Assalamualaikum. Saya seorang anak sulung. Kakak kepada 2 adik yang dah besar panjang. Family saya berpecah belah sejak saya darjah 4. Dah hampir 14 tahun. Masa tu adik saya yang bongsu baru je nak mengenal dunia.
Setelah beberapa tahun ibu ayah saya bercerai, ayah saya tak bagi nafkah kepada kami anak-anak. Tak jenguk kami seperti ayah lain. Seolah-olah apabila terputus hubungan dengan ibu saya, ayah saya turut memutuskan hubungan dengan anak-anak. Namun, ketika ada event penting seperti majlis bersunat adik lelaki saya, yang peliknya, dia bawa balik anak saudara dia dan membiarkan adik lelaki saya sorang2 ketika majlis itu. Sampai mak saya yang teman dia. Yang paling menyayat hati, ketika adik lelaki memerlukan dia di sisi, ayah saya sibuk membeli motor dan macam2 kat anak2 saudara dia. Kami yang sememangnya anak2 dia nafkah bulanan pun dia tak pernah bagi. Mesej atau call pun jarang, kadang2 sampai 2 kali setahun. Yang paling sedih, duit2 gaji dia banyak diberi kepada adik2 dia yang dah bekerja. Kami yang sedang membesar perlukan duit untuk sekolah, belanja makan, kalau dimintak pun susah nak dapat.
Mak saya. Dia yang jaga kami. Dia yang bagi semua belanja. Ya. Semua dia bayar. Semua dia tanggung. Pasal hubungan mak dan ayah saya, kami adik beradik dah boleh terima. Tapi kami ni, nampak peluh keringat air mata mak kami yang susah payah nak besarkan kami. Orang kata untung mak saya kerja kerajaan. Tapi dorang tak tau, mak saya bukan hanya bekerja sebaga seorang ibu, dia menggantikan tugas ayah saya. Masih ingat lagi pesan ayah saya, “Walid tak akan bagi duit pada anak2 walid, nanti kakak tanggung lah adik2. Walid minta halalkan tanggungjawab walid ke atas kakak dan adik2”. Hmmm boleh ye main halal2 macam tu??
Tahun demi tahun, ayah saya berkahwin dengan mak tiri saya. Masing2 dah besar. Kami sekarang fokus nak jaga mak kami yang dah berumur. Apa-apa jadi, dia masih ayah kami kan? Jadi kami ambil langkah untuk berbaik2 dengan ayah kami. Bukan apa, dia pun dah berumur, saya pun tak nak dia terus berdosa dengan mengabaikan tanggungjawab dia sebagai seorang ayah. Saya bakal mendirikan rumah tangga inshaa Allah. Adik lelaki saya belajar di UK, dan adik bongsu di UM. nak kata, tanggungjawab seorang ayah kepada anak2 perempuan takkan terputus selagi tak kahwin lagi (mohon betulkan kalau ada salah). yang lelaki saya tak pasti. Kami masih cuba meminta duit belanja untuk menanggung adik bongsu kami di UM.
Yang mengeruhkan lagi keadaan, mak tiri saya, dia tidak suka kami tiga beradik. Dia tidak senang kalau nampak kami di majlis2 keluarga. Apabila kami meminta duit belanja, semua dia akan ambil dari ayah saya sebagai belanja barang dapur di rumah. Sejak dua menjak ni nampak ayah nak baiki kesalahan dia. Kami rajin datang melawat ayah di rumah dia. Tapi dah jadi makin teruk sebab seorang insan yang bernama mak tiri ni. Dia tak boleh tengok langsung kami anak beranak bercakap, mesti je dia menyampuk dan membawa ayah saya lari dengan alasan “ada hal penting nak cakap”. Sampai satu tahap, ayah saya bagitau, “tolong bagi peluang kat walid. Perkahwinan walid sebelum ni dah roboh. Walid tak nak roboh kan yang satu lagi. Kalau boleh, jangan datang rumah walid kalau datang melawat lagi”. Allah! Dugaan. Sekali lagi kami tiga beradik dijauhkan dari ayah kami selepas 14 tahun berjauhan. Mengenai mak tiri, dia memang tak gemar bila kami meminta nafkah. Sebab kami tak berhak dapat duit tu katanya. Gaji ayah saya agak lumayan sanpai dia boleh bagi tiap2 bulan duit belanja kepada adik2 dia, tapi tak mampu memberi kami nafkah.
Kami bukan apa. Kami dahagakan kasih sayang seorang ayah. Orang lain ada ayah bahagia je. Mengenai nafkah, kami bukan nak sangat duit tu. Cuma takut di akhirat nanti, ayah saya tak lepas nanti sebab hutang2 tanggungjawab dia kepada kami. Mungkin sebab itu jugak, sampai sekarang dia tak dapat anak lagi dari perkahwinan kedua dia.
Itu jelah. Kekecewaan kami selama 14 tahun. Doakan hati2 kami terus kuat. Doakan kesihatan mak kami. Terima kasih kerana membaca. ?
– Anak yang tersepit
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Sis, sy dan adik perempuan dibesarkan oleh atok dan nenek memandangkan ibu dan ayah saya bercerai ketika sy darjah 1. It is a tough situation. Orang lain mak ayah dtg masa mesyuarat PIBG, sy pulak, nenek yg dtg. Kengkawan pun duk sibuk kata kita takda ayah takda ayah. Budak kecik en. Mana tahu pasal benda2 ni. Kami 2 beradik membesar dalam keadaan yg sgt sederhana. Pergi mana2 dgn nenek dan atok, teringat lg sy terjatuh dihempap motor, kaki kena exos moto, atok bawa sy ke klinik, 20km++ naik motor lalu kebun sbb takut polis tahan
Sy dapat ayah tiri masa umur tingkatan 1. Time tu mmg takleh terima, panggil dia acik sampailah ayah tiri nangis depan kami mintak kami panggil dia abah and mmglah, kita dimomokkan dgn watak “tiri” tu jahat. Walhal, Alhamdulillah rezeki Allah bg sy ayah tiri yg sgt supportive
Sy dpt ibu tiri masa PMR. Time tu mcm tak dpt terima gak la. Dpt ibu tiri yg agak muda dan maybe, dy masih belum dpt sesuaikan diri dgn kami dua beradik sampai skrg. InsyaAllah, doakanlah yg terbaik utk keluarga besar sy.
Dok pening pikir, cemana nak gabungkan sedara yg RAMAI GILA dari belah ibu abah, ayah dan ummie sy masa wedding sy nnt. And dok mikir, suami boleh ke terima family sy ni nnt? Takut dy pun pening sbb ramai sgt nak kena jaga hatinya
Segala apa yg berlaku, Allah dah tetapkan yg terbaik utk kita. Sy rasa cerita kita lebih kurg je sis Allah nak ajar kita utk jadi lebihhhh kuatttt dpd org lain sis. Trust me, awak akan hargai apa yg awak belajar masa kecil utk terus kuat berdiri utk terus hidup sampai dewasa skrg ni. Kalau ada pape masalah, nak share, pm la kita
May Allah bless you sis
I feel you…be strong
Sis, sis boleh claim nafkah dekat ayah sis.. Nafkah adalah tanggungjawab ayah.. Bawak kes ke mahkamah syariah.. Dapatkan hak sis.. Okay??
Maybe boleh fokus untuk jaga ibu awak je. Nanti bila ayah awak tu dah tua and none of u guys bagi duit/ lawat dia sbb busy dgn family masing2, baru dia sunyi sendiri and menyesal.