Kenapa Aku Berbeza

Kenapa aku berbeza berbanding adik beradiku yang lain. Aku ni pelat. Walaupun aku tahu ummi dan babah sayangkan aku. Aku ni pelat. Bercakap pun tak jelas. Lidah pendek. Semua sebutan tak betul.

Pelat buat aku rasa rendah diri. Ummi dan babah mengakui aku pelat selepas aku mula runsing dan bertanya. Ummi kakak ni pelat ke? Soalan ni muncul semasa aku di tingkatan satu. Bilamana seorang budak lelaki tegur aku pelat bila cakap b0doh.

Dan ketika itu aku tak hiraukan dah. Belum tahap serius. Time tu tak banyak sangat nak fikir. Pedulikan. Tapi teguran itu terus menghantui didalam fikiranku dari hari ke hari. Arghhh dan sampai la ni aku masih memikirkan kelemahan aku diusia 27 tahun ini.

Pernah juga ditegur customer yang datang ke kedai. Siap dia ajuk semula sebutan aku dan gelak-gelak. Aku diam sahaja sambil tersenyum. Hati aku sebut arghhh shit lah! Pelat aku semakin teruk.

Sampai aku berjumpa dengan kaunselor di sekolah. Dan kaunselor sendiri pun perasan sebelum aku beritahu dia. Aku datang kerana aku nak meluah yang aku berasa rendah diri dengan keadaan diri aku. Mungkin kekuruangan aku ini menjadikan aku seorang yang pendiam dan buat hal sendiri sedari kecil.

Ummi Babah jawab dan akui aku pelat. Ada masalah lidah. Tapiiiii kenapa tak pernah bagitau aku? Dan aku terkejut mereka sendiri sedar sebutan aku tak jelas.

Argh sedih. Tidak pula aku marah pada mereka. Cuma terkejut hakikatnya ramai tahu aku pelat. Aku sahaja yang tak tahu ketika itu. Aku sedar apabila umurku menginjak umur 20 tahun. Dan yang paling funny sekali buah hati aku pun sedar aku pelat. Dannnnn dia sendiri sedar masa pertama kali jumpa.

Arghhhh… Aku cuma diam then aku balas. Sebenarnya I memang nak cakap tapi awak dah tau dulu. Dia cuma kata. It’s okay. No hal. It does’nt matter. Ermmmm…. Ex buah hati aku pun akui hahaha. Tapi tak pula menghina.

Itu satu hal. Hal yang ini pula faktor terbesar yang menghantui aku. Aku ada muka yang bengis. Lebih-lebih lagi kalau aku seorang diri dan duduk diam. Muka aku ditegur. Kenapa dengan muka engkau tu. Tengok orang macam tu.

Itu adalah teguran pertama yang aku dapat masa aku kecil. Padahal aku tak buat apa-apa pun masa tu. Just memandang biasa. Tapi manusia telah salah tafsir. Dan otak aku macam biasa mula menjalankan tugasnya

Muka aku okay tak? Tak nampak suram ke? Monyok? Dan macam-macam lagi lah. Arghhh why aku pandang benda ni terlalu serius. Dan semua ni terbawa sehingga besar. Sebab tu aku selalu senyum all the time.

Bila aku tak senyum ramai akan tegur aku. Dari adik-beradik sampailah kawan-kawan. Selama ini aku menjadi fake sebab nak tutup cela diwajah aku. Arghhh. Aku rasa bodoh!

Bukan itu sahaja sedari kecil lagi aku agak berisi. Sampai aku sendiri digelar debab oleh keluargaku. Dan kadang-kadang panggilan itu disebut sampai hari ini. Ada masa aku okay je orang panggil debab sebab aku memang begitu. Ada masa aku tak boleh menerima.

Lama-lama aku sendiri pula yang melabel diri aku gemuk. Bila berat badan naik dan mula ada double chin serta berpipi tembam aku akan jadi bertambah stress. Sampai aku boleh rasa macam ada benjolan kat bawah dagu aku. Tak pun terasa tegang di leher. Namun aku diamkan sahaja.

Sebab itu aku sentiasa persoalkan bentuk badan aku. Aku nampak gemuk tak? Aku nampak okay tak? Aku nampak cantik tak? Aku jadi tak yakin langsung dengan diri aku. Aku terasa malu bila berhadapan dengan manusia.

Selalu aku takkan pandang orang-orang yang bertembung dengan aku. Aku rasa seperti dijudge. Walaupun memang tak ada, tapi fikiran aku tak boleh padam. Aku rasa bila orang melihat aku, aku jadi tak yakin. Aku rasa ada yang tak kena dengan diri aku.

Arghhh I have to stop this. Lama-lama aku jadi paranoid dalam segala hal. Dari segi percakapan aku, pemikiran aku dan segalanya lah. Arghhhh I hate this. Sekarang aku takut nak berhadapan dengan manusia.

Hari itu aku pergi kenduri kahwin. Aku rasa macam tak selesa gila. Aku rasa semua orang sedang memandang aku. Aku pula duduk diam je sambil memikir dan mata melilau ke sana ke sini untuk check ada tak orang tengok aku. Arhhhhh. Stress aku.

Perilaku aku ini ditegur oleh kakak aku. Aku tanya dia. Akak nampak okay tak hari ini? Kakak aku jawab nampak okay tapi nampak malu sangat. Arghhhh. Apa lagi aku terus ambil kunci kereta adik aku. Aku blah dari situ. Aku rasa macam memperbodohkan diri datang wedding orang dengan keadaan aku yang sebegitu. Mesti nampak bodoh.

Macam malu-malu. Orang pun menyampah. Dan aku sendiri boleh rasa abang ipar aku pun menyampah. Adik aku yang memahami dia biarkan sahaja aku pergi. Sebab dia faham dan tak menghalang. Aku duduk dalam kereta hampir 1 jam. Sehinggalah abah kata jom balik.

Babah siap tanya kenapa tak turun balik masuk dewan. Aku terus terang sahaja. Akak malu dan tak biasa. Puas hati aku. Balik tu aku drive sambil diam. Dan aku terus fikir yang bukan2.

Nampak tak tu negatif thinking aku akan muncul bila aku keluar jumpa orang ramai. Sebab tu bila keluarga ajak keluar aku berkeras tak nak pergi! Sebab itulah aku lebih suka sendiri. Bekerja sendiri. Keluar shopping sendiri!

Aku rasa macam b0dohkan diri sendiri, mengaibkan keluarga sebab ada anak perempuan macam ni dan aku rasa aku spoiler bila ada gathering keluarga macam ni.

Sepanjang perjalanan aku cuma menangis. Kejap2 menangis mengenang apa yang terjadi. Bilalah aku nak berubah. Ummi Babah tak perasan sebab diorang duduk dibelakang. Adik tahu. Tapi dia diam je. Aku diam sahaja. Sambil memandang kosong. Hati aku menangis dengan penyakit yang aku dapat ni. Bila semua ni nak berakhir.

Kejadian itu seperti kemuncak dalam hidup aku. Aku dah tak tahan. Malam tu selepas pulang dari majlis aku terus masuk bilik dan termenung atas katil. Dan aku dah decide aku mesti jumpa doktor. Aku perlu pergi jumpa kaunseling. Aku mula mempersoalkan macam-macam.

Kalau aku kahwin nanti macam mana? Mesti nak kena bergaul dengan semua orang. Keluarga ipar duai. Aku tak nak bagi malu pada suami aku. Macam mana pula dengan kerjaya aku. Tapi kerana masalah malu berhadapan dengan orang aku banyak hilang peluang dan kejayaan aku akan terbatas.

Arghhh. Aku mesti dibenci adik beradik dan ipar duai dan orang keliling aku jika berterusan. Aku dah decide nak jumpa kaunselor. Aku bagitau adik aku. Dan adik aku sangat sokong. InsyaaAllah mungkin bulan 3 ni aku nak pergi. Selama ini aku bukan tak cari solution.

Ya aku cari sampai aku bukak utube cari kata2 motivasi nak ubah otak aku ini. Tampal sana sini. Bukak zikir. Baca buku tu buku ni. Belajar menerima diri. Nampaknya tak berkesan langsung! Doakan aku kawan-kawan. Aku nak sihat dan nak jadi normal macam korangggg!

– Kakak Pening (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *