Kenapa Aku Hilang Ingatan II

Kenapa Aku Hilang Ingatan II

Assalamualaikum admin dan semua. Kalau confession aku disiarkan, aku ucapkan terima kasih banyak2. Dah lama aku tak update kisah aku. Aku pernah confess dekat sini dulu. Siapa yang nak baca boleh klik link yang ni, (https://iiumc.com/kenapa-aku-hilang-ingatan/).

Sekarang ni alhamdulillah aku dah dapat appointment doktor dan dekat dua tahun aku dalam rawatan. Aku dah tahu penyakit aku. Rupanya aku menghidap absence seizures. Masa aku dapat tahu tu aku sedih jugak. Tapi aku syukur sebab aku tak tertanya dah apa sebenarnya sakit aku.

Punca aku dapat rawatan ni pun sebab aku kena tahan wad gara2 aku hilang ingatan begitu lama masa aku dekat Universiti. Lupa nak bagitahu, aku full time student dekat sebuah Universiti.

Sewaktu kejadian tu berlaku, aku tengah solat dekat surau, sekali aku hilang ingatan dekat nak habis solat tu. Aku menangis sorang2. Bila aku dah ingat sikit, aku cari kawan aku sebab aku dah tak tahan. Aku nak jumpa doktor. Syukur ada kawan aku teman. Sampai dekat hospital, aku jumpa doktor, memang lama kena tunggu sebab hospital government kan.

Sampai turn aku waktu tu nak dekat maghrib, aku nak solat asar sebab aku belum solat lagi. Aku mintak izin doktor untuk pergi solat. Tapi nasib aku kurang baik, betul2 lepas solat, aku nak keluar surau, aku hilang ingatan. Sangat lama. Aku puas fikir apa aku buat kat sini, aku kat mana, siapa aku?

Waktu aku terkena, memang kebetulan tiada siapa pun dekat surau. Aku cuba nak keluar surau, aku nampak kasut aku dan yang paling sedih aku tak tahu macam mana nak pakai kasut. Aku sedih sangat, macam orang hilang akal cari ingatan aku balik tapi tak dapat2.

Lepas aku dah ingat sikit2 tu, aku terus keluar surau pergi dekat doktor tadi, tapi tu pun aku tak ingat jalan, menangis2 aku jalan cari doktor. Sampai lah aku jumpa doktor tu dan doktor tu pun terus masukkan aku dekat wad.

Aku kena tahan wad dua hari dan aku bersendirian. Aku rahsiakan dari keluarga aku. Cuma abang aku dapat tahu pasal aku. Sekian lama aku tak pernah cerita sakit aku dekat keluarga aku. Tapi kejadian tu abang aku tahu tapi aku mintak abang aku rahsiakan.

Aku rahsiakan dari keluarga aku sejak form 5 aku kena sampai sekarang aku dah habis degree, lebih 8 tahun rasanya. Bukan sengaja aku rahsiakan, aku nak jaga hati mak ayah aku sebab kami pernah hilang orang yang kami sayang iaitu abang aku yang menghidap sakit leukimia.

Mak ayah aku sangat sedih dan mak aku depression begitu lama. Jadi aku tak sanggup nak tengok mereka sedih. Aku pendam segala sakit perit aku walaupun aku memang rasa perit bila simpan sorang2.

Waktu aku kena tahan wad tu, suami aku outstation. Dia risau sangat dan nak balik jaga aku tapi aku tak bagi sebab aku rasa aku boleh jaga diri. Aku stay sorang2 dekat hospital. Tapi alhamdulillah nurse dengan doktor sangat baik. Setiap beberapa jam mereka datang. Ramai doktor pakar datang jumpa aku tanya macam2 soalan.

Sejak dari tu aku dapat appointment doktor sampai sekarang dekat dua tahun. Ini hikmah aku masuk hospital. Bukan senang nak dapatkan rawatan dari pakar. Bukan sekali aku merayu dari doktor sebelum ni, mereka tak percaya kisah aku.

Sekarang aku dapat jumpa doktor pakar. Aku dah dapat ubat yang perlu aku makan. Aku kena makan ubat tu hari2, appointment aku dengan pakar neurology dan pakar psikiatri. Psikiatri tu sebab aku ada anxiety punca dari hilang ingatan tu aku selalu rasa takut yang teramat. sejak jumpa psikiatri aku rasa makin okay. Alhamdulillah. Aku dapat rawatan yang sepatutnya untuk sakit aku.

Tapi sekarang aku dalam dilema. Aku dah habis belajar dan aku nak sangat mengandung. Kami dah kahwin lama, kesian suami aku mesti teringin nak anak walau pun suami aku tak pernah cakap dekat aku. Doktor suruh aku hold dulu untuk pregnant sebab ubat yang aku makan ni boleh bagi effect pada aku dan baby.

Aku betul2 down sangat. Aku selalu rasa cemburu, kenapa aku tak boleh jadi normal macam orang lain? Kenapa aku tak sembuh dari sakit ni? Aku tahu Allah sedang uji aku. Tapi siapa yang tak nak anak kan? Dengan kata2 manusia yang banyak lukakan hati aku perli2 soal anak.

Banyak kali aku rasa putus asa tapi suami aku selalu pujuk aku bersabar. Dia selalu bawak aku pergi travel, dalam dan luar negara nak bagi aku gembira dan tak fikir sangat perkara yang sedih2.

Alhamdulillah Allah beri rezeki yang lebih dari cukup soal kewangan. Cuma Allah hold kan soal anak. Aku tahu ujian setiap orang berbeza. Tolong doakan aku kuat. Dan doakan suatu hari nanti aku dapat zuriat sendiri.

Aku pun teringin nak tahu kalau2 ada sesiapa yang sama penyakit dengan aku tapi pregnant, macam mana dengan kandungan semua? Aku selalu terfikir, macam mana kalau tiba2 aku hilang ingatan masa mengandung? Aku takut, terlalu takut. Mampu ke aku hadapi semua tu.

Kalau ada yang sama penyakit dengan aku, aku harap boleh share dengan aku supaya aku boleh dapatkan semula semangat aku. Kalau ada yang nak beri pendapat, aku sangat memerlukan. Terima kasih admin dan semua.

– Mrs S (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit