuba buat. Umi simpan dalam hati umi nak beribadah sebab umi nak masuk syurga Allah . itu yang umi letak dalam hati sampai ke hari ini.

Setiap hari kami suami isteri cuba baca Al quran, buat solat sunat dan setiap hari kalau umi bekerja mengurus anak-anak umi akan zikir ataupun dengar ceramah dari youtube. Itu je yang umi buat untuk kekalkan hati umi untuk terus ingat Allah.

Selepas beberapa bulan ni, banyak perubahan yang umi rasakan. Memanglah hutang sana sini ada yang masih belum dapat dijelaskan tapi kami berniat untuk menjelaskan mana-mana hutang kami sebelum ni. Hari-hari pun masih mendapat call orang menagih hutang tapi kami dah tak macam dulu tiap kali mendapat call, kami stress dan bergaduh suami isteri.

Sekarang ni ada saja pertolongan Allah yang memang kami dapat rasakan. Allah permudahkan segalanya. Yang paling terbaru umi dapat panggilan interview dari SPA. Doakan umi berjaya ya para pembaca sekalian. Doakan umi, suami dan anak2 terus istiqomah. Berjaya menempuh ujian dan berjaya dunia akhirat.

Umi percaya ayat Al quran yang bermaksud, ” llah tidak akan menguji hambanya, diluar batas kemampuan hambaNya” … Semoga kita semua , berjaya menjadi hambaNya yang soleh dan solehah dan dapat memimpin tangan anak-anak kita ke Syurga Allah. Aamiin.

Sebenarnya banyak lagi kisah yang belum umi ceritakan. Sekiranya ada kesempatan dilain masa umi akan coretkan lagi bilamana ada sedikit manfaat yang boleh kita kongsi bersama. InsyaaAllah.

Sampai berjumpa lagi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu.

– Umi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *