Kemiskinan Yang Dicari

Kemiskinan Yang Dicari

Assalamualaikum semua. Cerita yang aku nak sampai kan ni berkaitan dengan kejadian orang2 di sekeliling aku. Yang menjadikan aku concern pasal diorang adalah disebabkan benda ni melibatkan mak aku sendiri. Kemiskinan yang mereka sendiri cari dan wujudkan sehingga menyusahkan mak aku dan sekaligus family aku.

Secara ringkas. Mak aku bekerja di sebuah supermarket dengan bergaji basic minimum seperti yang ditetapkan kerajaan. Ayah aku pulak bekerja swasta. Kehidupan kami sekeluarga sederhana, cukup2 makan, tiada wang simpanan. So aku teruskan dengan cerita aku. Ada beberapa watak dan situasi yang berbeza.

Kisah 1.

Kisah pertama tentang jiran aku yg bernama Makcik Esah (bukan nama sebenar). Makcik Esah ada beberapa orang anak. Dua orang anak dah berkahwin dan tinggal jauh. Kadang2 je balik. Jadi Makcik Esah tinggal dengan anak dia lagi 2 orang, dua2 perempuan. Makcik Esah mengidap penyakit kencing manis yg mengakibatkan beliau terpaksa dipotong kaki sebelah, jadi hanya boleh mengesot. Tapi disebabkan dah tua dan tak larat ke sana sini, Makcik Esah hanya tidur di ruang tamu.

Kedua2 anak perempuan Makcik Esah sekarang tak bekerja. Ya saya ulang, TAK BEKERJA. Masing2 sudah mencecah umur hampir 30an. Makan dan minum hanya mengharapkan duit zakat setiap bulan dan duit bulanan OKU Makcik Esah. Si kakak ada jugak usaha untuk cari kerja merata2 tempat, dan setiap kali jugak dibuang kerja sebab dia agak lembab dlm buat kerja. Jadi setiap kali dapat kerja baru, paling lama pun 2 bulan saja dia kerja.

Si adik pulak, pernah jugak kerja kilang. Tapi lepas 2 3 hari akan bagi alasan demam atau sakit kepala dan minta utk berhenti kerja. Tapi sebenarnya ada penyakit. Penyakit MALAS. Pernah jugak dia bagi alasan lelaki asyik tengok dia masa buat kerja. Padahal dia yang perasan sendiri. Haha. Jadi disebabkan takda kerja dan takda duit, mereka terpaksa meminjam. Dari siapa? Dari mak aku.

Mak aku ni memang jenis cepat kesiankan orang. Dari dulu lagi memang orang suka cari mak aku untuk pinjam duit. Aku pun taktau apa yg mereka nampak kat mak aku ni. Nak kata kami ni kaya mmg la jauh sekali. Sebab dulu mak aku suri rumah saja.

Walaupun mak aku ni baik dgn Makcik Esah, tp banyak kali jugak mak aku sound anak2 dia. Suruh cari kerja tolong mak. Tapi si adik pandai pulak bagi alasan nak duduk rumah jaga mak. Tak sampai hati tinggal mak sorang kat rumah. Padahal dia duduk rumah nak masak pun pemalas, biar rumah tak berkemas, dgn berbau sebab Makcik Esah makan pun di ruang tamu, lepas makan dia akan tinggal pinggan di situ tapi anak dia yg sorang ni boleh biar ja bersepah2 pinggan mangkuk kat depan tu. Mmg rumah diorang bersepah sangat. Anak dia duduk rumah asyik main phone, asyik cakap pasal nak kawin.

Ohya, Makcik Esah ni mata dah kabur, jadi dia tak nampak rumah dia tu dah bersepah macam tongkang pecah. Kalau tak memang dia akan bising. Mak aku ni punya lah baik dgn diorang, selalu beli nasik atau apa2 setiap kali makan kat luar. Kadang beli barang basah, mak aku beli skali utk diorang. Tapi, dibalasnya tahi. Pernah skali tu mak aku beli ayam dua ekor, bagi la sekor utk diorang. Esok tu mak aku saja la pi sembang2, pastu mak aku tnya ayam buat masak apa. Boleh Makcik Esah cakap mak aku bagi ayam busuk. Terkejut beruk mak aku. Takkan la mak aku tu bodoh sangat nak beli ayam dua ekor, satu busuk bagi kat diorang. Lebih baik takyah beli lgsg.

Pastu mak aku bising la. Mak aku cakap entah2 diorang yang tak simpan peti ais, mmg la busuk kalau biar lama2. Makcik Esah pon diam ja. Tergamak jugak cakap kt mak aku camtu. Lepas dari tu mak aku tak beli dah. Ada sekali tu mak aku beli ikan masin apa entah, yg jenis mahal sikit sebab nak buat kenduri. Beli banyak so bagi diorang setengah. Diorang masak la bagi Makcik Esah. Makcik Esah pon sempat makan satu kali, lepas tu masuk renga (aku taktau nama lain bagi benda ni, benda yg putih2 bekas lalat tu haha) sebab diorang tak tutup. What the heck? Mak aku punya lah terkilan sebab mak aku bagi banyak and diorang masak habis, tapi lepas tu buang macam tu ja. So lepas tu memang mak aku dah tak bagi apa utk diorang. Just beli makanan yg dh siap masak utk sekali makan.

Ha satu lagi, diorang memang selalu mintak tolong mak aku untuk withdraw duit. Ada skali tu, mak aku dari sedap2 landing rehat2 kat rumah, diorang message suruh mintak tolong withdraw duit sebab diorang mmg takda motor. Lepas mak aku bagi je duit tu, Makcik Esah ni boleh pulak tanya mak aku, banyak ni je ke? Mak aku pun pelik la. Mak aku cakap “dah banyak tu je yang ada, kata suruh withdraw semua. Selalu duit zakat masuk berapa?” Makcik Esah boleh jawab taktahu. Padahal setiap bulan kot dapat duit tu. Mustahil dia taktahu. Takkan lah nak tuduh mak aku ambik duit diorang pulak. Mak aku lagi bagi macam2 utk diorang lagi ada la. Menyirap ja aku dengar mak aku cerita.

Okay dah lah eh pasal Makcik Esah. Banyak lagi sebenarnya. Tapi tu pun dah buat aku geram, haha.

Kisah 2.

Kisah kedua ni pasal kawan sekerja mak aku. Bila mak aku dah kerja ni, kawan2 kerja dia pulak yang start meminjam dengan mak aku. Memang sampai satu tmpt kerja tahu mak aku ni dah macam along dah, tempat pinjam duit. Yang bayar ada, yang tak bayar pun belambak. Kalau kumpul semua yang tak bayar tu, boleh keluar sebijik motor cash, haha.

Kawan sekerja mak aku ni kita bagi dia nama Kak Leha eh. Dia dah kerja agak lama, gaji pon 1.5k. Lagi banyak dari mak aku. Husband dia kerja bawak lori, mau tak mau sebulan ada la dalam 2.5k. Dia takda anak. Tapi, tak tahu lah macam mana Kak Leha ni manage duit dia. Dia selalu dapat gaji awal bulan. Tapi lepas 4/5 hari macam tu, dah start meminjam duit dgn mak aku. Sekali pinjam tak lah banyak, dalam 50, 30, 20. Sebulan ada la dekat rm200. Tapi yang bagusnya, dapat je gaji dia akan terus bayar lump sum hutang dia. Tapi tu lah, lepas 3/4 hari akan pinjam lagi. Padahal anak pun takda.

Mak aku memang sampai dah naik rimas. Kadang mak aku malas layan, mak aku cakap tak bawak duit. Esok dia akan tanya lagi. Sampai la mak aku bagi. Mak aku plak jenis kesian, tak sampai hati. Aku pun tak tau nak cakap apa dgn mak aku ni haha. Tu belum masuk orang lain lagi kat tmpt kerja ni.

Kak Leha ni, makan punya lah jimat. Beli nasik lemak RM1 dua bungkus, satu buat brekfes satu lagi makan tgh hari. Tapi tetap jugak takda duit. Tapi cerita pasal shopping pandai pulak sembang. Konon beli yg ni yg tu. Bila takda duit nak makan, mak aku jadi mangsa.

Apasai yg dicari sangat kemiskinan tu? Takkan lah tak reti sangat manage duit sampai perlu meminjam? Lainlah kalau gaji laki bini kecik. Ni gaji pon kalah orang ada anak. Huhu.

Kisah 3.

Yg ni pasal kawan kerja mak aku jugak. Janda anak 2. Yg ni lagi teruk. Bekas suami memang dah tak ambik tau, duit pon tak bagi utk anak. Dia kerja pun gaji sedap lah jugak, 2k lebih. Buat part time bisnes cosmetic. So utk nampak berjaya gitu, haruslah beli kereta kan. Tapi duit nya enggak ada. Jadi pinjam along. Dah kalau nak beli kereta takda duit, ingat nak bayar along tu ada duit? Nak bayar kereta lagi. Sudahnya, dia terpaksa pinjam dari 3/4 along yg berlainan utk settle kan hutang dia. So hidup dia memang dikelilingi hutang along.

So kat sini la function mak aku. Dia cerita nangis2 kat mak aku, kononnya ni dugaan dia. Mintak tolong mak aku, mak aku pon bagi pinjam 400. Sekali 200, sekali lagi 200 lagi. Semuanya 400. Lega sikit hati dia. Baik kan mak aku.

Kereta dia pun dah jual sebab tak mampu bayar. Katanya bulan 3 ni dia dapat duit kutu 5k, boleh la buat bayar semua hutang, skali dgn mak aku. Dia nak makan pon takda duit, tah masa bila nya dia main kutu smpai 5k. Kah kah kah. Mak aku pun percaya la cakap dia.

Dari awal dah memang tak mampu nak pakai kereta, kenapa nak kena cari pasal jugak eh dgn pinjam along bagai? Lepas tu buat ayat sedih sebab konon2 dugaan dia, dia susah skrg. Sila tepuk tangan gais.

Kisah 4.

Yg ni pun pasal kawan kerja, Kak Ya. Ada anak dua orang. Yg sulung duduk dgn nenek. Tapi Kak Ya still kena tanggung sebab nenek pun harapkan duit barang dapur dari Kak Ya, menantu dia. Nenek ni mak mentua Kak Ya. Memang Kak Ya ni susah sikit, dulu laki dia kerja jugak so kurang la sikit beban. Skrg laki dia tak kerja. Katanya susah cari kerja.

Mak aku pun rapat jugak dgn mak mentua Kak Ya. Selalu kalau mak aku buat kuih apa2 mesti bagi kt Kak Ya sikit suruh bawak balik rumah mak mentua dia. Diorang duduk asing, tp rumah dekat2 je. Kak Ya sebenarnya tak cerita pun kat mak aku yang laki dia dah tak kerja. Mak aku tau pun sebab mak mentua dia la. Kak Ya cakap kat mak mentua dia, laki dia tak kerja pun tak apa, boleh tolong hantar dan ambik dia dan anak dia pi sekolah. Bila aku dengar mak aku cerita camtu, I was likeeeee the heck?

So seperti biasa, mesti korang dah boleh teka kan. Ya betul! Dia mmg selalu pinjam kat mak aku. Kadang sebulan cecah 300. Tapi dia bayar sikit2 je. Macam bank, pinjam 1000, bayar sebulan 50. Haha. Last dia pinjam, dia bayar la 50. Tapi lepas tu mak aku tanya yg lebihnya bila nak bayar sebab time tu dia dapat duit brim kot, dia cakap nanti je.

Lepas tu dia tak pinjam dh kat mak aku. Dia pinjam kat orang lain pulak. Tapi hutang dia masih ada 200 lebih. Jumpa mak aku skrg pun boleh je bergurau macam biasa, tapi pasal hutang lgsg tak sebut. Pastu baru2 ni diorang ada cari org utk pegi cameron trip, dia daftar nama dia and anak dia, “alahh 60 je sorang” kata dia. Wink wink hihi.

Ala ramai je kt kawan tmpt kerja mak aku yang laki diorang tak kerja. Cumanya tak la pinjam kat mak aku, tak libatkan mak aku. Sebenarnya aku bukan la nak bercerita sangat pasal orang. Aku just nak share dan nak korang aware yang orang2 macam ni memang wujud. Tak tau la apa yg ada dalam fikiran diorang. Aku ni kerja satu tmpt dgn mak aku, so aku witness semua tu depan mata aku. Aku dari habis sekolah, dah start kerja sebab nak beli phone.

Dulu dapat phone pun sebab aku score straight A upsr and pmr haha. Pastu setiap kali cuti sem mmg aku akan buat part time. Tak pernah la duduk rumah saja. Adik2 aku pun mcm tu. Adik aku yang last tu, habis je pt3 terus pegi cari kerja sebab nak beli barang motor dia tu. Mak kitorang mmg tak pernah la manja kan dgn duit. Nak duit kena cari sendiri.

Korang ada ke jumpa orang orang macam ni or aku je? Haha.

– Nora

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit