Keluarga Berantakan

Keluarga Berantakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Nama samaran aku Mek, aku nak minta pendapat atau cadangan berkenaan hidup aku.

Berkenaan aku, aku perempuan, anak bongsu dari dua beradik, umur awal 20-an, tunangan orang dan bekerja tetap. Dari tajuk mesti semua dah boleh agak, mesti cliche. Tapi aku buntu, ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapak. Aku pendam hal ni dah lama, dari kecil, sampailah aku besar ni.

Ceritanya macam ni, aku datang dari keluarga yang berpecah belah, mak bapak bercerai. Tapi bukan bercerai cara baik, bercerai tapi sampai harini masih bergaduh. Kalau ikutkan nak dekat 15 tahun diorang bercerai dah. Tapi sampai ke harini masih bergaduh. Bergaduh dalam WhatsApp la, facebook la, update status WhatsApp perli memerli dan lain-lain lagi.

Ayah aku, panas baran, dulu waktu kecik, aku selalu tolong mak aku bila kena pukul dengan bapak aku. Tapi yang ayah aku taktau, bila ayah takde, mak aku lepaskan dekat aku dengan kakak. Kitorang kena pukul sampai tahap doa dekat Tuhan malam tu minta cabut nyawa kitorang. Bayangkan berapa teruk. Tu baru dengan mak, belum dengan bapak lagi. Tak payah cerita la macam mana. Sadis childhood kitorang.

Tu time kecik, bila dah besar sikit, bila mak bapak dah cerai habis cerita kena pukul. Kena perli pula. Macam-macam aku dengan kakak kena hambur, “hidup menumpang, makan hasil aku, bapak kau satu sen tak bagi duit” dan lain-lain. Aku type ni pun menangis bila ingat balik.

Oh ye, btw aku dengan kakak tinggal dengan mak. Ayah dah kahwin. Bahagia dan terus memerli kitorang, bila dia singgah jumpa kitorang dia akan bawak pergi makan. Bayangkan, tengah sedap makan, ayah boleh cakap “kau ingat kalau aku tak balik ni, mak kau nak bawak kau makan sedap macam ni, makan sardin la korang sampai mampus”.

Ya Allah, habis potong selera, depan ibu tiri aku, depan kakak, abang tiri aku. Malunya muka aku, sampai menitik air mata aku depan ayah. Tapi ayah tak kisah, sambil dia mengunyah tu la sambil tu perli mak, “mak kau kejap-kejap minta duit ni apehal, takde jantan nak sara dah ke, tu la mak kau, hidup macam kaya sangat, sekali Tuhan tunjuk jatuh, terus jatuh”. Dari aku berselera makan, terus tak terjamah makanan aku.

Cuba bayangkan, kecik-kecik dera fizikal, besar kena dera mental. Aku cerita dengan tunang aku, dia cakap “takpelah, ini bahagian awak dekat dunia, insyaAllah akhirat kita bahagia”. Menitik lagi air mata aku. Baru-baru ni, mak dengan ayah bergaduh lagi, teka siapa lagi kena hamun?

Yes, aku dengan kakak. Kakak tengah basuh pinggan, tiba-tiba mak jerit dari ruang tamu time dia tengah main facebook sambil tengok tv, “korang ni hidup tak sedar diuntung, makan aku tanggung, rumah free aku bagi menumpang, tapi sikit pun takde hasil”, aku yang tengah lipat baju depan mak terkejut, tapi dah boleh agak la, confirm bergaduh dengan ayah.

Aku bukan nak ungkit, tapi duit gaji aku 20% aku bagi mak, kakak lagi banyak, beli barang dapur, bayar bil api-air rumah, bagi duit belanja mak. Tapi ni yang mak anggap dekat kitorang. Penumpang yang menumpang rumah dia. Lama aku dengan kakak pendam benda ni.

Kakak sampai dah nekad nak keluar cari rumah sewa, bawak aku keluar tinggalkan mak. Tapi aku berkeras, sebab kalau takde kitorang, siapa nak jaga mak kalau apa-apa jadi. Kakak yang hati keras boleh terfikir macam tu, apatah aku, takut hati aku berubah and aku decide tinggalkan mak kalau takde perubahan.

Kawan aku cakap, takde ibu bapa yang derhaka dengan anak, dia taktau keluarga aku macam mana. Dengan apa yang terlintas dalam hati kitorang setiap kali mak, ayah hamun. Memang confirm la kitorang ni anak derhaka yang takde tempat dalam syurga.

Btw, ni je aku nak luahkan. Aku harap korang boleh bagi pendapat, apa yang aku dengan kakak boleh buat nak teruskan hidup dengan keluarga macam ni. Aku takut nanti aku kahwin, aku buat anak-anak aku macam ni walaupun aku dah janji dengan diri sendiri takkan biar anak aku rasa apa yang aku rasa ni.

Thanks guys sudi baca and admin sebab publish confession ni.

– Mek (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit