Kemana Tumpah Kuah Kalau Tak Ke Nasi

Aku ada adik bongsu dan dia rapat dengan ayah aku. Mereka memang suka spend time & buat aktiviti sama2.

Tapi aku pula jenis tak rapat dengan ayah aku dan aku tak kisah pasal tu, aku ok je sebab aku selesa sendirian.

Cuma yang merisaukan aku bila ayah aku seolah-olah mengajar nilai yang negatif kepada adik aku secara tak sedar (unconsciously).

Contoh macam kami bela kucing. So kucing tu suka memancut dalam rumah & memanglah patut halaukan, biar dia kat luar rumah je.

Cuma ayah aku ni suka halau cara kasar which is dia akan pukul kucing tu. Kesian aku tengok pastu aku tengok adik aku pun ikut benda sama.

Halau macam biasa dahlah kan, tak perlu pukul kut. Aku tegur adik aku, siap marah tapi dia buat donno je sebab ayah aku being enabler buat benda tu.

Kedua, bapa aku jenis kedekut. Kedekut dia tu tahap minyak masak pun beli yang plastic & makanan kucing kena bagi segenggam je sehari untuk seekor.

Aku pula jenis kesian, segenggam je sehari wei? Mana ke tak lapar dorang… Alasan ayah aku, dorang takde function apa kat rumah so untuk apa bagi makan lebih? *sis speechless*

Kadang aku curi2 bagi lebih waktu malam sebab kesian sangat. Tapi adik aku bila dapat tahu, dia marah2 kata ingat murah ke ayah beli? Dia larang aku lol.

Tbh, makanan tu murah je bukan royal canin pun dan sewaktu dengannya. And gaji ayah aku quite tinggi that’s why aku kata dia kedekut huhu.

Pada pendapat akulah, kalau tak suka spend duit untuk kucing, kenapa bela banyak2?

Ni tak, pantang orang bagi free yang bulu2 kembang tu terus ambil tapi tak nak jaga kebajikan :( Satu lagi dia memang agak kedekut juga dengan kami tapi kami dah lali dah.

Cuma tu jelah aku nak suarakan, lelaki2 yang kedekut ni, kenapa nak kahwin, berkeluarga? Benda ni kan komitmen, banyak spend duit… bukan takat bagi makan tempat tinggal at bare minimum huhu.

Ketiga, aku tak tahu kenapa ayah aku suka buruk sangka dengan orang. Jiran beli kereta baru dia kata jiran jeles dengan kami. Jiran besarkan rumah dia kata itu ini.

And benda ni dia membawang dengan adik aku membuatkan perangai ni turun ke adik aku. Sebab aku dengar kalau adik aku bercakap pasal orang, dia akan buruk sangka juga.

Kadang aku cuba juga tepis pemikiran dia tu but still dia tegakkan juga pendapat dia.

Aku sebenarnya tak berkenan dengan perangai-perangai ni. Bukan tak tegur, aku dah tegur adik aku tapi dia tak nak dengar sebab dia nak recognition dari ayah aku atas ikut apa ayah aku buat.

Nak tegur ayah aku? Hmm, tahu jelah ego lelaki lagi2 ayah ni macam mana.

Aku nak share kat sini bukan nak aibkan ayah aku, korang pun tak kenal siapa aku dengan dia kan? Aku share supaya kalian yang bakal menjadi ibu dan ayah.

Faham, tiada manusia yang sempurna. Tapi kalau boleh hati2 lah dalam melakukan apa2 perbuatan depan anak2.

Kalian takkan lari dari menjadi contoh kepada anak2. Mereka akan imprint apa yang kalian buat. Salah satu sebab nak acceptance juga. Banyakkan perangai mahmudah, kurang2kan perangai mazmumah.

Sekian, assalamualaikum.

– Kakak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *