Kelantanese Why Like That?

Disclaimer : Tujuan confession ni dibuat bukan untuk sebarkan kebencian, tetapi meluaskan pemikiran.

Pertama sekali, saya seorang traveller. Every cuti sem, saya akan habiskan 1 mggu bp ke negeri orang, then baru balik kampung. Satu semenanjung saya dah pusing kecuali Perlis je x sampai lagi. InsyaAllah lepas raya. Seronok belajar semua budaya, adat dan masakan setiap negeri. Ada keunikan tersendiri.

Cuma ada satu perbezaan jurang yang besar yang saya dapat lihat di Kelantan berbanding negeri lain. Ya. Pembangunan.

Bila saya ke Kota Bharu, bandar dia seakan akan bukan bandar. Tak lebih daripada sebuah pekan di perkampungan. Berbeza dengan bandar Kuala Terengganu, Kuantan. Jurang perbezaan tu agak ketara. 'Feel' bandar tu tak ada.

Sepanjang perjalanan daripada Gua Musang sampai ke Kota Bharu, 'main road' dia masyaAllah. Satu jalan je. Kalau 3 juta kenderaan balik kelantan, memg tak pelik lah perjalanan 5-6 jam boleh jadi 13-14 jam. Yang ini saya amat hairan. Bayangkan highway KL yang 5 lane pun boleh jam bila raya, apetah lagi main road 1 jalan.

Saya tak ada sebarang kebencian terhadap Kelantanese. Maaf kalau title misleading (saje nak attract reader). Adat, budaya, makanan. Semua molek molek belako. Cuma satu je saya harap untuk lihat di negeri serambi mekah ni, kemajuan pembangunan. Tak molek lah, bila kita nak martabatkan Kelantan sebagai bumi Islam, tapi pembangunannya mundur. Seolah olah kena pilih, nak islam atau nak maju. kan baik kalau org kata, wah majunya Kelantan, negeri serambi mekah pulak tu. Kita ambil iktibar daripada Indonesia, kita contohi Brunei.

Kita buang mana mana politikus yang tunggang agama. Agama untuk dihayati, bukan ditunggang.

– Zul

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

1,059 Comments

  1. Kt selangor ada Bandar Baru Ampang, Bandar baru bangi. Patut letak “Bandar” pd stiap nama tempat di Kelantan. Bandar Gua Musang. Bandar Pasir Putih. Bandar.. Hmmm…

  2. Mungkin kena selidik kenapa kurang pembangunan di situ. Especially pasal jalan. Banyak tekanan dr pihak tertentu. Cuba kalau bukan pembangkang yang perintah. Jadi benda sama tak? Eh. Tertanya pulak ye. Kene selidik akar umbi dulu kot.. Akk pn bukan org kelantan.

    Arwah Tuan Guru Nik Aziz pun tak amik gaji as menteri besar kan.. Dia pulangkan balik. Semua utk negeri. Tp peruntukan yg sepatutnya dr kerajaan pusat di mana.. Eh tertanya lagi. Okla dik, mungkin ada yg lagi tau..

  3. Kate pepatah, jauh berjalan luas permandangan. Tp tgk mcm sempit je permandangan.. Kate traveller.. Jalan jauh2 utk menikmati keunikan, tp kalau semua negeri maju pembangunan lengkap serba serbi, bahagian mane nak dtg keunikannya? Jauh berjalan tu patutnya pemikiran lagi luas tp mcm makin kolot je. Hurmm. Dok kl diam diam jela..

    • Sebab unik la kena jaga… tu yg dia maksudkan rasanya .. macam kemudahan jalan raya .. bukan utk org lain to org klate jgk .. bukan dia mintak bina mall bebanyak mcm kt KL tu pun .. sekadar pendapat

    • I agree wif u.. to Confessor… itulah uniknya kelantan.. klaw klantan sama nga KL , x pyh balik kg la.. xda la jem setiap musim cuti sekolah dengan kereta org bandar memenuhi jln2 n kedai2 d klantan…

    • Terpulang laa … kalau rasa yg penambah baikkan jalan tu boleh menghilangkan uniknya kelantan .. sekarang faham dah kenapa jalan kelantan memang teruk .. memang rakyat gemo gitu .. xpe r .. assalamualaikum .. selamat hari raya

    • Sombong bahasa kan .. moga Allah pelihara bahasa awk seperti mana Allah jaga negeri kelantan .. abang saya lahir kelantan duduk kelantan celah mana nak duduk selangor diam2 ..

    • Hahaa .. betul la tu tuan .. senang kata hal orang kelantan xpayah usik .. budak Universiti balik jauh bahaya naik bas ke , kemalangan atas faktor jalan raya ke , susah payah kerajaan negeri nak dapatkan jalan untuk rakyatnya ke .. kita orang luar biarkan je .. ada mata pandang .. ada telinga dengar ..

    • Tak, masalah skrg, kitorg takpenah merungut pape, yg kita duk ckp itu ini pulak tu knp??

      Diam itu lebih baik. Kalau terlebih ckp, takut terpesong kearah menda lain pulak. Takpayahla ckp lebih lebih. Kami rilex cool je hadap dari dlu smpai skrg, dari jalan berterabur dan skrg dh byk jln sehala sbb nk bg besarkan jln. Flyover dh buat byk byk. Tahla.

      Manusia. Nikmat Allah bg dh cukup byk. Tp bersyukur tu, susah sgt nk timbul. Nauzubillah. Takpela takpe. Kami takde sentuh negeri org lain. Biarkan kerajaan kami buat kerja mrk.

      Ap yg kamu hadap skrg, itu ujian. Kalau takdapat hadap. Gagal. Yes, ujian ni tau. So, waspadalah.

    • betul tu. kita yg duk bertahun takda nak cakap benda . diorang dtg “travel” tak sampai sehari bising jalan itu jalan ini . sbb dah terbiasa dgn yg hebat . dah tu duk ah bandor diam diam . kami syukur dgn apa yg diberikan . takda nak merungut bagai -_-

    • Ckp bab jalan kan, flyover dh ada. If nk ckp jln alternative msa blik kg, should be dr karak/bentong tu dlu kna buat jln bsr. Yer lah nk lps bentong tu hmm. Dh smpai gua musang mmg jln highway dh tp dh krta berjunjuks junjuks x jem mcm mna. Haha. Skrg dlm bndr yg ad flyover pn jem sbb rmai blik n memeriahkan jln pegi jln2 n shopping. Mcm kebiasaan di KL wktu ofis hour. nk baiki jln, tp jumlah krta tetap byk every year brtmbh. Hmmm. Redhooo. ?

    • Aku pelik bila bkn org kelantan nk kecoh2 psal pembangunan..or sbnarnya ada org kelantan yg ‘merana’ ketiadaan pembangunan spt bayangan si traveller tu..?

    • Banyak nya orng yg tak faham apa maksud artikel ni. Orng melayu mmg suka ambik negative dulu baru positive. Takmo komen bnyk2 la. Nnt kena suruh duduk diam2. Nasib bakal bini ore klate. Hehe peace yo.

    • Hahaha seriousla takde kelantanese nak kecoh pasal pembangunan? Aku punya kawan KELANTANESE sendiri pun taknak balik kelantan time mid sem or nak balik KL cepat. Why? Satu, takde mall besar takde panggung wayang takde kemudahan2 mcm kat kl. Dua, jalan jem gila dia tak suka. 3, malu dgn budak kl diorg tak maju sgt. Serious talk okay. Bukan semua kelantanese sama pandangan. Bukan semua kelantanese suka jalan jem. Bukan semua kelantanese boleh acting cool takde mall apa semua. Even my dad’s friend claimed diorg tak suka jalan balik kelantan time raya bagai.2 Chill, no hard feelings. Just my 2cents.

    • Okay lah mcm ni sis. Apa kate sis letak komen sis ni kt ruang komen, jgn reply sini. Kita tgk berapa ramai yg akan bash kwn sis yg tak suka negeri kelahiran sendiri tu.. Tak guna pn kalau sy nk komen pasal kwn sis tu, sbb sy bukan kelantanese, sy selangorian. Dan sy bangga sy org selangor. Dan sy tak penah pn kutok negeri kelahiran org lain. Tak best pn sebenarnya ckp pasal kenegerian sbb benda ni sensitiviti. Okay, skrg sis letak komen sis ni kt ruang komen kt luar komen sy ni. Jgn reply sini. Nah amek lg 2 cents. Sikit sgt tu duit raya nya. Peace!

    • Jenis malu ni ak tak faham gak. ? tu kata, ni ujian. Ap yg kau merungut dan kata mcm mcm tu akn dinilai dpn Allah satgi. Tak kesah la, yg 2sen tu lah kebanyakan merosakkan pemandangan. Lg 98sen buang. Pdhl lebih byk.

      1more thing. Kbmall dh nk bukak cinema bln7. Tp pengurusan dia lebih terkawal dari negeri lain. Ikhawah ikhwah, akhawat akhawat.?

      Skrg aeon dh ad. Ikea bakal jln. Dan lg lg lg. Jgn pulek masa tu baru nk sedar diri.?

    • sharmine natasya
      Sorry… nk reply sikit jer..
      1. U should read fact about how much sales Tesco in Kelantan… about AEON Mall in klantan also
      2. Jem tu.. kat KL pom pg balik keje ari2 jem..
      3. Saya bangga jd anak klantan… kawan sis tu.. ha3.. anak moden kot.. xpala, dia nk jd anak bandar
      Selamat ari raya .. maaf zahir batin ..

    • Kak, relax tkyah sentap lebih. Hahaha. Apa yg dia maksudkan tu sepatutnya jalan tu banyakkan lah lane untuk mengurangkan traffic jammed gak kak. Akak tak Kesian ke dekat org yg naik bas sampai 24 jam nak sampai KL dari KB? Hahaha akak ni chill kay tolong faham org yg duduk dlm kete tu lelama gak. Hehe boi

    • Erk..tak apa miskin.tapi kedai2 dekat seluruh kelantan mostly milik orang melayu. Ekonomi dikuasai orang melayu dan islam sendiri. Kami happy je. Btw sis perlu kaji sendiri walau nampak miskin tetapi kuasa membeli sangat besar di negeri kelantan.. sebab tu aeon, tesco pon berani buka mall mereka di sana. Dan saya tengok butik2 jenama besar pon buka di kelantan yg mana selalunya butik2 ini cuma ada di ibu negara, selangor, johor sahaja.

      Contohnya butik fareeda. Kalau tiada pembeli for sure mereka tak berani buka di kota bharu.

      Dan kedai emas juga sangat banyak di kelantan yg mana mostly dijalankan oleh orang islam sendiri.

      Apa pun datang sehari dua tak boleh terus judge orang mcm tu. Saya 2 tahun di Terengganu. Saya suka adat dan budaya di sana. Tetapi orang sana pon mengeluh dengan pembangunan negeri terengganu yg agak perlahan berbanding negeri kelantan.

      Saya juga pernah setahun tinggal di kuantan. Keadaan sama. Walau nampak agak maju, tetapi saya lebih suka keadaan di Terengganu.

      Miskin itu dinilai bagaimana sebenarnya ya? Hehe

  4. Gi le tanya kat PM beb. Suh PM bg balik duit royalti minyak kami. Insyaallah bulih huat bullet train dr KL. 2 jam je dari KL Sentral. Tak payah sesusah backpacking, nak balik hari pn boleh… hahahaha..

    No offense, aku tak hentam kau. Benda ni bukan dlm bidang kuasa rakyat Kelantan, walaupun kami sesama byr GST. Pembangunan main road dr negeri ke negeri setahu aku kerajaan pusat punya kerja.

    Takde feel bandar? Takpela, kitorang taknak pon feel bandar yg jalan bertingkat2, berlane2 yg kena byr tol itu ini tu.. kitorang selesa je mcm ni, aeon ade, kbmall ade, tesco ade. Dok bandar besar pn, gaji 3k tapi miskin bandar. Itu lg sedih bang.

  5. Sy org trganu, sy bekerja dikuantan tapi saya lebih suka bandar kota bharu..rasanya confessor tak tahu mana satu bandar kota bharu ni..hihi

  6. Moga kelantan ade lebuhraya dr gua musg ke kb.. ade perubahan ..kesian rakyat yg berjuta nk balik kg..terpakse redah jem teruk..start dr toll gombak dah jem kreng.. rakyat kelate let say sorg derma 10rgt..in sha Allah dpt hiway baru..

    • Next year expected siap dik. Skrg dah bukak portion dari pdg tunku ke merapoh. Tu yg 3 jam je da bole sampai gua musang. Dah tak lalu bukit tonggek tu dah.

    • Rakyat kelate ade bpe juta..sorg derma 10rgt..bpe byk yg leh kutip..berbilion budget.. msia sume nk blnje besar.. byk sgt pihak menangguk di air yg keruh..bahkan ramai rakyat kelate ade bisnes di luar negara..mostly mereka da bhijrah..in sha ALLAH..siap la projek hiway..dari tahun 2013 lg..smpai bile rakyat kelate nk tgu dan mderita jem pjg dr karak ke gua musg tew

    • Slow2 la kak.. Doh nama pun pakai duit sumbangan..bukan duit sejuta billion skali dtg… Kerajaan kelantan bukan kejenya fokus buat highway jer…ada jugak budget lain..pembangunan sekolah2 dll.. Saya nk hurai byk pun xreti..tu skdr saya tau dan boleh smpaikan jer la

    • Ye kalau buat bantuan derma belum tentu cukup..kalau cukup pun utk kerja tanah. Walaupun rakyat kelantan berjuta sekalipun bukan semuanya bekerja contohnya kanak2 dgn suri rumah dan orang tua.

    • Nur Atiqa Sakinah please la. Sebelum nak komen tu, fikir panjang sikit. Tak de la sampai menderita sangat duk hadap jammed tu. Kalau menderita, takdenye pulun nak balik kampung. Banyak sangat pihak menangguk di air yanh keruh tu siapa? Boleh huraikan? Kalau rakyat kelantan ade 5 juta, kutip sorang rm10, baru berapa cik kak. Cecah ke billion bagai nak buat highway tu? Ingat yang berjuta tu semua bekerja ke? Semua jutawan ke? Semua mampu ke? Think before speak. Dun ever give something ridiculous bila bagi awak benda tu logik. Luls

    • Sekurang2nye ade juga yg prihatin ttg perihal lebuhraya rakyat kelate yg blom siap.. psal duit 10rgt pun nk marah ngamuk bagai..aptb..tahniah rakyat kelate. Menjadi bijak sbg perantau

  7. nAk ubah diri n nak maJukan diri sDiri pon peRlukan maSa,,aPa lgi seBuah negeri. Kelantan sedang membAngun.jgn rsau. heheh. confeSsor jgn pnah giVe up nk mAi klate lgi deh.mai sokmo2. baRu npok staro mnO maJu. sep klaTe bereh bLako.

  8. Takda pembangunan la syok..baru feel dia lain bila blk kg..tmbh2 time raya.. Feel blk kg tp umah taman ni x berapa syok tau…cm tak brapa nk kg.. Negeri je tawaduk…besederhana.. Tp anak kelantan yg plg byk merantau..g la mana2.. Mesti byk ank kelantan..dkt u ke..kt tmpt kje ke.. Kdai mkn ke..mesti rmai..

    • Betul33x.. sokong sgt statement awak. Boleh dktakn ramai student klantan yg ada d ipt sluruh malaysia. Ini jelas skali membuktikan bhw anak2 kelantan MAJU dlm pendidikan meskipun bandarnya KURANG MAJU sperti yg dktakn oleh confessor tu.. ???

    • macam la jem tu hari2 berlaku macam dekat kl yg kononnya jalan 3@4lane tu,ape ko ingat org org lain tak merungut ke bila jem?..”eh sukenya jem,esok nk jem lagi la”..tak penah dgr ke rakaman suara seorang wanita yg keje kl nk balik selatan,ari2 jem sampai dia fade up call operator pastu maki2 keluar perkataan kesat..mesti tak penah dgr akak yg viral tu kan,klakor bro..

    • Hihihi actually sy rindu “jem” tersebut…dulu duk kl…lani duk penang…dah xmerasa jem…bila sampai dipintu gerbang gua musang..hanya anak kelantan tau feel dia…”i feel good and feel fresh” ..amik positif dgn post adik ni……tu pandangan dia..pk yg baik lihat dgn pandangan baik…komen yg baik baik..ambo pon ore klate….

  9. encik zul, takpelah maybe awak baru ada rezeki utk travel dlm negara (assumption saya je ni, harap betul). apa kata kalau ada rezeki lebih, try travel luar malaysia. dan carik negara2 yg mundur tau jgn carik negara maju. nnt di situ baru timbul kesedaran bahawa kelantan tu mungkin berkali lebih baik.

    sbb tu selalu disebut, kalau nak buat perbandingan, bandingkan dgn org yg lebih teruk dari kita. maka nnt ia mengajar kita erti syukur.

  10. Haha motif nk ckp jlan xde je ak rasa ni..2 ha jln tgh buat sabau..bukn nk ari ni siap esk..lg pn duit nk buat jln 2 patot kerajaan prsekutuan yg sediakn a.k.a kerajaan bn..bukn kerajaan negri…so elok la pg rujuk trus dorg nape xbg duet..senang

  11. Kalu nk bandaraya liplap2..bgunan tinggi2 ko duk kl ke jb je la..masing2 ada keunikan tsendiri..xde lak aku dgr org kelantan btumbuk nk kan sgt “pembangunan” mcm ko bygkn tu..traveller taik kucing lah ko..

    • Amboi kak. Garangnyaa komen. Cuba baca ayt awal post ni. Nk meluaskn pmikiran je. Dia tertnya2 sbb apa. Mgkin org klantan bleh jwb. Kem salam kt pomen fhmi. Auumm

    • Kata tgh cuti sem..so akk letakkn org ni blaja poly/kolej/uni..xkan xtau kelantan ni bwh pembangkang kan..rata2 tahu isu royalti dan ‘dianaktirikan’ dr segala bentuk kemudahan/bantuan dr kjaan psekutuan..kalu nk kata bdr kuala trg lg maju bbanding kelantan..??p tgk btol2 ya..pomen fahmi tgh memerot?

    • Tp mmg btol pn kak apa dia cakap. Sy raya kota bharu, mmg nmpak pmbngunan dia lmbt. Stiap kali balik raya tuu, kdg2 ade projek xsiap lagi. Tp bndr kota bharu ni bersih xde smpah. Tu best

    • Org kelantan origin duk stu yg mmg lahir,beranak pinak,keje kat stu dh ok suasana mcm tu.kalu diaorg boring tau la diaorg buat cmne..xyahla buat ayat last gtu..?

    • Haa tula akak. Itula point dia sbnrnya. Islam ni bkn pasal solat, puasa, hudud, kerajaan tu je. Dia merangkumi smua. Memajukan bandar tu memberi kemegahan thadap islam apatah lagi negeri ni ditadbir oleh org2 yg alim. Bab royalti sy xnk msuk. Perbaiki jalan. Buat rumah kos rendah utk org yg dilanda banjir. Hentikan pembalakan yg bleluasa. Byk benda bleh buat utk menampakkn kelantan tu indah. Dia bagi pndgn bagi pihak org yg merantau, dia compare utk tau perbezaan dan drpd tuu bleh la perbaiki apa yg kurg. Sy dok klate loni, sy stuju dgn dia.

    • Naim Ahmad Hasbullah dah berapa negeri dah merantau dik… sy ni dari kedah hingga johor dah… kbyakan pembangunan lebih kurang jer kecuali kl,selangor PP, dan johor jer yg hebat.. negeri lain sama jer dik.. cuma negeri lain jln ada highway kelantan baru jer nk buat… lambat sebab pembangkang.. tu jer dik.. jgn bandingkan dgn kl, johor,PP, dan selangor dik..

  12. Hahahaa.. gelak je baca… 3 juta rakyat kelantan balik raya jam sampai 13-14jam pon xmerungut.. walaupon negeri kami xsemaju negeri2 lain..kami lebih suka begini je.. walaupon kami keje di bandar2 Kuala lumpur yg pesat dgn pembangunan.. kami tetap rindu suasana kelantan yg kurang membangun.. maafla..

  13. Kate traveller tp sceptical n narr0w minded . Triple Mor0n ! .. Tinggal kt bandar tp kolot .. Ko x pnh dgr royalti k bro ? Pmbgunan jalan mcm lebuhraya k jalan persekutuan k jalan negeri k ni tggugjwb spe ? Krajaan pusat k krajaan ngeri ? Sejarah kau failed k dlu .? Kami Kelantanesse bahagia dgn kesederhanaan . Kami nak akhirat bkn dunia !!!
    Malaysian y bkn kelantanesse , bila mai sini diorg x pnh komen sebut psl pmbgunan dan diorg pling excited dtg sini sb mudah nak s0lat . Masjid n surau bersepah especially kelantan n terengganu . Negeri ko hado ?

  14. Bandar k.trg dengan bandar kota bharu, baik kota bharu lagi wei br. Mana aku tahu? Pasal aku org trg, dengan kampung nenek kelantan, asal cuti panjang je balik sana. Bila setiap kali balik makin bagus membangun banding dgn k.terengganu, tapi aku ttp sayang dua dua negeri. kau baru seminggu je, tak cukup lagi tu br.

    • Ye btul ckp awak..suami sy tganu..sy klantan..sy tau sejauh mane pmbangunan dua2 negeri ni..ofkos la kelantan lbh byk shopping mall..pembangunan dmaksudkan dr sudut ape ye..

    • dia kata dh cover smua negeri tp nama klantan yg dia petik… motifffff ???? ??? (xnak komen byk psl tganu tp kalo btol dia dh cover smua negeri, dia lbh tau)

    • Btol3..tapi kalau bab jalan, KT la menang kot. Kalau bab shopping, kb lagi best. Budak tu dia tgk dr perspektif org yg naik bas kot?

    • Klau naik bas pon fasiliti bas awam kt kb ok ckit dri kt. Maybe dia pndang fasiliti jalan je kot. Sbab tu confessor tulis camtu. Klau bab jalan jujur ckap kt lg maju. Tp klau bab pmbangunan len mmg kb maju ckit dri kt. Even kwan2 trengganu sy pon ckap camtu.

    • Azma Mohamed betul tu. Pmbgnn dgn ekonomi trganu n kelantan jaoh lg pesat kelantan kot. Msing2 kalu xtahu psl ngri trgnu kelantan jgn wat bijok blh dok?? Ak lepuk atah dahi sorg2 kang! Stkt mari kel smnggu mcm duk kelantan 100 thn doh! Alahbaler2.

    • Dr segi byk bangunan, memang byk kota bharu, cuba tgk dr segi kebersihan bandar, kebersihan jln raya, jln raya bertar cantik, memang kalah lah kota bharu berbanding teganu…. Masuk border pasir putih besut pun dah lain mcm sakan dah jln…. Teganu may b x kreatif mana dr segi resepi tp kebersihan alhamdulillah… Kelate resepi makanan tip top tp tong sampah tepi jalan….. Ya Allah, mengucap panjang sy tengok…. Ada yg perlu diperbaiki lg…. Katanya islam amat dihayati tp bersihnya d mana? Ambo pun ore kelate, buke jenis cuci jugok tp kena jg cari redhaNya melalui kebersihan – ANNAZOFATU MINAL IMAN…. wallahu alam…. Nih esok nok kelik rayo ni, nati tengok hok ambo oyak jolo ko dop… ??….kelik dgn keta ni, buke dgn sayap…

  15. salam. Tbh, aku rasa confessor ni reti tgk jalan je kot. Main problem dlm confession ni tgk jalan je. So, in my opinion, confessor ni budak civil, minat jalan. N pegi negeri org lain selain dr org lain pn, aku rasa confessor ni pn tgk jalan je kot. Aku pun dh pegi byk tmpt. So far, aku rasa sama je. Klu nk banding negeri2 lain dgn kl, mmg jauh beza. Mmg tk dinafikan la, jln kt klntn teruk sikit. Sama je sume negeri ada byk jgk jalan satu lane. N aku rasa yg membuatkan confessor rujuk kelantan, maybe sebab ramai org kl balik kelantan. So, aku rasa confessor cuba utk suggest, bg rakyat kelantan ni upgrade kn sikit jalan kt kelantan ni, setaraf dgn kl, supaya, org kt kelantan ni setaraf kt kl. ke guano en. Zul?

  16. Huhu, rasanya dah lama budak nie g klantan n baru nak start menulis, sorry la, klu area pantai timur..kelantan paling maju bandarnya, teruk sgt budak nie

  17. What you tried to pin point is not regarding Kelantanese’s cultural or behaviour then why seek attention using that title? Want to see double triple lane at all places within kelantan? Then, need to sacrifice all those citizen’s land and house along the roads? Thanks but no thanks. Just want to ask, till which area did you explore kelantan btw? Peace.

  18. Sy org kuantan…5 tahun sy cari rezeki kt kota bharu…sy juga pernah mencari rezeki di KL..jujur cakap..sy lagi suka perancangan bandar di kota bharu berbanding kuantan..kota bharu jem bila ada cuti perayaan shj..berbanding kuantan setiap hari jem..banyak lagi kalau nak senaraikan kelebihan kelantan ni.

  19. Dari segi pembangunan bandar Terengganu n Kelantan, better kelantan sebenarnya. Rasanya semua org dh tahu benda ni. Tp apa pun Kuantan ttp dihati haha. Kbai

  20. Hahahah…nok banding kota bharu sama kl memey la..tra banding kuantan sama kl..baik koto bharu lagi la..aku rasa dia singgah di pahi kot hahaha

  21. P lah desak kerajaan bayar balik royalti minyak negeri klntn yg dh dmpai berMilions tu. Klntn dh usaha dh. Tp krajaan xlyn, negara byk hutanglah kot kan. Smpaikn royalti minyak klntn pn lesap xleh nk byr smpai skg. Satu lg, jgn la judge dkt pembangunan kt negeri ni je, p lah masuk dlm parlimen skali stiap kali dorg bt tu, tgk layanan cemana krajaan pusat kasi kt klntn mntg2 la klntn ni bwh pas. Satu lg, bekas PM kesayangn ko dlu prnh iktirafkn pelanta minyak d perairan klntn tu kasi kt siam. Hak klntn dicabul broo.. N mnde ni dirahsiakn, sbbtu ko xnmpk! Mnde ni prlu dicari gali utk tahu. Ko kne byk join brcmcm2 gerakan yg ada kt mlysia ni lg2 kt pringkt universiti ni, barulah ko tahu. Sekian

    • 100 tahun pun tak kan hbs pasal royalti ni.., improve la management tu dulu,,negeri lain pon xde minyak..ni kalau ustaz2 je yg jd pemimpin, mcm mne nak maju..yg profesional pulak baru kena tendang keluar,,btw rasanya berjuta jugak kerajaan pusat kena cover kelantan, kalau tak rasanya tak terbayar gaji penjawat awam negeri..apa cerita rumah2 banjir, dah setel ke? ke masih sibuk cari org dedah aurat?

    • Excuse me? I think you need to improve more on your reading sir. Klakarnye you pnye statement. Have you ever learn about the system? Whatever wages or any payment doesn’t involved with kjaan ngeri. Plus kjaan ngeri is doing their very best to help those people without the help from federal govt. Get your fact straight. You’re just attacking solely base on kjaan ngeri being under opposition’s ruler which unfortunately alim ulama. There’s absolutely nothing wrong with pak ustaz running a state. What’s wrong is your mentality on how religious people set a state backwards. That’s my dear is not right. Perhaps you should read some more before you keep on insisting on your lack of argument. Thank you.

    • Ko tahu x psl minyak d perairan kltn tu n royalti minyak tu 2 pkra yg lain2? Psl minyak d perairan klntn tu mmg solely hak klntn tp exPM ko dh bg kt negara lain. N psl royalti ni plk sume negeri berhak dpt share drp royalti ni. Tp share utk klntn lgsg xdiberi. Ko dh brapa kali masuk parlimen tgk pmimpin klntn fight utk pembangunn klntn ke x? Pmimpin mana yg xfight utk pembangunn negeri memasing? klntn trpksa kumpul duit drp rkyat stiap kali nk bt pape. So mmg mkn masa la. Nk kumpul duit bkn sng. N lgpn aku tgk xdela sume negeri tu mmbangun, pahang pon biasa je aku tgk. Btw aku xpernah kutuk2 negeri lain wlpn aku tahu sume negeri ada klmhn masing2.. Tp bila aku jumpa org jumud mcm ko nih aku rasa aku ptt maki negeri ko. Xprnh mmbesar kt klntn tp sibuk nk bg andaian sndri. Apa mslhnya kalo ustaz2 je yg memimpin, bknnya org bodoh yg jd pemimpin. Hak klntn mmg byk disekat.. Ko apa tahu? Aku ada sorg kwn bdk johor yg suka merendah2kn klntn n suka cari klemahan negeri klntn ni utk maki aku, so bolehlah nk aku kenan2kn kt ko.

  22. Kelantan best pe..mkn murah,sedap..respect cina yg mmg dduk klntn…kecek klate fasih..even duk 6bln kt klntn..tp,mmg terbaik..wpun xde wayang..bndr kota bharu tu x mcm kota pn..tp,sronok..! Siyes..rindu klntn..rndu ns kerabu.. Dan sy bkn org pntai timur..tp org johor.. Xpyhla awk nk downkn sesebuah negeri disebabkn nmpk mundur..sekurang2 nya kite tahu n nmpk yg kelantan ad ciri tersendiri..ni pndpt sy la..jgn mrh ye..here

  23. Bro. Dah pergi bandar Kota Bharu ke? Rasanya lagi banyak mall daripada sesetengah negeri. Malas la nak mention negeri mana. Satu lagi, kami anak Kelantan memang x kisah. Suka sangat dengan suasana aman damai mcm ni.

  24. pelik lah kau ni. sepatutnya kau dah tau jawapan nya. Kau tahu siapa PM skrg? Kau tahu x tahap ketidak peduli dia pada rakyat kelantan? apa tah lagi bab2 pembangunan. Bro, kalau ko nak tau, Ada satu jambatan menghala ke Pasir putih tu roboh. Jambatan je bro, Hampir 2 tahun baru nak siapa padahal benda kecil ja bro. sbb apa lambat? sbb pemimpin kau xpeduli. kalau negeri lain? siap nak perbaiki jambatan sampai berbillion2 habisnya. Sungguh tidak adil. apatah lagi jalan raya. Lagi satu bro, Highway baru yg dibuat di Gua Musang tu berapa lama nak siapa. Bangang apa bertahun2 lamanya dari aku sekolah sampai lani umor 21 belum siap sepenuhnya. Jangan salahkan orang yang duduk di kelantan bro, salahkan pemimpin besar negara ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *