Keluarga Toxic

Hai semua, aku Aina seorang penuntut di Universiti Awam dan bakal menjadi seorang guru. Lately ni sejak belajar online, aku rasa down and sedih sangat. Mudah tersentuh.

Aku tak tahu la masalah ni sebab aku sendiri atau sebab keluarga aku. Cuma kadang-kadang aku sedih juga, aku nak juga macam orang lain. Nak beli baju dapat baju baru.

Aku dapat beli baju time raya aje mak Ayah aku bagi duit. Time hari biasa dia akan cakap tiada duit sedangkan aku tahu mereka ada.

Aku ter kesan juga lah bila aku mintak asek cakap tiada duit tapi kalau ada orang nak pinjam ke berhutang ke sampai ribu riban boleh pulak dia bagi.

Aku terasa la juga. Aku nak tanya korang, nafkah ibu bapa ni sampai kita umur berapa ya?

Mesti korang kata aku kena usaha sendiri kan, ya betul aku usaha sendiri aku jual macam-macam cari side income. Dan aku ada kekasih hati, si A ni.

Dah lama kenal kawan satu sekolah, dia lah yang banyak tanggung aku dari segi beli baju baru kasut baru boleh pakai baju lawa lawa Makeup semua dia yang bagi duit.

Every month pun mesti dia kasi duit even RM100 saja. Dia la yang jaga bagi makan dah 3 tahun.

Kadang-kadang aku ter kesan lah, yelah mana tak nya aku mintak duit nak beli kfc ke buah ke baju baru ke pun mak Ayah aku cakap tak ada duit walhal ada.

Aku tahu dia banyak duit dia bagi orang pinjam. Orang pinjam takpe tapi kalau anak mintak tak ada. Mungkin dia tak sayang aku la kot. Aku ni selalu salah saja dekat mata dia orang.

Sekarang belajar online kadang-kadang aku terpaksa menipu cakap duit tu nak bayar buku tapi sebenarnya tak pun aku guna buat beli benda lain.

Topup ke internet ke semua aku sendiri beli dia orang tak bagi duit. Tapi kalau bil phone dia orang, bayar mahal pun takpe .

Dari aku umur 18 dan sekarang aku dah umur 21 tahun. Boleh bayangkan tak? Aku selalu rasa aku tak disayangi.

Aku ada 3 adik beradik satu abang satu Kakak. Nak kata family aku susah, tak susah sangat pun. Tapi tu lah aku rasa macam hidup dalam family susah sangat pulak.

Ke masalah aku yang tak betul? Ke aku yang gila? Mak aku kalau barang yang dia nak, mahal pun takpe sanggup bayar. Kalau aku RM10 pun berkira.

Normal ke bila dah besar parents tak perlu tanggung? Satu lagi Ayah aku tak kerja so banyak mak aku la yang tanggung semua. mak aku kerja bank saja.

Kakak aku dah kahwin anak 4 dah, mak aku kalau dengan akak aku ok saja tak ada marah marah even Kakak aku cakap biadab ke apa ke tak ada marah marah tapi kalau aku asyik salah saja kat mata dia.

Aku tak faham. Aku sedih hidup macam ni. Sekarang apa yang aku rasa, tak Sabar nak ada duit sendiri nak kerja.

Mak aku kalau bab yuran belajar ke duit belajar dia akan bagi cuma tu lah kalau baju baru ke apa ke dia akan cakap pakai yang mana ada saja. Dan aku anak bongsu. Abang aku pun dah kerja dah jauh kat KL.

Mungkin sebab aku pelajar tak mampu nak bagi duit so mak aku tak sayang aku kot. Aku selalu rasa family aku toxic tak sayang aku.

Dalam Facebook semua tunjuk bahagia baik saja tapi bila layan dekat family tah apa apa. Dengan orang luar berkira pun tidak. Entah aku tak faham. Aku sedih sangat.

Aku nak juga macam orang lain dapat baju baru tudung semua aku ni semua kena berdikari. kalau family aku betul susah aku tak kisah nak berdikari.

Tapi bila dah dengan orang luar pinjam ribu riban Tapi anak mintak 10 ringgit pun berkira tu kenapa?

Mak aku kalau dengan Ayah aku, tak berkira even nafkah Ayah yang kena bagi. Tapi entahla aku pun tak faham atau pun aku yang gila or bermasalah.

Banyak lagi aku nak cerita nanti aku sambung.

– Nana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *