Keluarga Yang Dicintai

Keluarga Yang Dicintai

Aku kenalkan diri aku sebagai Z dan aku seorang perempuan. Cerita bermula apabila aku di sihir bekas kekasih. Masa aku tahu aku disihir aku masih bercinta dengan Khairul. Mula-mula aku tahu, aku tak percaya dia mengsihirkan aku, yelah kekasih hati. Mesti korang akan kata tak baik menuduh, tak baik fitnah tapi logiknya aku nak kahwin dengan dia, buat apa aku nak tuduh dia suka-suka?

Setelah aku rasa disihir, aku berubat dengan beberapa ustaz dan diajar beberapa amalan. Aku buat la amalan tu macam bacaan Yassin 7 mubin, solat hajat, solat taubat aku kemudian aku dapat petunjuk melalui mimpi siapa yang buat sihir dan terjumpa barang sihir. Lepas aku jumpa barang sihir tu aku berubat lagi. Semua ustaz aku jumpa semua kata itu barang sihir dan setiap kali aku buat bacaan, mesti aku akan mimpi orang yang sama. Bila aku tak baca apa- apa aku tak mimpi dia pastu seminggu aku buat bacaan aku mimpi dia.

Sebenarnya aku berubat diam-diam sebab aku tak nak family aku tahu sebab jatuhlah maruah aku sebab pilih lelaki tukang sihir. Sihir aku kena ini nak kata teruk tak teruk tapi teruk jugalah sebab memberi kesan kepada kehidupan aku secara total sebab aku jadi malas, asyik teringat dekat dia, malas solat dan mengaji. Aku pun jadi pendiam dan suka dekat dia tetapi dengan orang aku tak suka bergaul. Tiba-tiba tangan aku kebas ni masa tulis cerita ini. Aku tulis bukan nak cakap pasal sihir tu tetapi pasal keluarga aku.

Aku pun bodoh gak pergi tuduh ex aku tu buat aku tuduh depan-depan , aku cakap macam-macam la… aku bengang amat bengang rasa macam nak bunuh dia. Tapi dia ini macam ular air, belit-belit sampai dia cerita dekat keluarga aku pasal aku tuduh dia dan part paling best family aku percaya dia. Ini merupakan puncak kemarahan aku tapi aku tak boleh cakap apa-apa sebab family aku ramai yang back-up dia. Boleh ke darah daging sendiri back up orang luar? Aku berubat sorang-sorang dengan duit dan masa aku habisnya. Ingat sikit ke guna duit berubat? Mesti korang tertanya kenapa aku berubat seorang diri. Aku kenal keluarga aku sebab sebelum ni aku dah bagi hint tapi semua buat bodoh je.

Kenapa aku tak cerita terus, masa aku cerita semua cakap tak baik fitnah. Kawan aku pernah kata, kalau aku jumpa barang kita dah tahu siapa yang buat, even aku dah tunjuk barang yang aku jumpa pun family aku still tak percaya. Kalau tak percaya takpa, sokong aku sebab aku sakit. Tapi tak, macam-macam family aku buat thoery. Dia baik, dia sayang aku, kenapa nak buat macamtu.

Habis, sihir penasih takde ke? Aku je yang tahu realiti macamana. Tak akan nak tunggu aku mati, kurus kering dan study aku tersadai baru nak percaya. Kalau jadi macamtu pun, aku rasa aku juga yang salah sebab malas belajar, kalau mati tanam atau aku yang salah menjadi punca kena sihir. Mungkin dia orang tak nampak keadaan aku, tak ada pengalaman dan tak sensetif pasal keadaan aku dalam kata lain tak kisah pun. Sampai satu tahap aku mengamuk dan akhirnya aku disalahkan juga.

Ok, apa benda yang family aku cakap antaranya family aku akan cakap perasaan aku je, perasaan apa kalau aku dengar bunyi tapak kaki dalam rumah, bunyi tingkap kena ketuk, rumah aku apartment. Tiap-tiap hari aku nampak bayangan benda tu, aku nak cakap macam mana lagi. Aku baca kululnafsin zaiikatul maut pusing rumah, badan aku berpeluh-peluh dan sakit-sakit. Kalau rumah tak kena gangguan, yang baca tu keadaan dia akan jadi biasa je. Aku nampak bayangan, kalau boleh ubah pandangan aku ke dia orang, aku buat dah. Mimpi aku sekali aku bagi. Lepas itu bagi nasihat, itu ini lepas tu semua senyap. Last-last aku berubat sendiri dan semua guna duit aku tak ada pun diorang nak tanya duit aku cukup ke tak. Oh, aku masih belajar. Tak ada pun follow up phone call cakap ok ke aku hari ini. Tak ada okay.

Kalau aku cakap aku nampak benda tu, nanti dia orang pun cakap dia orang pun pernah nampak, buat biasa je tak ada-apa. Ini dalam rumah yang aku nampak dan kena kacau dalam rumah. Korang rasa nak ke aku cerita lagi? Tak ada langsung simpati. Buat-buat la tanya ye ke, jadi apa?

Bila aku mintak kepercayaan dia orang, kakak aku cakap “dah-dah aku tak nak dengar Z (aku) kaitkan lagi hal ni dengan K”. Aku nak cerita je bagi la aku cerita.

Family aku suruh buat medical check up, bagi la duit. Kalau nasihat, aku pun boleh bagi nasihat bermodalkan air liur.Sakit aku ni pelik, aku tahu bukan sakit biasa. Lepas aku kena, aku baca dekat web pasal benda ini, baru aku teringat aku pernah terangsang tiba-tiba masa aku buat assignment aku. Tiba-tiba okay, aku bukan tengok cerita lucah pun . Benda ini aku tak cerita dekat family aku sebab aku perasan family aku jenis judgemental. Nanti adalah yang kata aku ni gatal dan dah desperate.

Aku betul-betul mental sekarang ini rasa macam nak bunuh diri je. Mak bapa sendiri tak percaya anak.
Benda dah makin baik sebab aku dah berubat banyak tempat so aku niat nak lupakan tapi aku tulis benda ni sebab benda ni datang balik. Aku jadi geram sebab di saat aku perlukan sokongan tak siapa dengan aku. Aku bukan nak duit, aku nak sokongan je. Nasib baik ada kawan-kawan aku bagi sokongan dekat aku sebab dia orang percaya apa yang aku cerita dan bagi semangat.

Banyak lagi cerita sebenarnya tapi aku takut family aku tahu aku yang tulis cerita ni. HIHI. Bukan takut Cuma nanti aku yang disalahkan sebab buka aib family. Aku mental sorang-sorang berubat , disisihkan, dibiarkan sakit seorangan is ok. Kalau korang rasa tak logik student duduk apartment, jgn persoalkan sebab cerita ni aku tak cerita sepenuhnya.

Lepas jadi benda ini, aku akan slow talk dengan parent aku sebab dah 2 bulan aku tak jumpa dia orang dan dia orang tak kisah pun aku tak jumpa dia orang.

– Zai zai

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit